Khwaja Mahmoud al-Anjir al-Faghnawi, qaddasa-l-Lahu sirrah
29 Ogos 2012
7.9K 47
Khwaja Mahmoud al-Anjir al-Faghnawi
Semoga Allah Mensucikan Rohnya
“Jika aku mengulangi Nama-Mu, ia bukanlah kerana aku takut lupa,
Tetapi sebutan-Nya pada lidahku adalah keseronokan zikir.”
— Abul-Hasan Simnan
Beliau adalah seorang Master yang dari hatinya memancar Air Ilmu dan Hikmah. Hatinya digilap oleh Cahaya Ilahi (Divine Effulgence), menjadikannya salah seorang daripada hamba Pilihan yang terbaik, disucikan daripada segala kegelapan dan kesengsaraan, serta jernih bagaikan kristal.
Beliau dilahirkan di perkampungan Anjir Faghna, tiga batu dari Bukhara. Pada masa mudanya beliau bekerja dalam bidang pembinaan. Beliau mendedahkan kehidupannya untuk membimbing manusia kepada Kehadiran Allah. Beliau adalah orang pertama dalam susur galur Master Kebijaksanaan (Khwajagan) yang memperkenalkan kaedah zikir suara kuat (loud dhikr) bersesuaian dengan keperluan zaman dan tuntutan keadaan para pencari. Apabila beliau ditanya mengapa beliau menggunakan zikir suara kuat, beliau menjawab, “Untuk mengejutkan orang yang sedang tidur.”
Kontroversi Mengenai Zikir Suara Kuat
Pada suatu hari Khwaja Mahmoud menghadiri majlis keilmuan dan Syeikh Shams al-Halwani berkata kepada Syeikh Hafiz ad-Din, seorang autoriti dalam ilmu zahir, supaya bertanya kepada Syeikh Mahmoud Faghnawi mengapa beliau mengamalkan zikir suara kuat. Syeikh Mahmoud Faghnawi berkata, “Ia adalah zikir yang terbaik untuk mengejutkan orang luar dari keadaan kelalaiannya dan menarik perhatian orang yang lalai supaya dia mengarahkan dirinya kepada Allah mengikuti syeikh yang sedang berzikir, meluruskan dirinya di atas Jalan, dan melakukan taubat kepada Allah dengan taubat yang murni, iaitu kunci kepada segala kebaikan dan kebahagiaan. Jika niat kamu betul, kamu akan menemui autoriti untuk menggunakan zikir suara kuat.”
Syeikh Hafiz ad-Din meminta beliau menjelaskan kepada sesiapa sahaja yang diizinkan dan dibenarkan mengamalkan zikir suara kuat, bagi merasionalkan amalan tersebut kepada mereka yang menentangnya. Beliau berkata, “Zikir suara kuat adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin mencapai stesen menyucikan lidahnya daripada penipuan dan mengumpat, serta membebaskan perbuatan peribadinya daripada melakukan perkara yang diharamkan, dan membersihkan hatinya daripada sifat sombong dan cinta kepada kemasyhuran.”
Kisah Pertemuan Khidr
Pada suatu hari Syeikh Ali Ramitani (q) berkata bahawa seorang lelaki melihat Khidr dan bertanya kepadanya, “Beritahu kepada ku di manakah aku boleh mencari seseorang yang memelihara syariat Nabi dan Jalan Lurus, agar aku boleh mengikutinya.” Beliau berkata, “Orang yang kamu cari itu ialah Syeikh Mahmoud al-Anjir al-Faghnawi.”
Dikatakan bahawa Syeikh Mahmoud berjalan di atas jejak langkah Nabi Muhammad dalam stesen Pengenalan kepada Allah (ma’rifa) dan beliau juga berada di atas jejak langkah Sayyidina Musa dalam stesen Kalimullah, stesen Orang yang Berbicara dengan Allah.
Syeikh Mahmoud memancarkan ilmunya dari masjidnya, yang dibinanya di perkampungan Wahiqni, berhampiran Bukhara. Beliau kembali ke rahmatullah di perkampungan Qilit, berhampiran Bukhara, pada 17 Rabiulawal, pada tahun 717 Hijrah. Beliau menurunkan rahsia Tarikat Sufi Naqshbandi kepada khalifahnya, Ali ar-Ramitani (q).
