Mawlana Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani (Q)

Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani

Qaddas Allahu Sirru (Semoga Allah Mensucikan Rahsia Rohnya)

“Engkau adalah sesuatu yang tidak terpisahkan di dalam hati.

Kelopak mataku tidak pernah menutup

melainkan Engkau berada di antara kelopak itu dan mataku.

Kecintaan kepada-Mu adalah sebahagian daripada diriku umpama pertuturan dalaman roh.

Aku tidak dapat bernafas melainkan Engkau berada di dalam nafas ku

dan aku mendapati-Mu mengalir melalui setiap pancainderaku.”

— Abul-Hasan Simnan

Belerang Merah (Red Sulfur) di kalangan para wali, Pelita Kristal Alam Semesta ini dan Asasnya, beliau disokong dengan Iman yang Teguh. Seorang Ahli Makrifat bagi Makna Tersembunyi Al-Quranul Karim, beliau adalah Kunci kepada Rahsianya, diterangi dengan Zat Kebenaran yang Suci. Beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam Jalan para pendahulunya. Tasawuf adalah darahnya, Nabi Muhammad adalah hatinya, dan Kehadiran Ilahi adalah rohnya. Beliau adalah Pelita Ilmu bagi umat manusia pada zamannya, Pemilik Sifat-Sifat Sempurna dan Pengawal Nafsu Aktifnya (Active Self). Beliau adalah Lautan Hikmah untuk dilayari oleh seluruh umat manusia bagi mencapai pantai yang ditentukan tanpa sebarang kecacatan.

Bumi bersinar dengan cahaya baharu yang cemerlang apabila beliau dilahirkan. Orang ramai berpusu-pusu ke pintu rumahnya untuk menemui kebahagiaan hidup dunia dan akhirat melalui perantaraannya. Beliau adalah Lautan Pengajaran yang ombaknya menghempas menderu di Pantai Ilahi-Nya. Beliau meninggalkan para ulama terkemuka dalam keadaan bingung dengan ilmu pengetahuannya yang unggul dan beliau adalah ahli zuhud teragung yang pernah dilihat atau dibaca oleh seseorang. Beliau memberikan sebahagian daripada Rohnya tanpa pamrih untuk memadamkan kehausan dunia kerohanian dan fizikal. Beliau adalah sebuah galaksi tersendiri, dihiasi dengan matahari dan bintang pelbagai saiz serta warna, membawa cahaya yang berbeza kepada setiap individu. Beliau menyarungkan Mahkota Cinta Ilahi Allah, dan daripada beliaulah orang ramai menghirup madu Rahsia Ilahi yang dirindui. Beliau tidak pernah meninggalkan seseorang pun tanpa mendekati dan mengangkatnya dengan nafas kerohaniannya. Kegelapan kejahilan lenyap dalam pancaran ilmunya.

Beliau disusukan dari dada Stesen Ghawth (Station of the Ghawth), yang takhtanya didudukinya pada kemudian hari dalam kehidupannya. Beliau adalah Pembaru Agama (Reviver of Religion) pada zamannya. Reputasinya untuk nasihat dan bimbingan yang bijaksana tersebar ke seluruh bumi. Raja-raja berdiri di pintu rumahnya. Para ulama memohon penyingkapan (disclosures) daripadanya. Pada zamannya tiada seorang pun yang ketinggalan daripada menerima santapan daripada kerohaniannya. Dengan sarana Cahayanya, kegelapan lenyap dan Rahsia Berkat terpancar daripada orang ramai. Beliau adalah Wali Sempurna dan Tiang kepada para Ahli Makrifat.

Beliau dilahirkan di Daghestan pada tahun 1309 Hijrah / 1891 Masihi daripada sebuah keluarga doktor. Bapanya adalah seorang doktor am dan abangnya adalah ketua pakar bedah dalam Tentera Rusia. Beliau dibesarkan dan dididik oleh bapa saudaranya, Shaykh Sharafuddin ad-Daghestani (q), master Tarikat Naqshbandi pada masa itu, yang menjaga beliau secara khas sejak awal usianya.

Semasa kehamilan kakak Shaykh Sharafuddin, baginda memberitahunya:

“Anak lelaki yang kamu kandung tiada sebarang hijab pada hatinya. Beliau akan dapat melihat peristiwa yang telah berlalu atau yang akan datang. Beliau adalah salah seorang daripada mereka yang boleh membaca Ilmu Ghaib daripada Luh Mahfuz (Preserved Tablets) secara langsung. Beliau akan menjadi Sultan al-Awliya pada zamannya. Beliau akan dipanggil di kalangan para wali sebagai ‘Naqeeb al-Ummah’, Pemimpin Umat Muhammad. Beliau akan menyempurnakan keupayaan berada bersama Allah dan pada masa yang sama berada bersama orang ramai. Beliau akan mewarisi rahsia daripada Nabi yang dirujuk oleh baginda ketika bersabda, ‘Aku mempunyai satu wajah yang memandang kepada Pencipta dan aku mempunyai satu wajah yang memandang kepada Makhluk,’ dan ‘Aku mempunyai satu jam bersama Pencipta dan aku mempunyai satu jam bersama makhluk.’ [Shaykh Sharafuddin]

“Apabila kamu melahirkannya namakan dia Abdullah, kerana beliau akan memikul rahsia Hamba Allah (Servanthood). Beliau akan menyebarkan kembali Tarikat ke negara-negara Arab, dan melalui beliau, penggantinya akan menyebarkan Tarikat di negara-negara Barat dan di Timur Jauh. Kamu mesti berhati-hati menjaganya. Aku meminta agar apabila usianya mencapai tujuh tahun, kamu menyerahkannya kepada aku untuk dididik dan berada di bawah jagaanku.” [Shaykh Sharafuddin]

Pada 12 Rabi’ul Awwal, hari Khamis, ibunya Amina melahirkan anak lelakinya, yang dinamakannya ‘Abdullah. Apabila beliau melahirkannya sekitar tengah malam, tiada sesiapa bersama beliau. Bapanya sibuk dan abangnya tiada di rumah. Beliau berkata semasa melahirkannya beliau melihat satu mukasyafah, di mana dua orang wanita mendatangi beliau. Yang seorang ialah Rabi’ah al-Adawiyyah dan seorang lagi ialah Asiah (isteri Firaun, yang beriman kepada Musa). Mereka membantunya melahirkan anak. Selepas seketika mukasyafah itu hilang dan beliau melihat seorang bayi keluar. Pada ketika itu suaminya tiba dan membantunya menyambut kelahiran anaknya.

Ibu bapanya tidak pernah mendengar beliau menangis. Pada masa kanak-kanaknya, pada usia satu tahun, mereka sering melihat kepalanya di atas lantai dalam keadaan sujud. Ibu, ahli keluarga, dan jiran tetangga kagum dengan keadaan ini. Beliau bertutur pada usia tujuh bulan dan dapat membuatkan orang memahami kata-katanya dengan jelas. Beliau tidak sama seperti kanak-kanak lain dalam aspek lain juga. Beliau sering dilihat menggerakkan kepalanya dari kanan ke kiri sambil melafazkan Nama Ilahi. Pada usia tiga tahun beliau biasa memberitahu para pelawat mengenai masa depan mereka. Beliau mengetahui nama mereka tanpa mengenali mereka secara peribadi atau diberitahu. Beliau mengejutkan penduduk negaranya. Orang ramai biasa datang melawat rumah ibu bapanya untuk melihat kanak-kanak luar biasa ini dan mendengar beliau berbicara.

Menjelang usia tujuh tahun beliau sudah membaca Al-Quran. Beliau biasa duduk bersama bapa saudaranya, Shaykh Sharafuddin, dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan orang ramai kepadanya. Jawapannya sentiasa sangat jelas mengenai perkara syariat, walaupun beliau tidak pernah mempelajari ilmu perundangan (jurisprudence). Beliau membacakan hujah-hujah sokongan daripada Al-Quran dan Riwayat Nabi tanpa pernah mempelajari sains Riwayat Hadis. Ini menyebabkan orang ramai semakin tertarik kepadanya.

Rumah bapanya sentiasa dipenuhi dengan pelawat yang datang bertanya kepadanya tentang masalah, kesusahan, dan hal ehwal harian mereka. Beliau menjawab mereka dan meramalkan kesudahan urusan mereka. Beliau menjadi begitu terkenal pada usia tujuh tahun, sehinggakan jika sesiapa di perkampungannya mahu berkahwin, mereka akan pergi dahulu kepadanya dan bertanya sama ada perkahwinan itu ditakdirkan berjaya. Lebih daripada itu, mereka akan bertanya sama ada perkahwinan itu menepati Kehendak Allah sebagaimana yang tercatat di Luh Mahfuz (Preserved Tablets).

Para ulama pada zamannya menentusahkan keputusan beliau dan menerima autoriti bidang kuasanya. Para Ahli Makrifat pada zamannya begitu terpesona dengan ilmunya, walaupun usianya baru tujuh tahun, sehinggakan mereka datang dari jauh untuk mendengar ilmu kerohanian yang mengalir daripadanya bagaikan mata air. Bapa saudaranya bertanya kepada beliau bagaimana beliau mampu berbicara tanpa segera dan tanpa henti. Beliau menjawab, “Wahai bapa saudaraku, ia datang kepada saya bagaikan kata-kata yang ditulis betul-betul di hadapan saya dari Kehadiran Ilahi. Saya hanya perlu melihat dan membaca apa yang tertulis.”

Beliau biasa membincangkan subjek ilmu mendalam yang tidak pernah diperkatakan sebelum ini. Pada usia tujuh tahun, beliau berkata kepada para master kerohanian hikmah pada zamannya, “Jika saya berbicara apa yang telah diletakkan ke dalam hati saya berupa Ilmu Ilahi, malahan para wali pun akan menyembelih leher saya.”

Beliau amat teliti dalam memelihara tuntutan Syariat. Beliau adalah orang pertama yang hadir untuk Solat di masjid lima kali sehari. Beliau adalah orang pertama yang hadir untuk Zikir. Beliau adalah orang pertama yang hadir dalam majlis para ulama. Beliau adalah orang pertama yang hadir dalam majlis perhimpunan kerohanian.

Beliau mendapat nama kerana menyembuhkan orang sakit dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Ramai orang dibawa kepadanya dengan pelbagai jenis penyakit dan beliau membaca Surah Al-Fatihah lalu meniup pada mereka dan mereka disembuhkan. Beliau mempunyai kuasa yang luar biasa untuk merawat walaupun orang yang berada jauh. Orang ramai datang kepadanya memohon bantuan untuk ibu bapa, atau isteri, atau orang lain yang sakit dan tidak mampu datang menemuinya. Beliau membaca satu Fatihah dan menghadiahkannya untuk mereka, dan mereka sembuh serta-merta, dari jarak jauh mana pun. Penyembuhan adalah satu keistimewaan daripada keistimewaan-keistimewaan beliau yang tak terhingga.

Beliau berkata mengenai dirinya:

“Saya adalah keturunan Sayyidina Miqdad ibn al-Aswad (r), yang biasa dilantik oleh Nabi sebagai wakil baginda setiap kali baginda meninggalkan Madinah untuk ketumbukan perang. Saya mewarisi, seperti bapa saudara saya, lima tanda Tangan Berkat Nabi yang diletakkan oleh baginda di belakang datuk saya yang diberkati, Miqdad ibn al-Aswad (r). Dari tanda lahir itulah memancar satu cahaya khas.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Pada masa itu, Daghestan berada di bawah penindasan dan kezaliman yang teruk oleh tentera pendudukan Rusia. Bapa saudaranya, yang merupakan ketua kerohanian perkampungan itu, dan bapanya, seorang doktor terkenal, memutuskan untuk berhijrah dari Daghestan ke Turki. Setelah mencapai keputusan ini, mereka meminta Shaykh Abdullah membuat istikharah (spiritual consultation) mengenai kesesuaian berhijrah pada masa itu. GrandSyeikh Abdullah menghuraikan peristiwa tersebut:

“Malam itu saya solat Isyak, kemudian saya memperbaharui wuduk saya dan solat dua rakaat. Selepas itu saya duduk bermeditasi, menghubungkan diri saya melalui Syeikh saya, bapa saudara saya, kepada Nabi.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Saya melihat Nabi mendatangi saya bersama 124,000 Sahabat bersabda kepada saya, ‘Wahai anakku, aku melepaskan segala kuasaku dan kuasa 124,000 Sahabatku daripada hatiku. Beritahu bapa saudaramu dan para penjaga perkampungan agar berhijrah segera ke Turki.'” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Kemudian saya melihat Nabi memeluk saya dan saya melihat diri saya lenyap di dalam baginda. Sebaik sahaja saya lenyap di dalam baginda saya melihat diri saya mikraj dari Kubah Batu (Dome of the Rock), Baitulmaqdis, tempat Nabi mikraj dalam Perjalanan Israk Mikraj. Saya melihat diri saya menunggang Buraq yang sama yang membawa Nabi dan saya melihat diri saya dibawa naik dalam mukasyafah benar, ke Stesen Dua Busur Panah (Station of Two Bow-lengths), di mana saya dapat melihat Nabi tetapi tidak melihat diri saya sendiri.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keseluruhan Nabi. Melalui Mikraj itu saya menerima Hakikat-Hakikat yang dicurahkan oleh Nabi ke dalam hati saya daripada apa yang baginda terima pada Malam Mikraj. Pelbagai jenis ilmu ini meresap ke dalam hati saya dalam bentuk kalimah cahaya, yang bermula sebagai hijau dan bertukar menjadi ungu, dan kefahaman-kefahaman itu dicurahkan ke dalam hati saya dalam kuantiti yang tidak terhitung.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Saya mendengar satu suara dari Kehadiran Ilahi berkata, ‘Hampirlah, wahai hamba-Ku, kepada Kehadiran-Ku.’ Semasa saya menghampiri melalui Nabi, segala-galanya lenyap, malahan hakikat kerohanian Nabi pun lenyap. Tiada apa pun yang wujud melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Mulia.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Kemudian saya mendengar suara daripada segala Cahaya dan Sifat-Nya yang bersinar di Kehadiran-Nya, ‘Wahai hamba-Ku, sekarang datanglah ke Stesen Kewujudan di dalam Cahaya ini.’ Saya merasakan diri saya wujud melalui Nabi, selepas mengalami kebinasaan (annihilated), zahir dan wujud di dalam Kehadiran Ilahi, dihiasi dengan Sembilan Puluh Sembilan Sifat. Kemudian saya melihat diri saya di dalam Nabi, zahir di dalam setiap ciptaan yang wujud dengan Kuasa Allah. Itu membawa kami kepada satu stesen di mana kami sedar bahawa terdapat alam semesta lain selain alam semesta ini, bahawa terdapat Ciptaan Allah yang tak terhingga, Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Kemudian saya merasai bapa saudara saya menggoncang bahu saya sambil berkata, ‘Wahai anakku, sudah masuk waktu solat Subuh.'” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Saya solat Subuh di belakang baginda dan lebih 300 orang penduduk kampung solat berjemaah bersama kami. Selepas Subuh bapa saudara saya berdiri lalu berkata, ‘Kami meminta anak saudara saya melakukan istikharah (spiritual consultation).'” “Beliau dibawa ke hadirat Nabi dengan kuasa saya. Nabi memberikan keizinan kepada semua orang untuk berpindah ke Turki. Kemudian baginda membawanya merentasi stesen-stesen sehingga ke stesen ‘Jarak dua busur panah’. Kemudian baginda membawanya ke satu stesen sehingga dibuka kepadanya mukasyafah ilmu yang tidak pernah dibuka kepada mana-mana wali sebelum ini, termasuk diri saya sendiri. Mikraj beliau adalah sarana didikan bagi para wali yang terdahulu dan terkini, serta Kunci untuk membuka Lautan Ilmu dan Hikmah yang Gergasi.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Saya berkata kepada diri sendiri, ‘Bapa saudara saya berserta saya dalam mukasyafah itu, dan dengan kuasanya saya menerima mukasyafah tersebut.'” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Semua penduduk kampung mula bersiap sedia untuk berhijrah. Kami berpindah dari Daghestan ke Turki dalam satu perjalanan yang penuh dengan kesukaran yang dicetuskan oleh tentera Rusia dan juga penyamun jalanan yang membunuh tanpa sebarang provokasi.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Berhampiran sempadan Turki, kami bermusafir merentasi sebuah hutan yang terkenal dipenuhi oleh tentera Rusia. Waktu Subuh tiba. Bapa saudara saya berkata, “Kita akan solat Subuh dan kemudian kita akan merentasi hutan ini.” Kami solat Subuh dan mula bergerak. Kemudian Shaykh Sharafuddin berkata kepada semua orang, “Berhenti!” Baginda meminta secawan air. Seseorang menghulurkan secawan air kepadanya dan baginda membacakan padanya dari Surah Yasin (ayat 9): “Dan Kami jadikan di hadapan mereka sekatan dan di belakang mereka sekatan, lalu Kami tutup pandangan mereka maka mereka tidak dapat melihat.” Kemudian baginda membaca “Fallahu khairul hafidhan wa Huwa arhamur-Rahimeen” (“Allah adalah sebaik-baik pelindung, dan Dia Maha Penyayang di antara segala penyayang”)

Semasa baginda membaca ayat-ayat ini, semua orang merasai sesuatu meresap ke dalam hati mereka, dan saya melihat semua migran menggigil. Allah mengurniakan saya satu mukasyafah pada ketika itu di mana saya dapat melihat bahawa kami dikelilingi oleh Tentera Rusia dari setiap sudut. Saya melihat mereka menembak apa sahaja yang bergerak, malahan burung sekalipun. Kemudian saya melihat bahawa kami lalu dan kami berada dalam keadaan selamat. Kami merentasi hutan itu dan mereka tidak mendengar sebarang bunyi tapak kaki kami atau haiwan kami, sehinggalah kami tiba dengan selamat di sebelah seberang sempadan.

Mukasyafah itu tamat sebaik sahaja Shaykh Sharafuddin selesai membaca. Baginda melontar air itu ke hadapan kami dan berkata, “Bergerak sekarang! Tetapi jangan menoleh ke belakang.” Semasa kami meneruskan perjalanan, kami dapat melihat tentera Rusia di setiap sudut, namun ia seolah-olah kami halimunan (invisible). Kami bergerak sejauh 20 batu merentasi hutan itu. Ia mengambil masa dari pagi sehingga selepas solat Isyak. Kami tidak berhenti melainkan untuk solat dan kami halimunan kepada semua orang. Kami mendengar tentera Rusia menembak orang ramai, burung, haiwan, dan apa sahaja yang bergerak. Tetapi kami berlalu tanpa dikesan dan tanpa sebarang kecederaan. Kamilah satu-satunya kumpulan yang selamat. Kami keluar dari hutan itu dan menyeberang masuk ke Turki.

Kami bermusafir terlebih dahulu ke Bursa, tempat Shaykh Sharafuddin menetapkan kediamannya selama satu tahun. Selepas itu baginda berpindah ke sebuah tempat bernama Rashadiya, tempat baginda menubuhkan sebuah perkampungan untuk para migran Daghestan. Ia terletak tiga puluh batu dari Yalova, yang terletak di Pantai Marmara, kira-kira lima puluh batu dari Bursa dan kira-kira 60 batu dari Adapazar. Di sana baginda membina satu-satunya masjid di kampung tersebut, dan bersebelahannya baginda membina rumahnya sendiri. Semua orang menyibukkan diri membina rumah masing-masing. Bapa dan ibu saya membina sebuah rumah yang bersambung dengan rumah Shaykh Sharafuddin.

Apabila usia saya mencapai tiga belas tahun, Turki di bawah serangan tentera British, Perancis, dan Yunani. Tentera Turki mengerahkan setiap orang, malahan kanak-kanak sekalipun. Mereka mahu saya menyertai Tentera, tetapi bapa saudara saya, yang mempunyai hubungan baik dengan Sultan Abdul Hamid, enggan menghantar saya. Bapa saya telah meninggal dunia dan ibu saya seorang diri jadi saya terpaksa bekerja untuk menyara ibu saya. Apabila usia saya mencecah lima belas tahun, Sayyidina Shaykh Sharafuddin memberitahu saya, “Kini, anakku, kamu sudah matang dan dewasa, dan kamu mesti berkahwin.” Saya berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu lima belas tahun dan tinggal bersama ibu serta isteri saya. [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Khalwat Pertama dan Latihan Kerohanian Baginda

Shaykh Sharafuddin mendidik dan melatih Shaykh Abdullah dengan disiplin kerohanian yang intensif serta zikir yang panjang jamnya. Selepas enam bulan beliau diarahkan memasuki khalwat selama lima tahun. Beliau berkata:

“Saya baru bernikah selama enam bulan apabila Syeikh saya mengarahkan saya memasuki khalwat selama lima tahun. Ibu saya amat tidak berpuas hati sehingga beliau pergi mengadu kepada Syeikh saya, iaitu abangnya sendiri. Isteri saya juga tidak berpuas hati, tetapi hati saya tidak pernah merungut. Sebaliknya, hati saya sangat gembira memasuki khalwat yang sangat saya dambakan itu.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Saya memasuki khalwat itu, walaupun ibu saya menangis dan berkata, ‘Tiada siapa yang saya miliki melainkan kamu. Abangmu masih di Rusia dan bapamu telah tiada.’ Saya berasa kasihan kepada ibu saya, tetapi saya tahu ia adalah arahan Syeikh saya dan ia datang secara langsung daripada Nabi. Saya memasuki khalwat itu dengan arahan mengambil enam kali mandi setiap hari dengan air sejuk, serta menjaga segala kefarduan dan amalan zikir harian (wird/dhikr). Di samping itu, saya diarahkan membaca sekurang-kurangnya tujuh, dan sehingga lima belas, bahagian (sections) Al-Quran serta mengulangi Nama Suci Allah sebanyak 148,000 kali dan selawat ke atas Nabi sebanyak 24,000 kali setiap hari.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Terdapat banyak lagi amalan lain, kesemuanya dilakukan dalam keadaan yang fokus dan bermeditasi. Saya berada di dalam sebuah gua, jauh di dalam hutan tebal, di atas sebuah gunung yang diliputi salji. Seorang individu ditugaskan melayani saya dengan membawa tujuh biji buah zaitun dan dua ouns roti setiap hari. Saya memasuki khalwat itu ketika usianya lima belas tahun setengah, dan badan saya agak gempal. Apabila saya keluar dari khalwat tersebut pada usia dua puluh dua tahun, saya menjadi sangat kurus, berat badan saya hanya 100 paun. [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Apa yang disingkapkan kepada saya berupa pengalaman dan mukasyafah tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Semasa memasuki khalwat saya berkata kepada ego saya, “Wahai egoku, walaupun aku bakal mati, aku tidak akan keluar dari khalwat ini. Kamu mesti tahu itu. Jangan cuba ubah fikiran aku atau memperdayakan aku.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Terdapat satu lubang di dalam gua itu, dan apabila beliau memasuki khalwat beliau menyumbat lubang itu dengan sehelai kain. Beliau terus berkata:

“Saya tidur sangat sedikit dalam khalwat itu. Saya tidak pernah merasakan sebarang keperluan untuk tidur, kerana saya mempunyai sokongan surgawi yang begitu kuat. Suatu ketika saya mendapat mukasyafah melihat Nabi dalam khalwat di Gua Hira. Selama empat puluh hari saya duduk di belakang baginda dan baginda tidak pernah tidur sebaliknya terus berada dalam keadaan tersebut.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Semasa saya sedang berzikir pada suatu malam selepas tengah malam, satu taufan besar melanda gunung tersebut. Saya dapat mendengar taufan itu menumbangkan pokok-pokok, mencurahkan hujan dan akhirnya salji. Cuaca sangat sejuk dan tiada apa yang memanaskan badan saya melainkan kehangatan Zikir saya. Angin kencang meniup kain penutup keluar dari lubang tersebut. Saya kesejukan dan salji bertiup masuk ke dalam ruang saya. Saya begitu sejuk sehingga tidak dapat menggerakkan jari-jari saya untuk membilang ulangan Zikir saya. Hati saya hampir berhenti. Kemudian terlintas di fikiran saya untuk menutup semula lubang itu. Sebaik sahaja fikiran itu terlintas, saya melihat mukasyafah Syeikh saya menjerit, ‘Wahai anakku! Adakah kamu sibuk dengan diri kamu sendiri atau adakah kamu sibuk dengan Zat Yang Menciptakan kamu? Jika kamu mati kerana sejuk ia adalah lebih baik bagi kamu daripada membiarkan hatimu lalai sekelip mata.’ Mukasyafah itu memberikan kehangatan di dalam hati saya dan ketetapan untuk memulakan semula Zikir serta-merta. Semasa saya meneruskan Zikir, lebih banyak angin bertiup, dan bersamanya lebih banyak salji. Saya bergelut dengan diri sendiri, akhirnya berkata kepada diri sendiri, ‘Biarkan aku mati, biarpun begitu aku akan meneruskan zikirku.’ Sebaik sahaja saya berkata demikian, angin dan salji berhenti. Kemudian sebatang pokok tumbang, dan menutupi lubang di dalam gua tersebut.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Pada suatu hari selepas saya menunaikan solat terakhir malam (Isyak), semasa saya sibuk berzikir, dan hati saya dihubungkan dengan Asalnya, saya melihat diri saya sedang berzikir di dalam Kehadiran Ilahi. Pada masa yang sama saya merasai sesuatu melingkari diri saya. Saya tahu ia bukanlah sesuatu yang bersifat surgawi, bahawa ia adalah sesuatu yang fizikal. Saya mengingati sabda Nabi, ‘Tiada apa yang mencampakkan rasa takut ke dalam hatiku melainkan rasa takut kepada Allah.’ Walaupun saya merasai sesuatu di sekeliling saya dan membaluti saya, hati saya kekal tenang di dalam Kehadiran Ilahi. [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Dalam keadaan itu saya mencapai satu tempat di Stesen Kesedaran Bilangan (Wuquf ‘Adadi) sebanyak 777,777 ulangan Nama Ilahi. Saya hendak menuju ke 777,778 apabila saya mendengar Kehadiran Ilahi menyeru saya, ‘Wahai hamba-Ku! Kamu telah mencapai Rahsia Wuquf ‘Adadi malam ini dan telah memperolehi kunci bagi stesen tersebut. Masuklah ke dalam kehadiran Kami dalam Stesen Orang Yang Berbicara dengan Allah (Kalimullah), stesen Sayyidina Musa (as) ketika baginda berbicara secara langsung dengan Allah.’ Saya melihat bahawa saya sedang berbicara dengan Kehadiran Ilahi dan saya menerima jawapan bagi soalan-soalan yang tidak pernah mampu dicapai oleh para wali sebelum ini. Saya mengambil peluang memohon kepada Allah, ‘Ya Allah, apakah Nama-Mu Yang Paling Agung (Greatest Name)?’ Dan saya mendengar, ‘Wahai hamba-Ku, kamu akan dikurniakan perkara itu kemudian.’ Selepas itu mukasyafah tersebut lenyap dan telah masuk waktu solat Subuh.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Sebelum setiap solat, saya diwajibkan mandi air sejuk. Sudah tentu tiada air paip yang mengalir, jadi saya terpaksa menggunakan salji cair untuk mandi. Semasa saya hendak berdiri untuk membersihkan diri bagi solat, saya mendapati di hadapan saya adalah kepala seekor ular, yang telah melingkari diri saya sepenuhnya. Kepalanya terletak dalam kedudukan di mana sebarang pergerakan kerana rasa takut akan menyebabkannya mematuk saya. Saya tidak mempedulikan ular itu. Saya tahu jika saya merasai sebarang ketakutan, ia akan menyerang. Jadi dalam minda saya, saya menganggapnya tidak wujud. Saya tidak boleh mandi dengan ular melingkari saya, tetapi arahan Syeikh mesti dipatuhi. Maka saya mencurahkan air ke atas pakaian saya dan ke atas ular tersebut. Selama empat puluh hari ular itu kekal melingkari saya. Apabila saya solat, ia akan mengalihkan kepalanya bagi membolehkan saya sujud. Selama empat puluh hari, ular itu mengintip, mencari sebarang kesilapan atau rasa takut, untuk mematuk saya. Ujian daripada Syeikh saya ini, untuk melihat sama ada saya mempunyai rasa takut kepada selain Allah, akhirnya tamat dan ular itu mula merungkaikan lingkaran dari badan saya. Ia duduk seketika di hadapan saya, kemudian ia hilang.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Beliau menghabiskan masa selama lima tahun dalam khalwat khusus tersebut, yang berakhir ketika usianya 22 tahun. Apabila beliau keluar, beliau layak untuk kerahan tenaga tentera (military conscription). Kali ini beliau menyertai tentera.

Mikraj Baginda

Beliau berkata:

“Saya melihat ibu saya hanya selama seminggu atau dua minggu. Kemudian mereka membawa saya ke medan pertempuran yang dikenali sebagai Safar Barlik di Dardanelles. Pada suatu hari berlaku serangan daripada pihak musuh dan kira-kira 100 orang daripada kami tertinggal di belakang untuk mempertahankan barisan hadapan. Saya adalah seorang penembak tepat yang cemerlang, mampu mengenai sehelai benang dari jarak yang jauh. Kami tidak mampu mempertahankan kedudukan kami dan diserang dengan hebat. Saya merasai sebutir peluru menembusi jantung saya dan saya rebah ke tanah dalam keadaan cedera parah.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Semasa saya terbaring nazak, saya melihat Nabi mendatangi saya. Baginda bersabda, ‘Wahai anakku, kamu ditakdirkan mati di sini, tetapi kami masih memerlukan kamu di muka bumi ini dalam bentuk kerohanian dan fizikalmu. Aku datang kepada kamu untuk menunjukkan bagaimana seseorang mati dan bagaimana Malaikat Maut mencabut roh.’ Baginda mempersembahkan satu mukasyafah di mana saya melihat roh saya meninggalkan jasad saya, sel demi sel, bermula dari hujung jari kaki. Semasa nyawa ditarik keluar, saya dapat melihat berapa banyak sel yang terdapat dalam jasad saya, fungsi setiap sel, dan ubat bagi setiap penyakit bagi setiap sel. Saya mendengar zikir setiap sel.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Semasa roh saya beransur pergi saya merasai apa yang dirasai oleh seseorang ketika dia mati. Saya dibawa melihat pelbagai keadaan kematian: keadaan kematian yang menyakitkan, keadaan kematian yang mudah, dan keadaan kematian yang paling membahagiakan. Nabi bersabda kepada saya, ‘Kamu adalah daripada golongan yang pulang dalam keadaan kematian yang membahagiakan.’ Saya begitu menikmati saat kepulangan itu kerana saya sedang kembali kepada Asal Usul saya, yang membuatkan saya memahami rahsia ayat Al-Quran, “Sesungguhnya kepada Allah kita milik-Nya, dan kepada-Nya kita kembali” [2:156].” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Mukasyafah itu berterusan sehingga saya merasai roh saya berpisah pada nafas terakhir. Saya melihat Malaikat Maut datang dan mendengar soalan-soalan yang akan ditanyakannya. Segala jenis mukasyafah yang muncul kepada orang yang sedang nazak saya alami, namun saya masih hidup semasa pengalaman itu dan ini membolehkan saya memahami rahsia stesen tersebut.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Kemudian saya melihat dalam mukasyafah itu roh saya memandang ke bawah ke arah jasad saya, dan Nabi bersabda kepada saya, ‘Mari ikut aku!’ Saya mengiringi Nabi, dan baginda membawa saya melihat mukasyafah Tujuh Petala Langit. Saya melihat segala yang baginda mahu saya lihat di dalam Tujuh Petala Langit, dan kemudian baginda menaikkan saya ke Stesen Maqam as-Sidq (Stesen Kebenaran), tempat saya menemui semua Nabi, para wali (Siddiqeen), para syuhada, dan orang-orang soleh (Saliheen).” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Kemudian baginda bersabda, ‘Wahai anakku, sekarang aku akan membawa kamu melihat seksaan Neraka.’ Di sana saya melihat segala yang disebutkan oleh Nabi dalam hadis mengenai seksaan dan balasan di tempat itu. Saya berkata, ‘Wahai Nabi, baginda yang diutuskan sebagai Rahmat bagi Sekalian Alam, tiada jalankah bagi orang-orang ini untuk diselamatkan?’ Baginda menjawab, ‘Ya, anakku, dengan syafaatku mereka boleh diselamatkan. Aku menunjukkan kepada kamu kesudahan nasib orang-orang itu jika aku tidak mempunyai kuasa memberi syafaat untuk mereka.'” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Kemudian Nabi bersabda, ‘Wahai anakku, sekarang aku akan memulangkan kamu ke bumi dan kepada jasadmu.’ Sebaik sahaja Nabi berkata demikian, saya memandang ke bawah dan melihat jasad saya, kelihatan agak bengkak. Saya memandang ke arah itu dan berkata, ‘Wahai Nabi Allah, adalah lebih baik berada di sini bersama baginda. Saya tidak mahu pulang. Saya gembira bersama baginda di dalam Kehadiran Ilahi. Lihatlah dunia (dunya) itu, saya sudah pun berada di sana dan kini saya telah meninggalkannya. Mengapa saya mesti pulang? Lihatlah, jasad saya sudah bengkak.'” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Baginda bersabda, ‘Wahai anakku, kamu mesti pulang. Itu adalah tugasmu.’ Atas arahan Nabi saya pulang ke jasad saya, walaupun saya tidak mahu. Semasa saya masuk dengan lancar ke dalam jasad saya, mukasyafah itu tamat. Apabila ia tamat saya melihat para petugas perubatan di medan pertempuran mencari mangsa yang terselamat di kalangan mereka yang terkorban. Kemudian salah seorang daripada mereka berkata, ‘Yang itu masih hidup, yang itu masih hidup.’ Saya tiada daya untuk berbicara atau bergerak, dan saya sedar bahawa sudah selama tujuh hari jasad saya terbaring di situ.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Mereka mengambil dan merawat saya, sehinggalah saya sembuh dan kesihatan saya pulih. Kemudian mereka menghantar saya kembali kepada bapa saudara saya. Sebaik sahaja saya menemui baginda, baginda memberitahu saya, “Wahai anakku, adakah kamu menikmati lawatan kamu?” Saya tidak berkata ‘ya’ dan saya tidak berkata ‘tidak’, kerana saya ingin tahu sama ada baginda merujuk kepada lawatan ke medan tentera atau lawatan dalam companionship Nabi. Kemudian baginda bertanya lagi kepada saya, “Wahai anakku, adakah kamu menikmati lawatanmu bersama Nabi?” Pada ketika itu saya sedar bahawa baginda mengetahui segalanya. Maka saya berlari mencium tangan baginda dan memberitahu baginda, “Wahai Syeikhku, saya pergi bersama Nabi dan saya mesti akui bahawa saya tidak mahu pulang. Tetapi baginda memberitahu saya bahawa itu adalah tugas saya.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Penyerahan Mutlak (Total Surrender)

Shaykh Abdullah (q) meneruskan kehidupannya di bawah pemerhatian teliti bapa saudaranya, Shaykh Sharafuddin (q), dan beliau mara semakin tinggi dalam ilmu kerohanian. Pada suatu hari Shaykh Sharafuddin sedang duduk dalam majlis seramai 300 orang ulama, merangkumi ulama syariat dan kerohanian, dan mereka berada di situ membincangkan perkara-perkara penting bagi kehidupan kerohanian mereka. Mereka duduk di atas bukit berhampiran masjid baginda.

Shaykh Abdullah mendaki bukit menuju ke arah perhimpunan tersebut. Sebahagian ulama berkata kepada Shaykh Sharafuddin, “Kami kagum dengan kepentingan besar yang tuan berikan kepada anak kecil itu.” Syeikh menjawab:

“Lihatlah dia. Dia sedang datang untuk menemui saya. Jika seorang kanak-kanak kecil berumur tujuh tahun datang kepadanya dan berkata, ‘Syeikh kamu menghantar mesej bahawa kamu mesti pergi ke Mekah,’ walaupun saya tidak menghantar kanak-kanak itu, Abdullah akan segera menerima dan melakukan apa yang dikatakan oleh kanak-kanak tersebut. Ini kerana beliau mengaitkan segala-galanya kepada saya dan beliau tahu bahawa apa sahaja yang sampai kepadanya datang daripada saya, tanpa mengira perantaraannya. Beliau tahu bahawa jika ia datang daripada saya, arahan itu adalah daripada Nabi, kerana hati saya bersambung dengan hatinya, dan asalnya adalah daripada Allah. Sekarang jika perkara itu berlaku, tanpa kembali kepada isterinya atau ibunya untuk mengucapkan selamat tinggal, mahupun mengemas sebarang bekalan, beliau akan segera mengarahkan langkahnya menuju ke Mekah. Itulah sebabnya saya memberikan kepentingan yang begitu besar kepadanya; dan juga kerana saya tahu di stesen manakah beliau berada.” [Shaykh Sharafuddin]

“Stesen yang beliau duduki sekarang, tiada sesiapa pun sebelum beliau, termasuk diri saya sendiri, pernah mampu memasuki atau melihatnya. Beliau telah mencapai stesen yang lebih tinggi daripada stesen saya dan lebih tinggi daripada master-master saya dalam Tarikat ini. Sepertimana tarikat diteruskan dari seorang master ke master yang lain ia bergerak ke atas. Semasa rahsia dipindahkan dari seorang Syeikh kepada Syeikh yang lain, darjat akan meningkat melalui penambahan rahsia pengganti kepada rahsia yang diterimanya. Pada masa yang sama, darjat Nabi sentiasa meningkat, pada setiap detik, dan apabila baginda dinaikkan semakin tinggi, begitu jugalah para wali dari kalangan Umat baginda. Itulah maksud ayat, “Dan di atas tiap-tiap orang yang berilmu ada lagi Yang Maha Mengetahui.”.” [Shaykh Sharafuddin]

Pertemuan Dengan Gurdjieff

GrandSyeikh Abdullah (q) biasa berkhidmat di khaniqah master beliau. Setiap hari ratusan pelawat tiba untuk menziarahi Syeikh, sebahagian besarnya datang dari Daghestan. Antara ramai pelawat kepada Syeikh ialah guru Rusia, George Gurdjieff. Selepas baru sahaja tiba di Turki, selepas melarikan diri dengan penuh kepayahan dari Rusia, Gurdjieff datang menziarahi Shaykh Sharafuddin. Beliau pernah mengadakan banyak hubungan dengan para Sufi daripada pelbagai tarikat dan telah dibesarkan di, serta mengembara secara meluas ke seluruh, rantau Kaukasus. Beliau berbesar hati menemui para pewaris salasilah Naqshbandi Daghestan yang terkemuka.

Shaykh Sharafuddin (q) meminta Shaykh Abdullah (q) melayan tetamu mereka. Shaykh Abdullah menceritakan peristiwa pertemuan itu kepada beberapa orang muridnya bertahun-tahun kemudian. Sebaik sahaja mereka bertemu, Shaykh Abdullah berkata, “Anda berminat dengan ilmu Sembilan Titik (Nine Points). Kita boleh membicarakannya pada waktu pagi selepas solat Subuh. Sekarang makanlah sesuatu dan berehat.” Pada waktu Subuh Shaykh Abdullah memanggil Gurdjieff datang untuk solat bersamanya. Sebaik sahaja solat selesai, Syeikh mula membaca Surah Yasin daripada Al-Quranul Karim. Sebaik sahaja selesai membaca, Gurdjieff mendekatinya dan bertanya sama ada beliau boleh memperkatakan tentang apa yang baru sahaja beliau alami. Gurdjieff berkata:

“Sebaik sahaja tuan selesai solat dan mula membaca, saya melihat tuan mendatangi saya dan memegang tangan saya lalu kami diangkut ke sebuah taman mawar yang indah. Tuan memberitahu saya bahawa taman ini adalah taman tuan dan mawar-mawar ini adalah murid-murid tuan, masing-masing dengan warna dan bau harumnya yang tersendiri. Tuan mengarahkan saya kepada sekuntum mawar merah tertentu dan berkata, ‘Itu kepunyaan kamu. Pergi cium ia.’ Semasa saya melakukannya, saya melihat mawar itu kembang dan saya lenyap di dalamnya lalu menjadi mawar tersebut. Saya masuk ke dalam akar umbinya dan ia memimpin saya kepada hadirat tuan. Saya mendapati diri saya memasuki hati tuan dan menjadi sebahagian daripada tuan.” [Gurdjieff]

“Melalui kuasa kerohanian tuan saya dapat naik kepada ilmu kuasa Sembilan Titik. Kemudian satu suara, menyapa saya sebagai ‘Abd an-Nur, berkata: ‘Cahaya dan ilmu ini telah dikurniakan kepada kamu daripada Kehadiran Ilahi Allah untuk membawa ketenangan ke dalam hati kamu. Walau bagaimanapun, kamu tidak boleh menggunakan kuasa ilmu ini.’ Suara itu membida saya selamat tinggal dengan salam Kesejahteraan dan mukasyafah itu tamat semasa tuan menghabiskan bacaan daripada Al-Quran.” [Gurdjieff]

Shaykh Abdullah menjawab:

“Surah Yasin dipanggil sebagai ‘Jantung Al-Quran’ oleh Baginda Nabi SAW dan ilmu mengenai Sembilan Titik ini dibuka kepada kamu melalui surah tersebut. Mukasyafah itu adalah dengan berkat ayat: ‘Salam sejahtera, ucapan daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.’” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Setiap satu daripada Sembilan Titik itu diwakili oleh salah seorang daripada sembilan Wali yang berada pada Tahap Tertinggi di dalam Kehadiran Ilahi. Mereka adalah kunci kepada kuasa yang tidak diceritakan di dalam diri manusia, namun tiada keizinan untuk menggunakan kunci-kunci ini. Ini adalah rahsia yang secara umumnya tidak akan dibuka sehinggalah pada Hari-Hari Akhir apabila Imam Mahdi (as) muncul dan Nabi Isa (as) turun.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Pertemuan kita ini telah diberkati. Simpanlah ia sebagai rahsia di dalam hati kamu dan jangan memperkatakannya dalam kehidupan dunia ini. ‘Abd an-Nur, kerana itulah nama kamu pada sisi kami, kamu bebas untuk tinggal atau pergi mengikut kesesuaian tanggungjawab kamu. Kamu sentiasa dialu-alukan bersama kami. Kamu telah mencapai keselamatan di dalam Kehadiran Ilahi. Semoga Allah memberkati kamu dan mengukuhkan kamu dalam kerja kamu.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Keadaan dan Wacana Baginda Selepas Khalwat Kedua Baginda

Pada usia 30 tahun, Shaykh Abdullah diarahkan memasuki khalwat panjang kedua selama lima tahun. Semasa khalwat tersebut, banyak mukasyafah dan stesen dikurniakan kepadanya, yang mustahil untuk dihurai dalam ruang buku ini. Selepas beliau melengkapkan khalwat kedua ini, kuasa tarikan kerohanian beliau semakin meningkat. Beliau menjadi begitu terkenal sehinggakan semasa hayat Syeikhnya pun, orang ramai datang dari segenap penjuru untuk belajar daripada beliau.

Berikut adalah sebahagian daripada wacana baginda:

“Aku tidak berbicara kepada kamu mengenai sebarang Stesen (Maqam), Penzahiran (Tajalli), atau Darjat (Rutbah) melainkan aku telah pun memasuki stesen atau kedudukan tersebut dan mengalami Penzahiran itu. Aku tidak seperti kebanyakan orang lain, aku tidak berbicara dengan memisahkan pandanganku daripada hatiku, menghitung Stesen-Stesen (Maqamat) untuk kamu tanpa aku mengetahui Hakikatnya (haqiqah). Tidak! Pertamanya aku mengikuti jalan itu dan melihat apa sebenarnya ia. Aku mempelajari Hakikat dan Rahsia tersebut yang boleh ditemui di sepanjang jalan itu, dan aku berusaha menyusurinya sehinggalah aku memperolehi Ilmu Keyakinan (ilm al-yaqin), Mata Keyakinan (ayn al-yaqin), dan Hakikat Keyakinan (haqq al-yaqin). Hanya selepas itulah aku berbicara kepada kamu, memberikan kamu sedikit rasa daripada apa yang telah aku rasa, sehinggalah aku mampu membuat kamu mencapai stesen tersebut tanpa meletihkan kamu dan tanpa sebarang kesukaran.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Terdapat lima stesen Hati: qalb, sirr, sirr as-sirr, khafa, dan akhfa. Qalb adalah Hati, sirr adalah Rahsia, sirr as-sirr adalah Rahsia kepada Rahsia, khafa adalah Yang Tersembunyi, dan akhfa adalah Yang Paling Tersembunyi. Rahsia Tarikat ini diasaskan atas lima lata’if (Halus) ini, iaitu Stesen-Stesen hati.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Latifat al-qalb, stesen Hati, berada di bawah autoriti Sayyidina Adam, kerana ia mewakili aspek fizikal hati. Latifat as-sirr, stesen Rahsia, berada di bawah Sayyidina Nuh, kerana ia adalah Bahtera yang diselamatkan daripada Lautan Kegelapan, penyelamatan daripada banjir kejahilan. Latifat Sirr as-Sirr, stesen Rahsia kepada Rahsia, berada di bawah dua Nabi: Ibrahim dan Musa, yang mewakili Kehadiran Ilahi Allah di Bumi. Allah menjadikan Ibrahim sebagai simbol bagi segala Khalifah-Nya di Bumi ini, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat penciptaan manusia, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Musa dikurniakan keistimewaan mendengar dan berbicara kepada Allah yang merupakan dua sifat hakiki ilmu.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Latifat al-khafa, Stesen Tersembunyi, berada di bawah Sayyidina Isa. Kerana hubungannya dengan Ilmu Tersembunyi, beliau mewakili kefahaman kerohanian.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Latifat al-akhfa, Stesen Paling Tersembunyi, berada di bawah Hakikat Sayyidina Muhammad, kerana beliau dikurniakan stesen yang jauh lebih tinggi daripada semua Nabi dan rasul yang lain. Beliau adalah orang yang dinaikkan, pada Malam Mikraj, ke Kehadiran Ilahi. Ini diwakili oleh Kalimah (Frasa Suci), kerana tiada la ilaha illallah tanpa Muhammadun Rasulullah.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Cahaya stesen-stesen ini telah ditunjukkan kepada saya. Cahaya Hati adalah rona kuning; cahaya Rahsia adalah merah; cahaya Rahsia kepada Rahsia adalah putih; cahaya Stesen Tersembunyi adalah hijau; dan cahaya Stesen Paling Tersembunyi adalah hitam.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Lima Stesen ini adalah pusat bagi Sembilan Titik, yang mewakili tempat penzahiran Wahyu dan Ilham Kehadiran Ilahi di dalam hati manusia. Sembilan Titik ini terletak di dada setiap orang dan ia mewakili sembilan keadaan tersembunyi yang berbeza pada setiap insan. Setiap keadaan bersambung dengan seorang wali, yang mempunyai autoriti mengawal titik tersebut.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Jika pencari dalam Jalan Naqshbandi berupaya menyingkap dan membuat hubungan kerohanian dengan master berautoriti yang mengawal titik-titik ini, beliau mungkin dikurniakan ilmu dan kuasa untuk menggunakan sembilan titik tersebut.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Syarat-syarat yang berkaitan dengan pembukaan sembilan titik ini hanya boleh diisyaratkan secara kiasan. Stesen pertama melibatkan kuasa memenjarakan ego. Kunci kepada keadaan kedua ialah zikir dengan la ilaha illallah. Keadaan ketiga merangkumi penyaksian ukiran nama Allah pada hati (naqsh). Keadaan keempat berkaitan dengan maksud ukiran pada hati tersebut. Keadaan kelima ialah mengesan ukiran tersebut dengan zikir anda. Pada keadaan keenam hati dijadikan berhenti mengepam mengikut kehendak dan mula mengepam mengikut kehendak. Keadaan ketujuh ialah menyedari bilangan kali seseorang menghentikan hati daripada mengepam dan bilangan kali seseorang memulihkan pengepaman hati itu.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Pada keadaan kelapan seseorang menyebut frasa Muhammadun Rasulullah pada setiap pemberhentian hati dan setiap pemulihan pengepamannya. Peringkat kesembilan ialah kembali ke Gua anda, sebagaimana yang disebutkan Allah dalam Surah Al-Kahf, “Apabila kamu mengasingkan diri daripada mereka dan daripada apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah perlindungan ke dalam Gua itu; nescaya Tuhan kamu akan melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu…”.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Gua itu ialah Kehadiran Ilahi. Di sinilah seseorang melafazkan doa kesayangan Nabi: ‘Ya Allah, Engkau adalah tujuanku dan Redha-Mu yang aku cari.’ Hati, semasa ia beredar antara pemberhentian dan pemulihan pengepamannya, wujud pada tahap Zat Kehadiran Ilahi. Kerana Zat Ilahi itu adalah sumber bagi segenap makhluk yang diciptakan, hati itu akan bersatu dengan setiap zarah ciptaan di alam semesta ini. Hati yang telah mencapai rahsia sembilan titik akan berupaya melihat segalanya, mendengar segalanya, mengetahui segalanya, merasai segalanya, mengindera segalanya, ‘Sehingga Dialah Pendengaran yang dengannya dia mendengar, Penglihatan yang dengannya dia melihat, Lidah yang dengannya dia berkata, Tangan yang dengannya dia memegang, dan Kaki yang dengannya dia berjalan.’ Dia akan bersifat Ketuhanan (Lordly), beliau hanya perlu berkata kepada sesuatu Jadilah! maka ia pun terjadi.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Wasiat Shaykh Sharafuddin

Pada hari-hari terakhir kehidupan Shaykh Sharafuddin, baginda menulis wasiatnya dan menyerahkannya kepada Shaykh Abdullah. Baginda meramalkan pada masa itu:

“Selepas aku wafat, satu peluang akan datang untuk kamu meninggalkan Turki. Apabila peluang itu tiba kamu mesti mengambilnya, kerana tugasmu bukan terletak di sini tetapi di luar Turki.” [Shaykh Sharafuddin]

Shaykh Abdullah (q) mempunyai dua orang anak perempuan daripada isterinya Halima, yang sulung bernama Rabi’ah dan yang bongsu Madiha. Sembilan daripada anak-anaknya tidak terselamat. Selepas Syeikhnya wafat, satu delegasi datang kepadanya daripada Raja Faruq Mesir untuk menyampaikan takziah Raja, memandangkan Shaykh Sharafuddin (q) mempunyai ramai pengikut di Mesir. Salah seorang putera raja yang hadir bersama delegasi itu melihat anak perempuannya Madiha. Beliau serta-merta merasa tertarik kepadanya dan memohon untuk berkahwin dengannya.

Shaykh Abdullah sedar bahawa inilah peluang untuk meninggalkan Turki yang telah diramalkan oleh Syeikhnya. Beliau segera menerima pinangan itu, dan dengan persetujuan anak perempuannya perkahwinan itu dengan pantas dilangsungkan. Tidak lama selepas itu beliau menerima jemputan daripada suami baharu anak perempuannya untuk datang ke Mesir. Beliau berkata:

“Saya pergi ke Mesir dan tinggal bersama anak perempuan saya. Hubungan di antara beliau dan suaminya tidak begitu baik. Selepas beberapa lama perkahwinan itu gagal dan berakhir dengan penceraian. Saya mengambil nasihat Syeikh saya untuk menggunakan peluang tersebut. Saya menaiki kapal bersama isteri dan anak-anak perempuan saya di Iskandariah dan berlayar ke Latakia. Dari Latakia saya pergi ke Aleppo, di mana saya mendarat dengan hanya sepuluh piastre [kira-kira 10 sen] di dalam poket saya, dan tiada harta benda dunia lain bersama saya. Saya pergi ke masjid untuk solat Maghrib bersama anak-anak perempuan dan isteri saya. Di sana seorang lelaki mendekati saya dan berkata kepada saya, ‘Wahai Syeikhku, sudilah menjadi tetamu saya.’ Beliau membawa saya dan keluarga saya serta melayan kami sebagai tetamu. Saya menganggap ini sebagai salah satu mukjizat Syeikh saya, yang membawa kami dari Mesir ke Aleppo di mana Allah membukakan pintu rezeki untuk kami.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Beliau tinggal untuk beberapa lama di Aleppo, di mana orang ramai berasa berhormat menyantuni beliau. Para ulama datang untuk duduk dan mendengar daripadanya, dan mereka terpesona dengan ucapan serta ilmunya. Mereka memanggilnya Pembaru Agama (Reviver of the Religion). Dari situ beliau berpindah ke Homs, di mana beliau menziarahi masjid dan makam Sahabat Nabi, Khalid ibn al-Walid (r). Beliau tinggal sebentar di Homs. Beliau berpindah ke Damsyik, di Daerah Midan, berhampiran makam Sa’d ad-Din Jibawi, seorang wali daripada keturunan Nabi. Di sana beliau menubuhkan zawiya pertama bagi cabang Tarikat Naqshbandi yang telah pergi ke Daghestan. Dengan keberadaan beliau, Rantaian Emas Tarikat Naqshbandi yang telah pergi dari Damsyik ke India, Baghdad, dan Daghestan, kini kembali ke Damsyik.

Kedua-dua anak perempuannya mendirikan rumahtangga, Rabi’ah mempunyai empat anak, tiga perempuan dan seorang lelaki. Madiha berkahwin dengan Shaykh Tawfiq al-Hibri, salah seorang ulama Islam terkemuka di Lubnan.

Tidak lama kemudian orang ramai mula membanjiri zawiya beliau. Mereka tiba di situ dari segenap penjuru bandar: para Sufi, pegawai kerajaan, ahli perniagaan, dan orang awam. Para murid datang setiap hari untuk duduk di pintu khaniqah beliau. Setiap hari mereka menyajikan makanan kepada ratusan orang, yang mana ramai di antara mereka turut tidur di situ.

Kemudian beliau menerima arahan kerohanian untuk berpindah ke Gunung Qasyun. Ia adalah titik tertinggi di Damsyik, yang dari sudut pandangannya seluruh bandar dapat dilihat. Dengan bantuan dua murid senior beliau, Shaykh Muhammad Nazim ‘Adil dan Shaykh Husayn ‘Ali, beliau membina sebuah rumah. Rumah ini dan masjid di sebelah masih berdiri, dan masjid itu adalah tapak makam baginda. Beliau melihat dalam mukasyafah, semasa beliau sedang membina masjid tersebut, bahawa Nabi, bersama Shah Naqshband dan Sayyidina Ahmad al-Faruqi, datang dan meletakkan tiang-tiang untuk menandakan bentuk dan lokasi dinding masjid itu. Sebaik sahaja mukasyafah itu tamat, penanda tersebut dapat dilihat, dan semua yang hadir melihatnya. Di masjid itu, sepanjang tahun, ratusan ribu pelawat telah diterima: untuk penyembuhan, untuk doa, untuk latihan, untuk pelbagai jenis ilmu zahir dan batin.

Banyak kali beliau diarahkan oleh Nabi untuk memasuki lebih banyak khalwat. Khalwat-khalwat ini berbeza dari segi tempohnya bermula dari 40 hari hingga satu tahun. Beliau memasuki lebih daripada dua puluh khalwat sepanjang hayatnya. Sebahagian daripada khalwat ini dilakukan di Damsyik, sebahagian di Jordan, sebahagian di Baghdad, di makam Sayyidina Abdul Qadir Jilani, dan banyak lagi di Madinah. Dengan setiap khalwat, kuasa kerohanian dan darjat beliau semakin bertambah.

Pada suatu masa beliau menghantar mesej kepada Syarif Abdullah, yang merupakan Raja Jordan dan salah seorang muridnya, melalui Mawlana Shaykh Nazim (q), memberitahunya, “Jangan pergi solat berjemaah, terutamanya pada hari Jumaat, kerana saya mendapat mukasyafah bahawa anda akan dibunuh.” Mesej itu disampaikan kepada Syarif Abdullah, namun beliau tidak mengendahkan amaran tersebut. Minggu berikutnya beliau dibunuh semasa keluar dari solat Jumaat berjemaah.

Bertahun-tahun kemudian sepupu kami terperangkap secara tidak sengaja dalam berbalas tembakan di Beirut. Beliau dibawa untuk pembedahan kecemasan. Kami pergi menziarahi GrandSyeikh kami, ketakutan mengenangkan keadaannya. Sebaik sahaja kami melangkah masuk dan sebelum kami sempat berbicara baginda berkata kepada kami, “Pulanglah! Ditulis bahawa beliau akan mati, tetapi dengan doa saya beliau akan hidup. Pembedahan yang akan dilaluinya akan berjaya.” Apabila kami pulang, sepupu kami berada dalam keadaan koma dan mereka sedang membawanya ke bilik bedah. Kami memaklumkan ibunya tentang apa yang dikatakan oleh GrandSyeikh untuk memberi harapan kepadanya. Keesokan harinya sepupu kami sedar semula dari koma. Beliau berkata, “Saya melihat GrandSyeikh mendatangi saya dan melakukan pembedahan ke atas saya; dan itulah yang menyelamatkan saya.”

Shaykh Abdullah (q) sering membicarakan perkara yang telah ditakdirkan (qada’). Beliau berkata:

“Adalah maklum bahawa terdapat dua jenis takdir. Jenis takdir pertama dinamakan qada’an mu’allaq, yang bermaksud Takdir Tertangguh atau Boleh Berubah (Mutable Destiny). Ia tertulis di Luh Mahfuz (the Preserved Tablet). Ia akan berubah mengikut kehendak dan kelakuan, sebab dan akibat. Semua wali boleh mengubah jenis takdir ini untuk murid-murid mereka, bagi mendidik mereka dan mempengaruhi takdir mereka dengan mengubah tindakan serta kelakuan mereka. Autoriti untuk mengubah Takdir Boleh Berubah diberikan kepada para Syeikh untuk murid-murid mereka kerana mereka dihubungkan antara satu sama lain dengan Kehendak Ilahi.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Jenis takdir kedua terkandung di dalam Umm al-Kitab (Ibu Segala Kitab), sebagaimana yang disebutkan dalam ayat: yamhullahu ma yasha’u wa yuthbit, wa cindahu Umm ul-kitab (“Allah menghapuskan apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan apa yang dikehendaki-Nya, dan pada sisi-Nyalah terdapat Umm al-Kitab”), dan ia dinamakan qada’an mubram, yang bermaksud Takdir Tetap (Fixed Destiny). Para wali tidak pernah campur tangan dalam Takdir Tetap itu, yang berada di dalam Tangan Sang Pencipta.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Allah memberikan autoriti untuk mengubah Takdir Tetap hanya kepada Sembilan Wali yang berada pada tahap tertinggi di dalam Kehadiran Ilahi, dengan izin daripada Nabi yang merupakan orang pertama mengambil kuasa tersebut daripada Allah. Mereka mengawal Sembilan Titik kesedaran manusia yang berkaitan dengan pelbagai peringkat Mikraj Seseorang di atas jalan beliau menuju Kehadiran Ilahi. Allah memberikan Sembilan Wali ini, yang bilangan mereka tidak berubah sejak zaman Nabi sehinggalah hari ini, kuasa untuk menggunakan Sultan adh-Dhikr, Zikir Paling Agung.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Setiap orang tahu bahawa Zikir pada asasnya adalah pengulangan la ilaha illallah, dan itulah yang diamalkan oleh semua tarikat, termasuk tarikat Naqshbandiyya. Tetapi Sultan adh-Dhikr adalah jenis Zikir yang berbeza sama sekali.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Allah berfirman, Inna nahnu nazzalna-dh-dhikra wa inna lahu la-hafidhun [15:9], ‘Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Zikir (Al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah yang memelihara Zikir itu.’ Zikir yang disebutkan di sini ialah Al-Quranul Karim. Zikir bagi sembilan wali ini, di samping la ilaha illallah, adalah Rahsia Al-Quranul Karim. Mereka membaca Al-Quran, bukan seperti cara kita membacanya dari permulaan hingga ke penutup, tetapi mereka membacanya dengan segala rahsia dan hakikat batinnya. Kerana Allah berfirman, wa la ratbin wa la yabisin illa fa kitabin mubeen ‘Dan tiada yang basah dan tiada yang kering melainkan tertulis di dalam Kitab yang terang.’ Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah di dalam segenap alam semesta yang diciptakan melainkan telahpun disebutkan, dengan segala rahsianya, di dalam Kitab Yang Terang, iaitu Al-Quran.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Oleh itu, wali yang membaca Al-Quran dalam Sultan adh-Dhikr membacanya berserta segala rahsia setiap ciptaan, dari permulaan hingga ke penutup. Allah memberikan setiap huruf Al-Quran, menurut Sembilan Master Tertinggi Tarikat Naqshbandi [ini adalah kali pertama Syeikh menyebut rahsia ini], dua belas ribu ilmu pengetahuan. Al-Quran mengandungi sekitar 600,000 huruf, maka bagi setiap huruf, para wali ini berupaya merangkum 12,000 ilmu pengetahuan!” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Setiap seorang daripada sembilan wali ini juga berbeza antara satu sama lain dari segi tahap mereka. Kita mungkin melihat bahawa salah seorang daripada mereka, contohnya, berupaya membaca Al-Quran dengan kuasa Sultan adh-Dhikr, iaitu merangkum 12,000 makna pada setiap huruf, hanya sekali dalam seumur hidupnya. Seorang lagi berupaya membacanya tiga kali dalam seumur hidupnya. Yang ketiga berupaya melakukannya sembilan kali dalam seumur hidupnya. Seorang lagi berupaya membacanya 99 kali dalam seumur hidupnya.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Rahsia ini berbeza dari seorang wali kepada wali yang lain. Shah Naqshband (q) berupaya melakukannya 999 kali dalam seumur hidupnya. Master kita Ahmad al-Faruqi berupaya membacanya 9,999 kali dalam seumur hidupnya. Shaykh Sharafuddin berupaya membacanya 19,999 kali.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Di sini Shaykh Abdullah berhenti. Shaykh Nazim berkata, “Pada setiap hembusan nafas GrandSyeikh Abdullah Daghestani menghembus keluar dengan Sultan adh-Dhikr dan menyedut masuk dengan Sultan adh-Dhikr. Beliau biasa menyempurnakan rahsia Al-Quran sebanyak dua kali pada setiap hembusan nafas.”

Pertemuan Dengan John Bennett

Antara ramai pelawat dan pencari di pintu GrandSyeikh ialah warga Inggeris, John G. Bennett. Di dalam beberapa buah buku beliau, beliau menceritakan pertemuan beliau dengan Shaykh Abdullah. Berikut adalah sebahagian daripada catatan beliau yang disusun daripada Concerning Subud dan Witness.

Bennett menulis dalam Concerning Subud:

“Shaykh Abdullah adalah seorang wali sejati di mana seseorang merasakan kepercayaan penuh serta-merta terhadapnya.”

Beliau menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai pertemuan mereka di dalam Witness:

“Syeikh sedang menunggu saya di atas bumbung rumahnya. Ia terletak tinggi di atas bandar, menyajikan pemandangan panorama yang sangat hebat… Saya berasa tenang sejak mula lagi, dan tidak lama kemudian saya mengalami satu kebahagiaan besar yang seolah-olah memenuhi ruang tersebut. Saya tahu bahawa saya berada di hadirat seorang lelaki yang benar-benar baik.” [John Bennett]

“Selepas salam biasa, dan pujian atas kecekapan bahasa Turki saya, beliau mengejutkan saya dengan berkata: ‘Mengapa anda tidak membawa saudari wanita yang bersama anda? Saya mempunyai mesej untuknya dan juga untuk anda.’ Kelihatan mustahil sesiapa pun boleh memberitahunya tentang Elizabeth. Kami berjalan terus ke rumahnya, dan Dadji, pemandu arah saya, telah meninggalkan saya di pintu tanpa bercakap dengan sesiapa pun. Saya menjawab memandangkan beliau seorang Muslim, saya tidak menyangka beliau mahu berbicara dengan seorang wanita. Beliau berkata dengan bersahaja: ‘Mengapa tidak? Peraturan dan adat adalah untuk perlindungan orang-orang bodoh; ia tidak menyusahkan saya. Seterusnya anda melalui Damsyik, sudi kah anda membawanya kepada saya?’ Saya berjanji untuk berbuat demikian jika ada peluang.” [John Bennett]

“Kami duduk untuk sekian lama dalam kebisuan, memandang bandar purba itu. Apabila beliau mula berbicara, saya mendapati sukar untuk keluar daripada lamunan mendalam yang menyelubungi diri saya. Beliau berkata: ‘Saya menjangkakan seseorang hari ini, tetapi saya tidak tahu ia adalah anda. Beberapa malam lalu seorang malaikat datang ke bilik saya dan memberitahu saya bahawa anda akan datang melawat saya dan saya harus menyampaikan tiga mesej. Anda telah memohon petunjuk kepada Allah mengenai isteri anda. Beliau berada dalam jagaan Allah. Anda telah cuba membantunya, tetapi itu adalah salah. Anda mengganggu urusan yang sedang dilakukan Allah di dalam jiwanya. Tiada sebab untuk membimbangkan tentangnya, tetapi adalah sia-sia bagi anda cuba memahami. Mesej kedua berkaitan dengan rumah anda. Anda telah memohon petunjuk kepada Allah sama ada anda patut mengikut laluan anda atau mengikut orang lain. Anda mesti percaya kepada diri sendiri. Anda akan dizalimi oleh orang Armenia, tetapi anda tidak boleh takut. Anda harus menarik ramai orang kepada anda dan anda tidak boleh teragak-agak walaupun orang lain marah.'” [John Bennett]

“Beliau senyap semula. Saya terkejut dengan dua mesej itu, kerana memang benar saya telah memohon petunjuk untuk dua soalan tersebut…” [John Bennett]

“Mesej paling penting adalah yang terakhir. Anda mesti tahu bahawa terdapat kejahatan yang besar di dunia ini. Orang ramai telah menyerahkan diri mereka kepada penyembuhan benda-benda material, dan mereka telah hilang niat serta kuasa untuk menyembah Allah. Allah sentiasa mengutus Rasul-Rasul untuk menunjukkan jalan keluar daripada situasi sedemikian, dan Dia sekali lagi melakukannya pada zaman kita sekarang. Seorang Rasul sudah pun berada di bumi, dan identitinya diketahui oleh ramai. Tidak lama lagi baginda akan datang ke Barat. Manusia telah dipilih untuk menyediakan jalan bagi baginda… Ditunjukkan kepada saya bahawa anda adalah salah seorang yang dipilih untuk menyediakan jalan bagi baginda… Rasul itu akan datang ke negara anda dan malahan ke rumah anda…” [John Bennett]

“Anda tidak boleh sekali-kali berhenti menyembah Allah, cuma anda tidak harus menunjuk-nunjuknya. Secara zahir anda mesti bertindak seperti orang lain. Allah telah melantik dua malaikat untuk menjaga anda. Yang seorang akan membimbing dan mengarahkan anda supaya anda tidak lagi melakukan kesilapan seperti sebelum ini. Yang seorang lagi akan melaksanakan kewajipan agama yang anda tidak mampu lakukan sendiri oleh anda.” [John Bennett]

“Saya menasihati anda agar kerap mengulangi di dalam hati anda kalimah La ilahe il Allah, yang bermaksud penyerahan kepada Allah semata-mata.” [John Bennett]

Semasa saya menyatakan bahawa ini adalah pengakuan iman umat Islam (syahadah), beliau menjawab bahawa ia adalah sama-sama Kristian mahupun Islam, kerana asas bagi segala agama adalah manusia tidak patut mengikut kemahuannya sendiri, tetapi mengikut Kehendak Allah… [John Bennett]

Kepulangan Baginda Dari Kehidupan Ini

Kami menyaksikan banyak peristiwa ajaib bersama GrandSyeikh kami. Kehidupannya penuh dengan aktiviti yang bermanfaat. Beliau sentiasa tersenyum, dan tidak pernah marah. Beliau tiada sumber pendapatan, namun makanan sentiasa melimpah-ruah di rumahnya. Bagaimanakah beliau menyara kehidupannya, itulah soalan di fikiran setiap orang. Orang ramai akan muncul tanpa dijangka sehingga kadangkala mencecah 200 orang, tetapi mereka mendapati makanan telahpun disediakan dan siap untuk mereka. Kami sentiasa tertanya-tanya, “Dari manakah datangnya beras, roti, dan daging itu?”

Saya jarang melihatnya tidur pada waktu malam. Pada siang hari beliau sentiasa melayani orang ramai, dan pada waktu malam beliau sentiasa duduk di bilik khasnya, membaca Al-Quran, membaca Dala’il al-Khayrat, melakukan zikir peribadi beliau atau membaca pujian ke atas Nabi. Beliau biasa solat selepas tengah malam sehingga terbit fajar. Beliau membantu golongan yang memerlukan sedaya upaya kemampuannya dan beliau memberi perlindungan kepada ramai gelandangan di masjidnya. Beliau berkhidmat kepada kemanusiaan. Lidah ini terlalu lemah untuk menghuraikan akhlak mulia dan ciri-ciri baik beliau.

Sehinggalah tiba satu hari pada tahun 1973, apabila beliau bersabda:

“Nabi sedang memanggil saya. Saya mesti pergi menziarahi baginda. Baginda memberitahu saya, ‘Kamu tidak boleh datang kepada ku sehinggalah kamu menjalani pembedahan pada matamu,’ merujuk kepada rabun pada mata kiri beliau. Beliau memberi bayangan kepada kami bahawa beliau akan pulang tetapi kami tidak dapat menerima bayangan tersebut. Beliau hidup di dalam diri kami dan hidup pada semua mereka yang mengenali beliau, malahan kucing-kucing yang sentiasa berada di sekelilingnya.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Selepas beliau pergi menjalani pembedahan mata itu, beliau berhenti makan. Kami merayu agar beliau makan, tetapi beliau enggan sambil berkata, “Saya berada dalam khalwat penuh, kerana Nabi sedang memanggil saya.” Beliau hanya menerima roti kering yang dilembutkan dengan merendamkannya di dalam air, sekali sehari. Beliau berkata, “Saya tidak mahu hidup lebih lama lagi, saya mahu pergi menyertai Nabi saya dan bersama baginda. Baginda sedang memanggil saya, Allah sedang memanggil saya.” Ini umpama satu sambaran petir bagi kami, namun kami tetap tidak mahu mempercayainya. Kemudian beliau menulis wasiatnya dan berkata, “Ahad depan saya akan pulang.” Ia adalah pada 30 September 1973 M., bersamaan 4 Ramadan 1393 H. Semua orang terkejut dan ketakutan menantikan hari tersebut sama ada ia akan berlaku.

Sudah pukul sepuluh pada hari Ahad yang telah diramalkannya itu dan kami sedang duduk di dalam biliknya. Beliau berkata kepada saya, “Rasa nadi saya.” Saya merasai nadinya dan ia melebihi 150. Kemudian beliau berkata, “Wahai anakku, inilah saat-saat terakhir dalam hidupku. Aku tidak mahu sesiapa pun di sini. Semua orang mesti keluar dan pergi ke ruang mesyuarat besar.” Hanya sepuluh orang sahaja daripada kami di dalam bilik itu. Pada ketika itu dua orang doktor tiba: yang seorang adalah abang saya dan seorang lagi rakan. Kedua-duanya adalah pakar bedah. GrandSyeikh tidak membenarkan sesiapa pun selain ahli keluarga berada di dalam bilik tersebut.

Kami mendengar anak perempuannya menjerit, “Bapa saya telah meninggal dunia, bapa saya telah meninggal dunia.” Kami semua berlari masuk ke dalam bilik dan kami melihat GrandSyeikh tidak bergerak. Dengan pantas abang saya mengambil nadi dan tekanan darahnya, tetapi ia tidak dapat dikesan. Beliau berlari secara histeria ke kereta untuk mengambil picagari berisi ubat, kembali beberapa minit kemudian. Beliau masuk semula dengan cara yang sama, mahu menyuntik Syeikh pada jantungnya untuk cuba memulihkan pengepaman. Doktor seorang lagi berkata, “Apa yang kamu buat? Syeikh telah meninggal dunia lebih dari tujuh minit. Hentikan kebodohan kamu.” Tetapi beliau tidak mahu berhenti dan berdegil meneruskan suntikan tersebut.

Kemudian GrandSyeikh membuka matanya, mengangkat tangannya dan berkata dalam Bahasa Turki: “Burak!” yang bermaksud, “Berhenti!”

Semua orang terkejut. Mereka tidak pernah mendengar orang mati boleh berbicara sebelum ini. Saya tidak akan melupakan perkara ini sepanjang hidup saya. Semua yang hadir, para profesor dan doktor, tidak akan melupakannya juga. Selepas itu abang saya menyimpan alatan perubatannya. Kami berdiri di situ dalam keadaan terkejut, tidak tahu apa yang harus dikatakan. Adakah beliau sudah mati atau belum? Adakah beliau sekadar melabuhkan hijab untuk kembali sebentar lagi? Itulah rahsia yang dikurniakan Allah kepada para Kekasih dan Wali-Nya yang mengembara di dalam Kerajaan-Nya, di dalam Cinta-Nya, di dalam Rahsia-Rahsia-Nya. Ia adalah hari yang tidak dapat dilupakan.

Berita kewafatannya umpama ribut taufan yang dahsyat, melanda Damsyik, Aleppo, Jordan, Beirut. Orang ramai datang dari segenap penjuru untuk melihatnya buat kali terakhir. Kami memandikan jenazahnya, dan daripada jasad sucinya memancar bau wangi yang amat indah. Kami menyediakan jenazah untuk solat jenazah dan pengebumian pada keesokan harinya. Semua ulama Damsyik menghadiri jenazahnya. Empat ratus ribu orang datang untuk solat jenazah baginda. Orang ramai berbaris dari rumahnya sehingga ke Masjid Ibnu Arabi, tempat jasadnya diletakkan (in state).

Apabila kami pulang ke rumahnya selepas solat jenazah kami melihat keranda itu meluncur di atas kepala orang ramai tanpa sebarang bantuan daripada sesiapa pun, bergerak ke masjidnya untuk pengebumian. Kami mengambil masa tiga jam untuk berjalan pulang dari Masjid Muhyiddin Ibnu Arabi ke masjid GrandSyeikh, perjalanan yang lazimnya mengambil masa dua puluh minit akibat kesesakan manusia yang terlampau di jalanan.

Semua orang menangis. Mereka tidak mahu Syeikh dikebumikan. Tiada sesiapa yang dapat mempercayainya dan tiada sesiapa yang dapat menerimanya. Ia sudah cukup untuk membuatkan kami mengingati keadaan para Sahabat ketika Sayyidina Muhammad wafat. Kami memahami mengapa Sayyidina Umar (r), Sayyidina Uthman (r) dan Sayyidina Ali (r) tidak dapat menerima bahawa Nabi telah wafat. Kami melalui keadaan yang sama, malahan tertanya-tanya bagaimana Sayyidina Abu Bakr (r) boleh tidak merasai perkara yang sama.

Semua pegawai kerajaan dan para ulama berada di masjid menunggu untuk mengebumikannya. Satu mesej disampaikan kepada imam secara tiba-tiba (out of the blue) berbunyi, “Jangan kebumikan GrandSyeikh sehinggalah Shaykh Nazim tiba.” Tiada sesiapa yang dapat mempercayainya memandangkan tiada cara untuk menghubungi Shaykh Nazim, yang berada di Cyprus. Tiada telefon, tiada mesin faks, malah telegram pun akan mengambil masa dua hari. Tiada sesiapa yang menerima bahawa mesej itu benar. Tetapi atas kecintaan kepada Syeikh kami, kami gembira menangguhkan pengebumiannya dan berdegil mahu menunggu sehingga Shaykh Nazim tiba.

Ketika itu bulan Ramadan, semua orang berpuasa. Para ulama dan orang ramai menjadi gelisah. Orang ramai berkata mereka mahu pulang. Kami memberitahu mereka bahawa mereka bebas pulang jika mahu, tetapi kami mesti menunggu. Selepas beberapa lama sebahagian besar orang ramai beransur pergi, dan hanya pengikut Syeikh yang paling ikhlas sahaja yang tinggal. Tidak lama sebelum waktu solat Maghrib, Shaykh Nazim kelihatan mendaki tangga. Bagaimana baginda tiba dengan begitu cepat tiada siapa yang tahu. Ia kekal menjadi misteri sehingga hari ini.

Shaykh Nazim membawa semula jasad GrandSyeikh ke dalam masjid dan menunaikan solat jenazah ke atas baginda sekali lagi. Kemudian baginda mengarahkan kami semua pergi berbuka puasa. Baginda mengebumikannya dengan tangan baginda sendiri. Apabila baginda menyelak kain kafan dari wajahnya, kami mencium wangi bauan kayu cendana, ambar dan kasturi yang tidak pernah kami cium sebelum itu. Selepas itu Shaykh Nazim meminta kami keluar. Hanya abang saya dan saya yang tinggal, mengintip dari tingkap untuk melihat apa yang berlaku di dalam. Baginda berdiri di bahagian kepala kubur, seolah-olah dalam solat. Kemudian dalam kelipan mata, Shaykh Nazim ghaib. Peristiwa ini menambah kejutan luar biasa kepada kejutan-kejutan kami sebelum ini. Tiada kata-kata untuk meluahkan perasaan kami. Lima belas minit berlalu, dan tiba-tiba kami melihat Shaykh Nazim muncul di tempat yang sama dari mana baginda ghaib. Kemudian kami berlari ke pintu apabila baginda keluar. Baginda berkata, “Apa! Masih di sini? Kamu tidak berbuka puasa? Tidak mengapa, companionship saya adalah lebih baik!” Kami turun untuk berbuka puasa bersama baginda. Shaykh Nazim pulang malam itu ke Beirut, dan menaiki kapal terbang kembali ke Cyprus.

Ramalan-Ramalan Baginda

GrandSyeikh Abdullah ad-Daghestani (q), Naqeeb al-Ummah, semoga Allah memberkati rohnya, meramalkan banyak peristiwa, sebahagian daripadanya telah berlaku dan sebahagian lagi masih kita nantikan.

Beliau berkata pada tahun 1966:

“Tahun depan akan berlaku perang antara pihak Israel dan pihak Arab. Orang Arab akan tewas.” Beliau meramalkan bahawa satu lagi perang antara Israel dan pihak Arab akan berlaku. Tidak lama sebelum beliau wafat beliau berkata, “Akan berlaku perang besar dalam tempoh sebulan antara pihak Israel dan pihak Arab.” Perkara ini menjadi kenyataan. Pada tiga Oktober, tiga hari selepas kewafatannya, pihak Arab dan Israel memasuki satu lagi peperangan. [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Pada suatu masa anak perempuan GrandSyeikh, Madiha, sedang mempertimbangkan untuk membeli sebuah rumah bersama suaminya di Beirut dan GrandSyeikh berkata, “Tidak.” Beliau bertegas, namun baginda tetap berkata, “Tidak.” Beliau terus mendesak tetapi baginda bertegas dan bersabda:

“Beirut akan dipenuhi dengan pertumpahan darah. Setiap rumah akan terjejas oleh pertumpahan darah itu dan tiada sesiapa yang akan terlepas daripada sentuhannya.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Beliau menyebut perkara ini pada tahun 1972, dan ia mula berlaku pada tahun 1975. Beliau memberitahu kami sebelum beliau wafat, “Saya melihat kamu di Tripoli, di utara Lubnan.” Ini adalah cara beliau mencadangkan agar kami berpindah keluar dari Beirut. (Foto Shaykh Abdullah ad-Daghestani pada usia lebih 85 tahun)

Mengenai perkara berkaitan beliau berkata:

“Apabila John Bennett menemui saya dan mengesahkan syahadahnya, beliau bertanya apa yang boleh beliau lakukan. Saya memberitahunya agar merahsiakan syahadahnya. Dengan cara itu beliau berupaya membawa ramai orang di tanah airnya England untuk mengucap syahadah, dan menarik minat mereka kepada kerohanian.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Beliau berkata:

“Saya melihat England memeluk Islam.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Beliau meramalkan bahawa sebuah keluarga diraja di Eropah akan menyokong Islam, kerana dalam susur galur darah mereka terdapat darah orang Arab. “Ini akan menarik mereka kepada kerohanian dan membangkitkan minat dalam diri mereka terhadap pelbagai agama, serta menarik mereka ke arah Kehadiran Ilahi.”

Beliau berkata:

“China berada di bawah autoriti seorang wali yang agung, yang akan menjadi salah seorang wali teragung pada zaman Mahdi dan Isa. Namanya ialah ‘Abdur Ra’uf al-Yamani. Melalui pengaruh China akan menandatangani perjanjian dengan pihak Barat untuk tidak menggunakan senjata nuklearnya. China akan berpecah kepada banyak negara kecil yang berbeza. Akan berlaku masalah di Timur Jauh, di Semenanjung Korea, dan kuasa besar akan campur tangan untuk menghentikan konflik tersebut.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Sebuah negara Timur Tengah bukan Arab akan menyerang kawasan Teluk Parsi, yang akan meletakkan seluruh dunia dalam ketakutan bahawa sumber petroleum akan terputus.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Beliau berkata:

“Kaherah akan tenggelam ke dalam air.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Lewat daripada itu orang Rusia membina Empangan Aswan; ia mengandungi air yang banyak sekali dan baru-baru ini didapati mengandungi asas struktur yang longgar yang semakin terhakis. Beliau berkata:

“Cyprus akan tenggelam ke dalam air, dan Gunung Olympus, berhampiran Bursa, akan meletus. Di bawahnya terdapat dua elemen, gas dan api, yang sehingga kini sentiasa dipisahkan, dan para wali sentiasa berdoa agar elemen-elemen ini tidak bergabung. Akibat letupannya, ratusan ribu orang akan cedera dan hilang tempat tinggal.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Akan berlaku perang di Kawasan Teluk di mana kebakaran besar akan marak dan melibatkan seluruh dunia yang lain.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Jerman dan England akan memimpin seluruh Eropah. Di Jerman terdapat seorang wali, yang ditugaskan oleh Mahdi (as) dan Isa (as), yang tugasnya mendidik dan melatih orang ramai dalam kerohanian. Wali itu tersembunyi, tetapi beliau berada di kalangan mereka.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Akan berlaku perubahan besar dalam pendekatan orang Arab terhadap politik, dan satu rejim yang berkuasa akan berubah kepada cara pemerintahan yang lebih baik.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Sebelum beliau wafat, dalam satu pertemuan peribadi bersama beberapa orang murid terdekatnya, beliau berkata:

“Akan wujud keamanan, dan Amerika akan menjadi pihak yang mengetuai rundingan keamanan, yang akan menamatkan perang antara pihak Arab dan Israel. Perkara ini pasti berlaku. Tandanya ialah keruntuhan Komunisme dan perpecahan Empayar Rusia kepada pelbagai bahagian. Tiada kuasa lain di dunia ini, melainkan Amerika. Kebanyakan kerajaan Arab akan berpaling kepada Amerika. Konflik akan reda sepenuhnya, dan orang Arab serta Israel akan hidup aman damai. Perlahan-lahan setiap konflik di muka bumi ini akan ditamatkan, dan di mana-mana akan wujud keamanan. Amerika akan memimpin hal itu. Semua orang akan berasa gembira dan tiada siapa menyangka perang akan berlaku lagi selama-lamanya.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

“Secara tiba-tiba, di tengah-tengah keamanan, satu serangan akan dilakukan ke atas Turki dari sebuah negara jiran dan perang akan bermula, diikuti dengan pencerobohan ke atas Turki oleh sebuah negara jiran yang dekat. Ini akan mengancam pangkalan U.S. di Turki dan akan menyebabkan pertempuran yang lebih besar tercetus. Ini akan mengakibatkan bencana besar di bumi dan peperangan yang mengerikan. Semasa berlangsungnya perang tersebut, Mahdi (as) akan muncul dan Isa (as) akan kembali. Matlamat baginda adalah membawa kerohanian, keamanan dan keadilan serta mengatasi kezaliman, ketakutan dan keganasan. Cinta kasih, kebahagiaan dan keamanan akan memenuhi bumi ini, dengan kuasa Mahdi (as) dan Isa (as), atas Keizinan Allah SWT.” [Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani]

Rahsia Rantaian Emas diturunkan kepada Matahari Segala Matahari, Pemimpin Golongan Yang Didekatkan, Penemu Segala Rahsia, Shaykh Muhammad Nazim ‘Adil al-Qubrusi ar-Rabbani an-Naqshbandi al-Haqqani (q).