Abu Yaqub Yusuf al-Hamadani, qaddasa-l-Lahu sirrah

Abu Yaqub Yusuf al-Hamadani, qaddasa-l-Lahu sirrah

29 Ogos 2013

10.8K

  1. Abu Yaqub Yusuf al-Hamadani

Yusuf al-Hamadani adalah salah seorang ‘Arif (orang yang mengenal Allah) yang paling jarang ditemui, sebuah pasak (pillar) dalam Sunnah Nabi SAW dan seorang wali yang unik. Beliau merupakan seorang pemimpin agama, sarjana agama, dan seorang Ahli Makrifat (Gnostic). Beliau maju dalam amalan zuhud (penolakan diri) dan tafakur sehingga beliau menjadi Syafa’at Agung (Quawth) pada zamannya.

Jangan sangka tiada musafir di jalan itu,

Atau mereka yang bersifat sempurna tidak meninggalkan sebarang kesan.

Hanya kerana kamu tidak mengetahui rahsia-rahsia tersebut,

Adakah kamu sangka orang lain juga tidak mengetahuinya?

— Rumi, Fihi ma fihi

Dilahirkan di Buzanjird berhampiran Hamadan pada 440 Hijrah / 1048 Masihi, Abu Yaqub Yusuf al-Hamadani berpindah dari Hamadan ke Baghdad ketika usianya lapan belas tahun. Beliau mempelajari mazhab perundangan Syafi’i di bawah seliaan master pada zamannya, Syeikh Ibrahim ibn Ali ibn Yusuf al-Firuzabadi.

Beliau mendampingi sarjana besar, Abu Ishaq ash-Shirazi di Baghdad, yang memberikan penghormatan yang lebih besar kepadanya berbanding pelajar-pelajar lain, walaupun beliau adalah yang paling muda.

Beliau adalah master pada zamannya dalam mengangkat darjat para pengikutnya. Para ulama dan orang soleh membanjiri pusat pengajiannya dalam jumlah yang besar di bandar Merv, di Turkmenistan hari ini, untuk mendengar kata-katanya. Lewat usianya, beliau mengasingkan diri (seclusion) dan meninggalkan dunia di belakang. Beliau menjadi seorang pertapa dan melibatkan diri dalam ibadah serta mujahadah kerohanian yang berterusan. Beliau mendampingi Syeikh Abd Allah Ghuwayni dan Syeikh Hasan Simnani, tetapi rahsianya telah diberikan kepadanya oleh Syeikh Abu Ali al-Farmadi.

Beliau adalah seorang ahli fikah yang sangat cemerlang sehingga menjadi rujukan paling berilmu pada zamannya bagi semua ulama dalam bidang tersebut. Beliau dikenali di Baghdad, pusat ilmu Islam, di Isfahan, Bukhara, Samarqand, Khwarazm, dan seluruh Asia Tengah. Beliau dikenali sebagai hujan hakikat, kebenaran, dan ilmu kerohanian. Beliau akhirnya menetap di Merv. Melaluinya, pelbagai peristiwa mukjizat yang tidak terbilang banyaknya telah berlaku.

Daripada Mukjizat Beliau

Beliau mencerminkan Sifat Ilahi Kehebatan/Keras (al-Qahhar) terhadap mereka yang menentang penyebaran kerohanian. Berikut adalah dua kisah mengenai amal perbuatan mukjizatnya dalam perkara tersebut:

Pada suatu hari beliau sedang mencerahkan sekumpulan pendengar dengan ilmu surgawi. Dua orang sarjana literal yang hadir berkata, “Diamlah kerana kamu melakukan bidaah.” Beliau berkata kepada mereka, “Jangan bercakap tentang perkara yang kamu tidak fahami. Adalah lebih baik untuk kamu mati daripada kekal.” Sebaik sahaja beliau mengucapkan kata-kata ini, mereka terus jatuh mati.

Ibn Hajar al-Haythami mencatat dalam kitabnya al-Fatawa al-Hadithiyya, bahawa Abu Saeed Abd Allah ibn Abi Asrun, Imam mazhab Syafi’i, berkata:

Ketika saya mula mencari ilmu agama, saya mendampingi rakan saya, Ibn as-Saqa, yang merupakan seorang pelajar di Sekolah Nizamiyya, dan sudah menjadi kebiasaan kami untuk menziarahi orang-orang soleh. Kami mendengar bahawa terdapat seorang lelaki di Baghdad bernama Yusuf al-Hamadani yang dikenali sebagai Syafa’at Agung (Arch-Intercessor) dan beliau mampu muncul pada bila-bila masa yang beliau suka serta mampu ghaib pada bila-bila masa yang beliau suka.

Maka saya memutuskan untuk menziarahinya bersama Ibn as-Saqa dan Syeikh Abd al-Qadir Gilani, yang masih muda pada ketika itu. Ibn as-Saqa berkata, “Apabila kita menziarahi Syeikh Yusuf al-Hamadani, saya akan mengemukakan satu soalan yang jawapannya tidak akan diketahui oleh beliau.” Saya berkata, “Saya juga akan bertanya kepadanya satu soalan, dan saya mahu melihat apa yang akan beliau katakan.”

Syeikh Abd al-Qadir Gilani berkata, “Ya Allah, lindungilah aku daripada bertanya soalan kepada seorang wali seperti Yusuf al-Hamadani, tetapi aku akan hadir di hadapannya untuk memohon keberkatannya dan ilmu Ilahi.”

Kami memasuki majlis kumpulannya. Beliau melindungi dirinya daripada pandangan kami (veiled himself) dan kami tidak melihatnya sehinggalah selepas berlalu satu jam. Beliau memandang kepada Ibn as-Saqa dengan perasaan marah dan berkata, tanpa diberitahu namanya, “Wahai Ibn as-Saqa, tergamak kamu bertanya soalan kepada ku sedangkan niatmu adalah untuk mengelirukan aku? Soalanmu adalah begini dan jawapannya adalah begini!” Kemudian beliau berkata kepada Ibn as-Saqa, “Aku melihat api kekafiran sedang marak membakar di dalam hatimu.” Beliau memandang kepada saya dan berkata, “Wahai Abd Allah, adakah kamu mahu bertanya kepada ku soalan dan menantikan jawapan ku? Soalanmu adalah begini dan jawapannya adalah begini. Biarlah orang ramai bersedih untukmu, kerana mereka rugi akibat daripada sikap kurang adabmu terhadap ku.”

Kemudian beliau memandang kepada Syeikh Abd al-Qadir Gilani dan berkata kepadanya, “Hampirlah, anakku. Aku akan mendoakan keberkatan untukmu. Wahai Abd al-Qadir, kamu telah redhakan Allah dan Rasul-Nya dengan adab sopanmu yang betul terhadap ku. Aku melihatmu pada masa depan duduk di tempat yang paling tinggi di Baghdad, dan berbicara, serta membimbing manusia, dan berkata kepada mereka bahawa tapak kaki kamu berada di atas tengkuk setiap wali. Dan aku melihat setiap wali pada zamanku tunduk kepadamu kerana darjat dan kemuliaanmu yang agung.”

Abd al-Qadir dibesarkan dan segala yang dikatakan oleh Syeikh al-Hamadani tentangnya menjadi kenyataan. Tiba masanya apabila beliau benar-benar berkata, “Tapak kakiku berada di atas tengkuk semua wali.” Beliau adalah rujukan dan mercu tanda yang membimbing semua manusia pada zamannya ke destinasi mereka.

Nasib Ibn as-Saqa pula adalah sebaliknya. Beliau sangat cemerlang dalam pengetahuannya tentang Hukum Ilahi (Syariat). Beliau memintas semua sarjana pada zamannya. Beliau berdebat dengan para sarjana dan mengalahkan mereka, sehingga khalifah memanggilnya untuk berdampingan dengannya. Pada suatu hari khalifah menghantarnya sebagai utusan kepada raja Bizantium (Rom), yang kemudiannya memanggil semua paderi dan sarjana agama Kristian untuk berdebat dengannya. Ibn as-Saqa mengalahkan kesemua mereka dalam perdebatan. Mereka tidak mampu memberi jawapan di hadapannya. Beliau memberikan jawapan yang membuatkan mereka kelihatan seperti kanak-kanak dan pelajar mentah di hadapannya.

Kecerdasannya begitu mempesonakan raja Bizantium sehingga beliau dijemput ke majlis keluarga peribadinya. Di sana beliau melihat puteri raja tersebut. Beliau serta-merta jatuh cinta kepadanya, dan meminta bapa kepada puteri tersebut, iaitu raja, agar dikahunkannya dengan puteri itu. Puteri itu menolak melainkan dengan syarat beliau menerima agamanya. Beliau keluar daripada Islam dan menganut agama Kristian milik puteri tersebut. Selepas perkahwinannya, beliau jatuh sakit berat. Mereka menghalaunya keluar dari istana. Beliau menjadi pengemis bandar, meminta makanan daripada setiap orang, namun tiada siapa yang mahu memberikannya apa-apa. Kegelapan telah menyelubungi wajahnya.

Pada suatu hari saya melihatnya semula dan saya bertanya, “Apa sudah jadi kepada kamu?” Jawabnya, “Aku terjatuh ke dalam fitnah (godaan).” Saya bertanya kepadanya, “Adakah kamu mengingati apa-apa daripada al-Quran?” Jawabnya, “Aku hanya ingat, ‘Orang-orang kafir itu kerap kali (merasakan andainya) mereka menjadi orang Islam.’ (15:2)” Beliau menggigil seolah-olah sedang menghembuskan nafas terakhirnya. Saya memusingkan badannya menghadap Kaabah (Barat), tetapi beliau terus memusingkan badannya ke arah Timur. Kemudian saya memusingkannya semula ke arah Kaabah, tetapi beliau memusingkan dirinya ke arah Timur. Saya memusingkannya kali ketiga, tetapi beliau memusingkan dirinya ke arah Timur. Kemudian semasa rohnya keluar meninggalkan jasadnya, beliau berkata, “Ya Allah, inilah akibat daripada kurang adabku terhadap Syafa’at Agung-Mu, Yusuf al-Hamadani.”

Saya pergi ke Damsyik dan raja di sana, Nuridin ash-Shahid, melantik saya sebagai ketua jabatan agama dan saya menerimanya. Hasilnya, dunia datang dari setiap penjuru: rezeki, sara hidup, kemasyhuran, wang, dan kedudukan, untuk sepanjang saki baki hidup saya. Itulah apa yang telah diramalkan oleh Syeikh al-Hamadani, Syafa’at Agung, untuk saya.

Kata-kata Hikmah dan Hakikat Syeikh Yusuf al-Hamadani

Kata-kata Yusuf al-Hamadani menggambarkan kedudukannya yang tinggi di kalangan para wali. Beliau berkata:

  • “Pembukaan fakulti pendengaran kerohanian pada diri para kekasih Allah adalah seperti mesej daripada Hakikat, satu bab dalam Kitab Allah, satu keberkatan daripada ilmu ghaib. Ia adalah permulaan kepada pembukaan hati dan penyingkapannya (unveiling), khabar gembira dari stesen-stesen surgawi! Ia adalah fajar kefahaman terhadap makna-makna Ilahi. Pendengaran ini adalah rezeki bagi roh dan kehidupan bagi hati. Ia adalah kelangsungan bagi rahsia. Allah menjadikan Diri-Nya sebagai Saksi bagi penglihatan hamba-hamba pilihan-Nya, dan menghiasi mereka dengan perbuatan-perbuatan-Nya yang diberkati serta menyematkan Sifat-Sifat-Nya pada mereka.”
  • “Daripada kalangan wali-wali-Nya, Dia menjadikan satu kumpulan mendengar melalui Penyaksian Yang Maha Agung-Nya. Dia menjadikan kumpulan yang lain mendengar melalui Keesaan Unik-Nya. Dia menjadikan satu lagi kumpulan mereka mendengar melalui Rahmat-Nya. Dan Dia menjadikan sebahagian mereka mendengar melalui Kekuasaan-Nya.”
  • “Ketahuilah olehmu, wahai manusia, bahawa Allah telah menciptakan, daripada Cahaya manifestasi-manifestasi-Nya, 70,000 malaikat dan menugaskan mereka di pelbagai stesen antara Arasy dan Kursi.”
  • “Di dalam Kehadiran Keintiman, pakaian mereka adalah bulu hijau, wajah mereka seperti bulan purnama, mereka berdiri di dalam Kehadiran-Nya dengan rasa gerun, pengsan, mabuk dengan Cinta-Nya, berlari tanpa henti dari Arasy ke Kursi dan kembali disebabkan oleh emosi dan rahmat yang membara di dalam hati mereka. Mereka itulah para Sufi di langit dan Israfil (malaikat yang akan meniup Sangkakala pada Hari Kiamat) adalah pemimpin dan pembimbing mereka, dan Jibril adalah presiden serta jurucakap mereka, dan al-Haqq (Allah, Yang Benar) adalah Raja mereka. Selawat dan salam Allah ke atas mereka.”

Begitulah cara Mawlana Yusuf al-Hamadani, bayangan Allah di muka bumi, menggambarkan hakikat surgawi dan stesen-stesen agung para Sufi. Semoga Allah merahmati rohnya dan mensucikannya. Beliau meninggal dunia di Khurasan, di antara Herat dan Bakshur, pada 12 Rabiulawal, 535 Hijrah / 1140 Masihi dan dimakamkan di Merv. Berhampiran makamnya telah dibina sebuah masjid yang besar dan sekolah yang besar. Beliau menurunkan rahsianya kepada Abul Abbas yang seterusnya memcorkannya kepada Grandsyekh Abd al-Khaliq al-Ghujdawani, yang menerima daripadanya secara terus daripada Yusuf al-Hamadani juga.