Muhammad al-Masum
Semoga Allah Mensucikan Rohnya
NYATAKAN PENGHARGAAN ANDA — BERI HADIAH KEPADA SYEIKH
“Di tempat perlindungan, hatiku mencari perlindungan,
Dihujani dengan anak panah permusuhan.
Wahai Rahmat Allah bagi hamba-hamba-Nya, Allah meletakkan amanah-Nya pada diri mu
Di kalangan semua bentuk benda tak bernyawa.
Wahai Rumah Tuhanku, wahai cahaya hatiku, wahai penyejuk mataku,
Wahai hatiku di dalam!
Wahai rahsia sebenar bagi hati wujud, amanah suciku,
Cinta suciku!
Wahai Kiblat tempat aku menghadap dari setiap penjuru dan lembah,
Daripada kekekalan dalam Yang Haq, kemudian dari tempat yang tinggi,
Daripada kepupusan diri, kemudian dari kedalaman!
Wahai Kaabah Allah, wahai hidupku, wahai jalan kebahagiaan,
Wahai petunjukku!
Allah melimpahkan cahaya-Nya ke halamanmu, dan sebahagian daripada cahaya-Nya
Nampak di dalam hati.”
— Ibn Arabi, al-Futuhat al-Makkiyyah.
Beliau adalah Tali Allah (Urwat-il-Wuthqa), Pembimbing yang Soleh yang menggabungkan dalam dirinya syariat dan Hakikat (haqiqat) serta beliau menunjukkan perbezaan antara Jahiliah dan Petunjuk Yang Benar. Beliau dilahirkan pada tahun 1007 Hijrah. Beliau dididik oleh bapanya daripada ilmu khusus para wali. Beliau duduk di atas Takhta Petunjuk dalam Jalan Naqshbandi selepas kewafatan Syeikhnya, pada usia 26 tahun. Beliau menjadi terkenal di mana-mana. Namanya dikenali pada setiap lidah, dan para raja mengakui keagungannya pada zamannya. Orang ramai berpusu-pusu datang kepadanya dari segenap penjuru.
Beliau adalah seorang wali sejak zaman kanak-kanaknya. Beliau tidak pernah mahu menyusu pada bulan Ramadan. Beliau berbicara tentang Ilmu Keesaan pada usia tiga tahun dengan berkata, “Akulah bumi, akulah langit, akulah Allah… Akulah ini, akulah itu.” Beliau menghafal Al-Quran dalam masa tiga bulan pada usia enam tahun. Beliau berusaha melalui hatinya untuk mempelajari ilmu yang benar, Syariat dan Hakikat, dan beliau mencapai stesen yang tinggi dalam ilmu-ilmu tersebut. Beliau dianggap pada usia 17 tahun sebagai ulama teragung pada zamannya. Beliau sangat benar dalam semua keputusan hukumnya (fatawa). Beliau tidak menerima sebarang bidaah mahupun kelonggaran (licenses).
Bapanya, Sayyidina Ahmad al-Faruqi, memberi kesaksian ketika beliau masih muda bahawa satu kuasa yang sangat besar akan zahir pada dirinya. Pada suatu hari beliau berkata kepada bapanya, Sayyidina Ahmad al-Faruqi, “Aku melihat diriku sebagai satu kehidupan yang bergerak pada setiap zarah daripada zarah-zarah alam semesta ini. Dan alam semesta ini mengambil cahaya daripadanya sebagaimana bumi mengambil cahaya daripada matahari.” Bapanya berkata, “Wahai anakku, itu bermaksud kamu akan menjadi Qutb (Paksi Kerohanian) pada zamanmu. Ingatlah kata-kataku itu.”
Baginda pernah berkata kepadanya pada suatu masa, “Kamu telah dibentuk daripada saki-baki saki-bakiku, iaitu saki-baki tanah liat Nabi.”
Baginda berkata, “Aku telah mencurahkan ke dalam anakku Muhammad Masum segala apa yang telah dikurniakan kepadaku.”
Beliau berkata, “Ahli Makrifat Sempurna yang dimuliakan wujud dalam Keadaan Wujud Sempurna akan menyaksikan dan memerhatikan Keindahan Allah pada cermin alam semesta ini dan beliau akan melihat dirinya pada segala sesuatu. Alam semesta ini adalah dirinya dan beliau adalah alam semesta ini. Beliau akan melihat dirinya bergerak pada setiap individu di dalam alam semesta ini, merangkumi Keseluruhan di dalam Sebahagian dan Sebahagian di dalam Keseluruhan.”
Daripada Mukjizat-Mukjizat Beliau
Pada suatu masa salah seorang wakilnya, Khwaja Muhammad as-Siddiq sedang bermusafir di atas seekor kuda. Kakinya tergelincir daripada kuda dan beliau terbuai-buai bergantung pada satu sanggurdi (stirrup). Kuda itu berlari laju sehinggakan beliau menjangkakan dirinya akan mati. Beliau dengan serta-merta teringat untuk berkata, ‘Wahai Syeikhku, bantulah daku.’ Sebaik sahaja beliau berkata ‘Wahai Syeikhku, bantulah daku,’ beliau melihat Syeikhnya muncul, memegang tali kekang kuda itu dan menghentikannya.
Salah seorang pengikutnya berkata, “Aku terjatuh ke dalam laut dan aku tidak tahu berenang. Aku menyeru namanya dan beliau datang lalu mengeluarkan daku.”
Pada suatu masa beliau sedang duduk bersama para pengikutnya di khaniqah (pusat kerohanian untuk khalwat, solat dan meditasi) milik beliau dan mereka mula melihat air mengalir keluar dari tangan dan lengan bajunya. Mereka terkejut lalu bertanya kepadanya, “Apakah ini, wahai Syeikh kami?” Beliau berkata, “Baru sahaja tadi salah seorang muridku berada di atas sebuah kapal, dan kapal itu berada dalam ribut serta sedang tenggelam. Dia menyeruku dan aku dengan segera menghulurkan tanganku lalu menyelamatkan orang itu daripada lemas.” Kami merekodkan masa peristiwa itu dan beberapa bulan kemudian seorang pedagang datang menemui kami. Kami bertanya kepadanya tentang peristiwa tersebut dan beliau berkata, “Ya, pada masa itu Syeikh datang dan menyelamatkan daku.”
Pernah berlaku pada masa itu bahawa seorang ahli sihir membina satu nyalaan api, dan beliau akan memasukinya namun api itu tidak membakarnya. Timbul kekeliruan yang besar di kalangan orang ramai dan ia mencetuskan fitnah (perbalahan) yang besar. Maka Syeikh membuat satu nyalaan api yang sangat besar di bandar itu dan berkata kepada ahli sihir tersebut, “Masuklah ke dalam apiku!” dan ahli sihir itu berasa takut. Kemudian beliau berkata kepada salah seorang muridnya, “Masuklah ke dalam apiku, dan semasa kamu berjalan memasukinya sebutlah LA ILAHA ILLALLAH.” Murid itu memasukinya dan api itu menjadi dingin serta sejahtera baginya sebagaimana yang berlaku kepada Sayyidina Ibrahim ketika beliau dicampakkan ke dalam api. Apabila ahli sihir itu melihat perkara ini, beliau dengan serta-merta memeluk Islam dan melafazkan kalimah syahadah: ash-hadu an la ilaha illa-l-Lah, wa ash-hadu anna Muhammadan rasulu-l-Lah.
Seorang Syeikh, Abdur Rahman at-Tirmidhi berkata, “Aku datang bersama saudaraku menziarahi Shaykh Muhammad Masum (q). Baginda memberikan kepada setiap orang hadiah berupa pakaiannya melainkan daku. Apabila kami pulang ke negara kami, aku sangat sedih, kerana aku tidak menerima apa-apa daripadanya. Selepas beberapa lama tersiar khabar angin di seluruh bandar bahawa Syeikh akan datang melawat bandar tersebut. Semua orang pergi menyambutnya dan aku turut serta bersama mereka. Aku melihat Syeikh datang menunggang kuda putih. Baginda memandangku dan berkata, ‘Abdur Rahman, jangan bersedih, aku telah menguji kamu dan aku telah menyimpan untukmu jubah (jubba) istimewaku yang aku warisi daripada bapaku, Sayyidina Ahmad al-Faruqi (q).’ Aku mengambilnya daripada baginda dan menyarungkannya ke tubuhku. Serta-merta segala-galanya lenyap dan Syeikhku muncul di hadapanku: pada setiap zarah dan setiap partikel, baginda kelihatan. Aku mencapai keadaan kegembiraan yang amat sangat dan aku memasuki Kehadiran Ilahi.”
Pada suatu hari seorang lelaki buta datang kepadanya dan memohon, “Tolong doakan daku agar Allah mengembalikan penglihatanku.” Baginda menyapukan air liurnya pada mata lelaki itu dan berkata, “Pergilah ke rumahmu dan jangan buka matamu sehingga kamu sampai ke sana.” Beliau sampai ke rumahnya lalu membuka matanya dan beliau sudah dapat melihat.
Mereka memberitahunya, “Ada seseorang yang mencaci para khalifah Nabi.” Beliau menjadi murka, dan di tangannya terdapat sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tembikai. Semasa beliau memotong tembikai itu, beliau berkata, “Sebagaimana aku memotong tembikai ini, begitulah aku memotong leher orang yang mencaci para khalifah Nabi itu.” Serta-merta lelaki tersebut meninggal dunia.
Beliau berkata:
“Semasa aku menunaikan Haji, aku melihat Kaabah memelukku dan menciumku dengan penuh belas kasihan dan emosi. Kemudian Allah menyingkapkan kepadaku dalam satu mukasyafah, cahaya dan keberkatan keluar daripada diriku, dan bertambah serta terus bertambah; sehinggalah ia memenuhi seluruh gurun pasir, kemudian semua gunung-ganang, kemudian lautan; kemudian ia memenuhi seluruh alam semesta dan memasuki setiap zarah di alam semesta ini. Kemudian kesemua zarah itu ditarik kembali kepada cinta Zat Kaabah. Aku melihat ramai makhluk kerohanian, di antaranya para malaikat dan para wali, kesemua mereka berdiri di hadapanku seolah-olah aku adalah sultan mereka. Kemudian aku menerima sepucuk surat bertulis yang disampaikan kepadaku oleh seorang malaikat, dan tertulis padanya daripada Tuhan sekalian Langit, Alam Semesta dan Segala Ciptaan, ‘Aku menerima ibadah hajimu.'”
“Kemudian aku meneruskan musafirku untuk menziarahi Madinat’il-Munawwarah, Kota Nabi. Aku memasuki kota Nabi dan aku pergi menziarahinya di makam baginda. Apabila aku menghalakan mukaku ke arah muka baginda, aku melihat Nabi keluar dari kuburnya, dan baginda memelukku serta menciumku. Kemudian aku melihat diriku dalam satu keadaan, di mana hatiku seolah-olah bergabung dengan hati baginda, lidahku dengan lidah baginda, telingaku dengan telingaku (telinga baginda), sehinggalah aku tidak melihat diriku lagi, aku melihat Nabi dan apabila aku memandang kepada Nabi aku melihat diriku. Mukasyafah itu membawaku ke stesen Mikraj ke tempat Nabi bermikraj pada Malam Israk Mikraj. Aku menerima di sana segala ilmu yang Nabi mahu aku terimanya.”
“Kemudian aku bergerak menuju kepada dua khalifah agung Nabi. Sebaik sahaja aku berada di hadirat Sayyidina Abu Bakr, aku melihat di atas bahuku sehelai jubah merah. Kemudian apabila aku beralih kepada Sayyidina Umar aku melihat jubah kuning di atas bahuku. Apabila aku beredar aku melihat jubah hijau dipakaikan di atas bahuku, yang aku tahu ia adalah daripada Nabi. Kemudian aku melihat dalam mukasyafah bahawa Allah menyingkapkan daripadaku segala hijab yang berada di atas hatiku, dan aku melihat bahawa segala apa yang diciptakan Allah dari Stesen Arasy hingga ke Stesen Bumi berhajat kepada Kekasih Muhammad, dan baginda adalah pusat bagi segala cahaya yang bergerak pada setiap zarah.”
“Apa yang diberikan oleh Nabi kepadaku pada masa itu, sekiranya aku mengungkapkannya, nescaya mereka akan memotong leherku. Kemudian aku mendapati bahawa setiap selawat ke atas Nabi dan setiap pujian kepada Nabi serta setiap puisi yang ditulis demi kecintaan kepada Nabi, adalah seolah-olah ia ditujukan untuk diriku. Kemudian aku melihat kesemua alam semesta ini, dari Stesen Arasy hingga ke Stesen Dunia, telah diterangi dan bercahaya dengan cahayaku. Apabila tiba masa untuk kembali ke negaraku, aku berada pada ziarah terakhirku kepada Nabi dan aku sedang menangis dalam keadaan perpisahan dan aku melihat Nabi keluar dari maqam (stesen) baginda. Baginda memakaikan daku pakaian yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan baginda meletakkan mahkota di atasku. Mahkota itu datang daripada Raja Segala Raja, daripada Kehadiran Ilahi, dihiasi dengan pelbagai jenis permata, yang sifatnya tidak dapat digambarkan di dunia ini. Dan aku tahu bahawa Mahkota dan pakaian itu telah dikurniakan kepadanku daripada Pakaian Allah Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa, yang diberikan-Nya kepada Nabi-Nya pada Malam Israk Mikraj dan yang disimpan oleh Nabi untukku serta dipakaikannya kepadaku pada malam itu.”
Shaykh Muhammad Masum adalah Mukjizat daripada Mukjizat-Mukjizat Allah dan Cahaya yang dicurahkan oleh Allah ke dunia ini untuk membimbing umat manusia dengannya. Dikatakan bahawa beliau telah memberikan bai’ah (initiation) ke dalam tarikat ini kepada lebih 900,000 orang dan beliau mempunyai 7,000 orang wakil, dan setiap daripada mereka adalah seorang wali. Itu adalah kerana dalam tempoh seminggu bermajlis dengannya beliau dapat membawa pengikutnya ke stesen Kebinasaan (Annihilation) dan, dalam masa sebulan, ke Stesen Kekekalan (Subsistence). Dikatakan juga bahawa beliau dapat membawa pengikutnya ke Stesen Wujud dalam satu majlis duduk bersamanya sahaja.
Beliau wafat pada 9 Rabiulawal 1079 Hijrah. Beliau menurunkan rahsia Tarikat ini kepada Sayyidina Sayfuddin al-Faruqi al-Mujaddidi (q).
