Mawlana Shaykh Abu Ahmad as-Sughuri (Q) Qaddas Allahu Sirru (Semoga Allah Mensucikan Rahsianya) 3 Rejab 1207 H. – 17 Rabi’ul Awwal 1299 H. 1789 CE – 1882 CE
“‘Pedang Agama’ adalah orang yang memasuki medan juang demi agama dan usahanya semata-mata kerana Allah. Beliau membezakan yang betul daripada yang salah dan kebenaran daripada kebatilan. Tetapi, beliau terlebih dahulu berjuang melawan dirinya sendiri dan memperbaiki sifat peribadiannya. Sepertimana sabda Nabi, ‘Mulailah dengan diri kamu sendiri!'” — Mawlana Jalaluddin Balkhi (Rumi), Fihi ma fihi
Beliau adalah Pewaris Ilmu Para Nabi pada zamannya, Imam bagi para Qutb, dan Penasihat bagi Kerajaan Petunjuk. Beliau memuaskan kehausan kerohaniannya dengan meminum dari mata air Ilmu Surgawi dan beliau mencapai stesen Fana (Kebinasaan) pada usia tiga puluh tahun. Beliau adalah kemuncak bagi para Wali Zahid. Beliau diseru oleh Kerajaan Surgawi sebagai Khalifah bagi Kerajaan ini di Bumi. Pada peribadinya digabungkan kedua-dua ilmu, dan beliau memperolehi serta menguasai segala manfaat Tarikat dan Hakikat. Beliau menjadi pusat bagi segala Ilham dan Mukasyafah Surgawi. Beliau adalah satu Rahsia daripada Rahsia-Rahsia Allah dan Mukjizat daripada Mukjizat-Mukjizat Allah. Beliau adalah Panji Unik bagi Ilmu Kerohanian dan Ilmu Qalam. Beliau bagaikan Bintang Kutub yang memberikan arah dan menerangi jalan bagi orang ramai pada zamannya. Beliau menghidupkan semula hati yang mati dan menyarungkan jubah para wali besar. Beliau tidak meninggalkan walau satu zarah pun di dunia ini tanpa disokong oleh kuasa kerohaniannya.
Zaman Kanak-Kanak Beliau
Beliau dilahirkan di Sughur, sebuah perkampungan di Daghestan pada 3 Rejab, hari Rabu, pada tahun 1207 Hijrah / 1789 Masihi.
Beliau menduduki takhta Qutb selama empat puluh tahun. Kemasyhurannya tersebar ke mana-mana. Beliau melatih para pengikutnya dan mengangkat mereka dengan sarana kuasa kerohaniannya. Jika sesiapa muncul di hadiratnya, walaupun untuk satu jam, dia diangkat ke Stesen Pendengaran dan Stesen Penglihatan.
Beliau berkata:
“Aku tidak bergantung pada usaha murid, tetapi aku bergantung pada cahaya yang dikurniakan Allah kepadaku untuk murid tersebut. Aku mengangkatnya dengan sarana cahaya itu, kerana aku tahu bahawa adalah mustahil bagi seseorang mencapai Stesen Penyingkapan (Unveiling) dengan usahanya sendiri semata-mata. Itulah maksud doa Nabi, ‘Ya Allah, jangan serahkan daku kepada egoku walaupun sekelip mata.'”
Kata-Kata Mutiara Beliau
Berikut adalah antara kata-kata mutiara beliau:
- “Allah telah menyediakan rezeki bagi setiap hamba-Nya. Sesiapa yang tidak memperolehi ilmu mengenai rezeki harian yang dikurniakan Allah kepadanya, akan dianggap sebagai orang yang jahil dalam Tarikat kita.” [Shaykh Abu Ahmed Sughuri]
- “Mereka yang mencapai Hakikat Tarikat ini adalah sangat sedikit. Dengan kuasa Hakikat itu seseorang boleh mencapai semua wali di dunia ini, dan dengan Kuasa Ilahi yang dikurniakan apabila kamu mencapai Hakikat Tarikat ini, kamu boleh mencapai semua malaikat, satu persatu.” [Shaykh Abu Ahmed Sughuri]
- “Cahaya kerohanian yang dikurniakan Allah kepada kamu di atas jalan kamu dalam Tarikat ini adalah Suar yang menerangi Jalan ke Kehadiran Ilahi-Nya tanpa rasa takut.” [Shaykh Abu Ahmed Sughuri]
- “Dalam tarikat ini, membezakan selain Allah adalah kekufuran.” [Shaykh Abu Ahmed Sughuri]
- “Sufi adalah orang yang meninggalkan dunia di belakang, akhirat di belakang, Kehadiran Ilahi di belakang, dan wujud kekal (subsists) semata-mata di dalam-Nya.” [Shaykh Abu Ahmed Sughuri]
Abu Ahmad as-Sughuri menghabiskan sebahagian besar hidupnya dalam khalwat. Beliau menyukai khalwat, beliau suka menjauhkan diri daripada orang ramai. Atas sebab itu beliau berasa sangat gembira apabila beliau diletakkan di bawah tahanan rumah oleh pihak Rusia, yang berlaku kepadanya berkali-kali.
“Pada suatu hari aku berada di dalam khalwatku dan bilik itu dipenuhi dengan bau harum yang sangat indah. Aku tidak mengangkat mataku, sebaliknya terus bermeditasi dalam khalwatku. Kemudian sebilah pedang kerohanian, bersinar dengan cahaya yang lebih terang daripada matahari, turun menghala ke arah kepalaku. Aku tertanya-tanya apakah benda yang aku rasai turun ke atasku. Satu mukasyafah datang kepadaku di mana Nabi menyelubungiku dengan roh baginda, dan aku masuk ke dalam baginda serta melihat diriku berada di dalam baginda.”
“Pada suatu hari aku memasuki hadirat Syeikhku, Sayyid Jamaluddin al-Ghumuqi al-Husayni. Baginda berkata, ‘Anakku, kamu telah mencapai stesen tertinggi Kesempurnaan Muhammad.’ Aku berkata, ‘Wahai Syeikhku, aku ingin mencapai salasilah stesen tuan.’ Sebaik sahaja aku berkata demikian, aku melihat baginda ghaib dari tempatnya dan muncul di dalam diriku, dan aku melihat diriku ghaib dan muncul di tempat baginda serta dengan rupa bentuk baginda.”
Daripada Kuasa Mukjizat Beliau
Beliau dikurniakan kuasa mukjizat yang belum pernah terjadi sebelumnya di kalangan para wali. Mengenai Penyingkapan perkara tersembunyi di alam semesta ini, dan kurniaannya daripada Ilmu Kerohanian Ilahi mengenai keadaan orang ramai selepas kematian mereka, batasannya adalah begitu luas dan tak terhingga sehinggakan tiada kitab yang mampu merangkumi huraiannya.
Dikatakan bahawa semasa kecil, beliau biasa melihat nama Allah tertulis dengan cahaya di antara langit dan bumi. Itu menumbuhkan sifat tawaduk dan kerendahan hati yang amat sangat dalam dirinya. Tiada siapa yang mampu mengambil gambarnya. Apabila sesiapa cuba melakukannya, kamera itu akan pecah berkecai. Apabila mereka cuba melukis rupa bentuknya di atas kertas, pen tidak akan menulis, atau pada keesokan harinya gambar itu akan hilang. Beliau berkata: “Aku tidak mahu dikenali di dunia ini selepas aku mati, kerana aku tidak menghasratkan sebarang bentuk kewujudan untuk diriku.”
Beliau sering solat Subuh dengan wuduk solat Isyak yang sama, menunjukkan bahawa beliau tidak tidur.
Pada suatu hari semasa beliau bermusafir bersama keluarganya, mereka mendapati diri mereka ketiadaan air di padang pasir dalam perjalanan ke Hijaz. Keluarganya berasa sangat haus. Beliau memberitahu pelayannya: “Pergi dan ambil sedikit air.” Pelayan itu berkata: “Wahai Syeikhku, bagaimanakah aku akan menemui air di padang pasir ini?” Beliau bertanya kepada orang ramai dalam kafilah mereka sama ada sesiapa mempunyai air, tetapi tiada siapa yang mempunyainya dan semua bekas air mereka kering. Syeikh kemudian mengambil sebuah bekas air kosong dan pergi ke padang pasir selama sepuluh minit. Apabila beliau kembali, bekas itu penuh dan dengannya beliau menghilangkan kehausan keluarganya serta orang ramai dalam kafilah tersebut. Kemudian beliau mengisi semua beg air kafilah itu daripada bekas tunggal tersebut, dan kembali kepada keluarganya dengan bekas itu masih penuh seolah-olah ia tidak pernah digunakan.
Kata-Kata Mutiara Beliau
Beliau berkata:
- “Aku mencapai tiga peringkat kewalian: Fana (Kebinasaan), Baqa’ (Kelangsungan Wujud), dan Ma’rifa (Ilmu Kerohanian). Aku menerima ini daripada hadirat Cahaya Nabi, Sayyidina Muhammad, dan aku menerima Tiga Stesen Kesempurnaan serta Tujuh Hakikat daripada guruku, Sayyid Jamaluddin al-Ghumuqi al-Husayni.” [Shaykh Abu Ahmed Sughuri]
- “Sombong tidak pernah masuk ke dalam hati seseorang melainkan akalnya berkurang sebanyak peningkatan kesombongan di dalam hatinya.” [Shaykh Abu Ahmed Sughuri]
- “Kesusahan mungkin menimpa seorang mukmin, tetapi ia tidak akan menjejaskan orang yang berzikir.” [Shaykh Abu Ahmed Sughuri]
Perjuangan Beliau
Beliau adalah pembaru Syariat dan Tarikat pada zamannya dan beliau menarik ribuan serta jutaan orang kembali kepada Islam dan Tarikat Naqshbandi.
Di Daghestan beliau dianggap sebagai seorang Syeikh kerohanian, membawa ajaran Tarikat Naqshbandi, dan pada masa yang sama, seorang pahlawan agung, seperti Imam Shamil, kerana beliau menentang pihak Rusia. Beliau adalah autoriti agama utama selepas pemergian Sayyid Jamaluddin. Tentera Rusia menawannya berkali-kali. Pada suatu ketika apabila mereka menawannya, mereka meletakkannya di dalam sebuah kereta kuda untuk membawanya pergi. Seluruh penduduk kampungnya datang untuk mengucapkan selamat tinggal. Mereka menangis seolah-olah kehilangan hati mereka. Beliau duduk di dalam kereta kuda dengan tenang mencari seseorang dalam kalangan orang ramai. Pemandu kereta kuda itu menyebat kuda-kuda tersebut untuk menggerakkan mereka tetapi kuda-kuda itu tidak mahu bergerak.
Sayyidina Abu Ahmad as-Sughuri berkata: “Mengapa kamu memukul kuda-kuda itu?” Pemandu itu berkata: “Aku memukul kuda-kuda ini supaya mereka bergerak.” Beliau berkata: “Mereka tidak akan bergerak, sehinggalah aku memberi perintah untuk mereka bergerak. Mereka berada di bawah perintahku. Dan aku sedang menunggu seseorang.”
Mereka duduk sedemikian rupa selama beberapa jam, sehinggalah seorang lelaki berlari meredah orang ramai. Beliau adalah seorang pegawai Rusia. Sayyidina Abu Ahmad bertanya kepadanya: “Bukankah kamu anak kepada sahabatku Ahmad? Mengapa kamu berada dalam Tentera Rusia? Kamu adalah anak Daghestan. Kamu tidak sepatutnya berada dalam tentera mereka semasa mereka membunuh umat Islam.” Kemudian beliau memberitahunya: “Kamu mesti meninggalkan mereka dan mendengar kata-kata kami.” Lelaki itu berkata: “Ya, Syeikhku, aku akan mendengar kata-kata tuan.” Beliau berkata: “Sud tentu kamu akan mendengar kata-kata kami, kerana bahkan binatang liar di hutan pun mendengar kata-kata kami apabila kami pergi ke sana untuk berzikir. Malah kuda-kuda ini pun mendengar kata-kata kami dan tidak akan bergerak melainkan dengan perintah kami. Bapa kamu adalah seorang Syeikh yang agung dan aku katakan kamu mesti meninggalkan mereka. Kamu akan menjadi seorang wali. Wahai anakku, jangan tinggalkan golongan ilmu zahir dan jangan tinggalkan golongan ilmu batin. Lihatlah perkuburan itu dan jangan lupa bahawa satu hari nanti kamu dan aku akan dimakamkan di sana.”
Serta-merta pegawai muda itu menanggalkan pakaian seragamnya dan mengambil bai’ah daripada Syeikh. Para askar tentera turut menawannya. Kemudian Sayyidina Abu Ahmad as-Sughuri berkata: “Kini kamu mempunyai keizinan untuk bergerak,” dan kuda-kuda itu mula bergerak.
Allah dan Rasul mencintainya kerana keikhlasan dan kesetiaannya. Syeikhnya sangat berpuas hati dengannya, dan penduduk kampungnya menyayanginya. Setiap kali beliau dibebaskan daripada penahanan, rumahnya dipenuhi dengan rezeki dan para tetamu.
Mereka bertanya kepadanya: “Tuan tidak bekerja, pihak Rusia menentang tuan dan tuan sedang berjuang, bagaimanakah rumah tuan sentiasa penuh dengan rezeki?” Beliau berkata: “Sesiapa yang berjuang di jalan Allah, Allah akan memberikan rezeki kepadanya. Dan itulah yang dinyatakan Allah dalam Al-Quran, ‘Tiap-tiap kali Zakaria masuk ke mihrab, dapatinya rezeki di sisi nya’.”
Wafat Baginda
Beliau wafat di Sughur pada 17 Rabi’ul Awwal pada tahun 1299 H. / 1882 M. pada usia 93 tahun.
Banyak tahun selepas kewafatannya, anak perempuannya melihat beliau dalam mimpi. Beliau memberitahunya: “Wahai anakku, batu makamku telah jatuh dan menimpa dadaku, menekan serta menyakitiku.” Keesokan harinya anak perempuan itu pergi menemui para Syeikh di bandar itu dan menceritakan mimpi tersebut. Beliau menceritakan mimpi itu kepada setiap orang yang ditemuinya. Orang ramai mempercayai mimpi itu dan dengan segera pergi membuka kubur tersebut. Mereka mendapati bahawa batu yang menutup jasadnya telah jatuh, dan dinding kubur telah runtuh menutupi sekelilingnya. Mereka mendapati jasadnya bersih dan tidak berubah. Kain kafannya masih putih, seolah-olah beliau baru sahaja dimakamkan pada hari yang sama.
Mereka mengangkat jasadnya, mengali semula kubur tersebut dan meletakkan semula jasadnya. Semua orang terkejut dan hairan bagaimana baginda datang menemuinya dalam mimpi dan memberitahu keadaan di dalam kubur. Lebih menghairankan lagi ialah keadaan jasadnya yang sempurna. Selepas menyaksikan ini, kesemua mereka mengambil bai’ah dengan penggantinya, Sayyidina Abu Muhammad al-Madani (Q).
Sayyidina Abu Ahmad as-Sughuri mempunyai dua orang khalifah: Shaykh Abu Muhammad al-Madani (Q) dan Shaykh Sharafuddin ad-Daghestani (Q). Rahsia Rantaian Emas diturunkan kepada yang pertama, dan apabila beliau wafat, diserahkan kepada yang kedua.
- Mawlana Jamaluddin al-Ghumuqi al-Husayni (Q) – Syeikh ke-35 Tarikat Naqshbandi
- Mawlana Abu Muhammad al-Madani (Q) – Syeikh ke-37 Tarikat Naqshbandi
