Mawlana Jafar As Sadiq

702 CE-765 CE

8 Ramadan 83 Hijrah – 25 Syawal 148 Hijrah

Tempat Lahir: Madinatul Munawwirah

Tempat Persemadian: Jannatul Baqi, Madinatul Munawwirah

Imam Ja’far as-Sadiq (Radi Allahu Anh) [Semoga Allah meredhainya] merupakan seorang master dalam bidang tafsir al-Quran, seorang sarjana perundangan, dan salah seorang sarjana terulung yang layak memberikan keputusan-keputusan undang-undang di Madinah. Imam Jafar memperoleh kedua-dua ilmu agama zahir, serta pengesahan batin tentang hakikatnya di dalam hati. Perkara yang kedua ini tercermin dalam banyak penglihatan dan kuasa-kuasa mukjizatnya yang terlalu banyak untuk diceritakan.

Saya telah menemuiโ€”

dan sikap berlebih-lebihan bukanlah sifat sayaโ€”

Bahawa Dia, yang merupakan rezeki saya, akan datang kepada saya.

Saya berlari kepada-Nya, dan pencarian saya terhadap-Nya adalah satu penderitaan bagi saya.

Sekiranya saya duduk sahaja, Dia akan datang kepada saya tanpa kesusahan.

-Urwa ibn Adhina

[Imam Ja’far as-Sadiq, anak kepada Imam Muhammad al-Baqir, anak kepada Imam Zain al-‘Abidin, anak kepada Husayn, anak kepada Ali ibn Abi Talib, ibn Muhammad, dilahirkan pada 8 Ramadan pada tahun 83 Hijrah / 702 Masihi. Ibunya Fatima (ra) adalah anak perempuan al-Qasim, cicit kepada Abu Bakr as-Siddiq.]

Beliau menghabiskan seluruh kehidupannya dalam beribadah dan amalan kesolehan demi kerana Allah. Beliau menolak segala kedudukan yang membawa kepada ketenaran demi mengutamakan sifat mengasingkan diri daripada dunia yang fana.

Dua Salasilah Bertemu dalam Imam Ja’far as-Sadiq (ra)

Salah seorang daripada orang yang sezaman dengannya, Umar ibn Abil Muqdam, berkata, “Apabila saya melihat Jafar ibn Muhammad, saya melihat salasilah dan rahsia Nabi Muhammad (saws) bersatu di dalam dirinya.”

Imam Jafar ibn Muhammad menerima daripada Nabi (saws) dua saluran pewarisan:

  1. Rahsia Nabi (saws) melalui Imam Ali (as)
  2. Dan melalui Hazrat Abu Bakr as-Siddiq (as).

Di dalam dirinya kedua-dua salasilah ini bertemu dan atas sebab itulah beliau dipanggil “Pewaris Stesen Kenabian dan Stesen Kebenaran (Siddiq).”

Di dalam dirinya tercermin cahaya ilmu tentang Kebenaran dan Hakikat. Cahaya itu memancar keluar dan ilmu itu tersebar luas melalui beliau sepanjang hayatnya.

Cinta Ahlul Bait terhadap Abu Bakr as-Siddiq (as)

Imam Jafar (as) meriwayatkan daripada bapanya, Muhammad al-Baqir, bahawa seorang lelaki datang kepada datuknya, Zain al-‘Abidin, dan berkata:

“Ceritakan kepada saya tentang Abu Bakr!”

Beliau berkata, “Maksud kamu as-Siddiq [yang benar]?”

Lelaki itu berkata, “Bagaimana kamu memanggilnya as-Siddiq padahal dia menentang kamu, keluarga Nabi?”

Beliau [Zain al-‘Abidin (ra)] menjawab, “Celakalah kamu. Nabi (saws) memanggilnya ‘as-Siddiq’ dan Allah menerima gelaran as-Siddiq beliau. Jika kamu mahu mendekati daku, simpanlah kecintaan kepada Abu Bakr dan Umar di dalam hatimu.”

Imam Ja’far (as) berkata:

“Syafaat terbaik yang saya harapkan adalah syafaat Abu Bakr as-Siddiq.”

ูˆูŽู‚ูู„ ุฑู‘ูŽุจู‘ู ุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู†ููŠ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽ ุตูุฏู’ู‚ู ูˆูŽุฃูŽุฎู’ุฑูุฌู’ู†ููŠ ู…ูุฎู’ุฑูŽุฌูŽ ุตูุฏู’ู‚ู ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ ู„ู‘ููŠ ู…ูู† ู„ู‘ูŽุฏูู†ูƒูŽ ุณูู„ู’ุทูŽุงู†ู‹ุง ู†ู‘ูŽุตููŠุฑู‹ุง

17:80 – “wa qul Rabbi adkhelni mudkhala Sidqin wa akhrejni mukhraja Sidqin waj’al li min ladunka Sultanan Naseera.” (Surat al-Isra)

Katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku dengan kemasukan yang benar dan mulia, dan keluarkanlah aku pula dengan keluaran yang benar dan mulia, serta berikanlah kepada ku dari sisi-mu kekuasaan [sebuah Raja] yang menolong (daku).” (Al-Quran, Perjalanan Malam 17:80)

Doa berikut diriwayatkan daripada Jafar as-Sadiq:

Ya Allah, Engkau adalah saksi bahawa aku mencintai Abu Bakr dan aku mencintai Umar, dan jika apa yang aku katakan ini tidak benar, semoga Allah memutuskan aku daripada syafaat Muhammad (saw).

Beliau mengambil ilmu Hadis daripada dua sumber: daripada bapanya, melalui Imam ‘Ali (as), dan daripada datuk sebelah ibunya, al-Qasim (ra).

Kemudian beliau menambah ilmu Hadisnya dengan mendampingi Urwa, Aata, Nafi, dan Zuhri.

Kedua-dua Sufyan, iaitu Sufyan al-Thawri dan Sufyan bin ‘Ayinah, Imam Malik, Imam Abu Hanifa, dan al-Qattan; kesemua mereka meriwayatkan Hadis melalui beliau, begitu juga dengan ramai sarjana Hadis dari generasi terkemudian.

Kisah-kisah Imam Ja’far as-Sadiq (ra)

  • Pada suatu ketika, seseorang mengadu kepada Mansur, gabenor Madinah, tentang Jafar (as).
  • Mereka membawanya ke hadapan Mansur dan bertanya kepada lelaki yang mengadu itu, “Adakah kamu bersumpah bahawa Jafar telah melakukan seperti apa yang kamu katakan?”
  • Lelaki itu berkata, “Saya bersumpah bahawa dia memang melakukan perkara itu.”
  • Jafar (as) berkata, “Biarkan dia bersumpah bahawa aku melakukan apa yang dituduhkannya dan biarkan dia bersumpah bahawa Allah akan menyeksanya jika dia berbohong.”
  • Lelaki itu berdegil dengan aduannya, dan Jafar (as) berdegil agar dia mengangkat sumpah.
  • Akhirnya, lelaki itu bersetuju untuk mengangkat sumpah.
  • Sebaik sahaja kata-kata sumpah itu keluar dari mulutnya, dia terus jatuh mati.
  • Pada suatu masa, beliau mendengar bahawa Hakim ibn al-‘Abbas al-Kalbi telah menyalib bapa saudaranya sendiri, Zaid, pada sebatang pokok kurma.
  • Beliau sangat berdukacita atas perkara ini sehingga beliau mengangkat tangannya dan berkata, “Ya Allah, hantarkanlah kepadanya salah seekor daripada anjing-anjing-Mu untuk memberikannya pengajaran.”
  • Tidak lama selepas itu, seekor singa di padang pasir telah memakan Hakim.
  • Imam at-Tabari meriwayatkan bahawa Wahb berkata: Saya menunaikan ibadah haji pada tahun 113 Hijrah / 731 Masihi.
  • Selepas saya menunaikan solat Asar, saya sedang membaca beberapa ayat daripada al-Quran, apabila saya melihat seseorang duduk di sebelah saya memohon kepada Allah dengan berkata, “Ya Allah, Ya Allah ูŠุง ุงู„ู„ู‡ ูŠุง ุงู„ู„ู‡…” secara berulang-ulang sehingga beliau hilang nafas.
  • Beliau kemudian meneruskan dengan berkata, “Ya Hayy, Ya Hayy ูŠุง ุญูŠ ูŠุง ุญูŠ…” sehingga nafasnya hilang sekali lagi.
  • Beliau kemudian mengangkat tangannya dan berkata, “Ya Allah, aku mempunyai hasrat untuk memakan buah anggur, Ya Allah kurniakanlah aku sebahagian daripadanya.”
  • “Dan jubah ku semakin usang dan koyak rabak.”
  • “Tolonglah, Ya Allah, kurniakan aku jubah yang baru.”
  • Beliau hampir tidak habis berkata-kata apabila sebuah bakul buah anggur muncul di hadapannya sedangkan pada ketika itu bukanlah musim buah anggur.
  • Di sebelah bakul buah anggur itu muncul pula dua helai jubah yang lebih cantik daripada apa jua yang pernah saya lihat sebelum ini.
  • Saya berkata, “Wahai rakan kongsi ku, biarkan aku berkongsi dengan kamu.”
  • Beliau berkata, “Bagaimana kamu menjadi rakan kongsi?”
  • Saya menjawab, “Kamu tadi berdoa dan aku mengaminkan ‘amin’.”
  • Kemudian Imam Jafar (as) berkata, “Kalau begitu marilah makan bersama aku,” dan beliau memberikan kepada saya salah satu daripada dua jubah tersebut.
  • Kemudian beliau berjalan pergi sehingga beliau bertemu dengan seorang lelaki yang berkata, “Wahai anak Nabi, tutuplah aku kerana aku tidak mempunyai apa-apa kecuali pakaian yang koyak rabak ini untuk menutup diriku.”
  • Beliau serta-merta memberikan jubah yang baru sahaja beliau terima itu kepada lelaki tersebut.
  • Saya bertanya kepada lelaki itu, “Siapakah itu?” Beliau menjawab, “Itu adalah imam besar, Jafar as-Sadiq.”
  • Saya berlari mengejarnya untuk mencari beliau tetapi beliau telah hilang.

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada pelbagai anekdot dan kisah tentang kuasa-kuasa mukjizat Ja’far as-Sadiq.

Daripada Ajaran-ajaran Imam Ja’far as-Sadiq (ra)

Daripada ilmunya, beliau berkata kepada Sufyan al-Thawri:

“Jika Allah mengurniakan kepada kamu satu nikmat, dan kamu ingin nikmat itu kekal, maka kamu mestilah memuji dan bersyukur kepada-Nya secara berlebihan, kerana Dia telah berfirman.”

2:152 – “Fadhkuronee adhkurkum washkuroli wa la takfuroon.” (Surah al-Baqarah)

“Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan bersyukur), nescaya Aku ingat kepada kamu; dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).” (Al-Quran)

Beliau juga berkata, “Jika pintu rezeki ditutup untuk kamu, maka perbanyakkanlah istighfar (memohon keampunan) kerana Allah telah berfirman, ‘Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Tuhan kamu Maha Pengampun. (11:52)'”

11:52 – “Wa ya qawmi istaghfiro rabbakum thumma tobo ilayhi, yursilis Samaa’a ‘alaykum midraran wa yazidkum quwwatan ila quwwatikum, wa la tatawallaw mujrimeen.” (Surah Hud)

“Dan wahai kaumku, mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menghantarkan hujan lebat mencurah-curah atas kamu, dan Dia menambahkan kekuatan kepada kekuatan kamu; dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan melakukan dosa.” (Al-Quran)

Dan beliau berkata kepada Sufyan:

“Jika kamu kecewa dengan kezaliman seorang Sultan atau penindasan lain yang kamu saksikan, katakanlah: ‘Tiada perubahan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah,’ (18:39) kerana ia adalah kunci kepada kelegaan dan salah satu perbendaharaan Syurga.”

…ู…ูŽุง ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู…

18:39 – “… MashAllahu la quwwata illa billah…” (Surah al-Kahf)

“…Apa yang Allah kehendaki [pasti akan berlaku]; tiada kekuatan melainkan dengan Allah…” (Al-Quran, Al-Kahf)

Huruf abjad Arab, nun (ู†) pada permulaan Surah al-Qalam (Bab 68 al-Quran) mewakili cahaya pra-Kekalan, yang daripadanya Allah menciptakan semua makhluk, iaitu [nur] Muhammad.

ู† ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูŽู„ูŽู…ู ูˆูŽู…ูŽุง ูŠูŽุณู’ุทูุฑููˆู†ูŽ

68:1 – “Noon. wal Qalami wa ma yasTuroon.” (Surat al-Qalam)

“Nun. Demi Kalam (pena) dan apa yang mereka tuliskan.” (Al-Qalam 68:1)

Itulah sebabnya Dia berfirman di dalam [Surah] yang sama ayat 4, “Sesungguhnya engkau berada di atas akhlak yang agung.” (68:4) iaitu, kamu telah dikurniakan keistimewaan dengan cahaya daripada pra-Kekalan itu.

ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุฎูู„ูู‚ู ุนูŽุธููŠู…ู

68:4 – “Wa innaka la’ala khulugin ‘azheem.” (Surat al-Qalam)

“Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad!) benar-benar mempunyai akhlak yang agung.” (Al-Quran, Al-Qalam 68:4)

Kata-kata Hikmah daripada Imam Ja’far as-Sadiq (ra)

Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, berfirman kepada dunia yang rendah: “Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepada-Ku dan penatkanlah sesiapa yang berkhidmat kepadamu.”

  • [Salat] Solat adalah tiang bagi setiap orang yang soleh.
  • [Hajj] Ibadah haji adalah perjuangan suci bagi setiap orang yang lemah.
  • [Zakat] Zakat bagi tubuh badan adalah puasa.
  • Sesiapa yang meminta rahmat Allah tanpa mengerjakan amal soleh adalah seperti orang yang cuba memanah tanpa menggunakan busur.

“Bukalah pintu rezeki dengan cara memberikan sedekah.”

  • “Pagarilah harta kekayaan kamu dengan menunaikan zakat.”
  • “Sebaik-baik manusia ialah sesiapa yang tidak melakukan pembaziran.”
  • “Perancangan adalah asas kepada kehidupan kamu.”
  • “Bertindak secara berhemah adalah asas kepada akal.”

“Tiada musuh yang lebih berkuasa daripada kejahilan. Tiada penyakit yang lebih besar daripada berbohong.”

  • “Sesiapa yang membuat ibu bapanya bersedih, bermakna dia telah menafikan hak-hak mereka ke atas dirinya.”
  • “Para ahli fikah adalah pemegang amanah Nabi. Jika kamu mendapati para ahli fikah melazimi majlis para sultan, katakanlah kepada mereka, ‘Ini adalah haram,’ kerana seorang ahli fikah tidak boleh meluahkan pandangan jujurnya di bawah tekanan kedekatan dengan sultan.”

“Tiada makanan yang lebih baik daripada sifat takwa dan tiada sesuatu yang lebih baik daripada diam.”

  • “Jika kamu melihat sesuatu yang tidak kamu sukai pada saudara sesama Islam, cuba cari dari satu hingga tujuh puluh alasan untuknya. Jika kamu tidak dapat mencari sebarang alasan, katakanlah, ‘Mungkin ada alasannya, tetapi aku tidak mengetahuinya.'”
  • “Jika kamu mendengar suatu perkataan daripada seorang Muslim yang menyinggung perasaan, cuba cari makna yang baik mengenainya. Jika kamu tidak menemui makna yang baik mengenainya, katakanlah kepada diri sendiri, ‘Aku tidak faham apa yang dia katakan,’ demi menjaga keharmonian antara umat Islam.”

“Sesungguhnya, sifat dengki memakan iman sebagaimana api memakan kayu.”

  • “Sesiapa yang menceburi sesuatu urusan tanpa ilmu, dia sebenarnya telah memotong hidungnya sendiri.”

Jafar as-Sadiq (ra) telah kembali ke rahmatullah pada tahun 148 Hijrah / 765 Masihi. Beliau dikebumikan di Jannat al-Baqi, di perkuburan yang sama dengan ayah beliau, Muhammad al-Baqir (ra), datuk beliau, Zain al-‘Abidin (ra), dan bapa saudara datuk beliau, Imam Hassan ibn ‘Ali (karam Allahu wajha).

Beliau menurunkan rahsia Rantaian Emas kepada penggantinya, Grandsyekh Tayfur Abu Yazid al-Bistami, yang lebih dikenali sebagai Bayazid al-Bistami.

Urwa ibn Adhina, dipetik dalam Thackston, hlm. 192.

Grandsyekh Tayfur Abu Yazid al-Bistami

Paparan Kiriman: 51,256