Muhammad al-Baqi Billah
Semoga Allah Mensucikan Rohnya
“Wahai Sayyid! Seorang ‘arif (ahli makrifat) darjat tinggi biasa berkata,
‘Menjadi seorang dervish ialah membetulkan khayalan.’
Dalam erti kata lain, tiada apa pun selain Yang Haq
Yang harus kekal di dalam hati. Sesungguhnya, beliau berkata benar.
Wahai Sayyid! Memandangkan hijab itu tidak lain hanyalah khayalan,
Hijab itu mesti disingkap melalui khayalan.
Siang dan malam kamu mesti mendiami dalam mengkhayalkan Keesaan.”
— Anak lelaki Shaykh Baqi, Khwaja Khurd.
Beliau adalah Ahli Makrifat, yang Lenyap dalam Allah (fana billah) dan Kekal dalam Wujud-Nya (baqa billah), yang diangkat ke stesen Mukasyafah yang tertinggi. Beliau adalah Rahsia daripada Rahsia-Rahsia Allah dan Mukjizat daripada Mukjizat-Mukjizat Allah. Beliau menggabungkan dalam peribadinya dua jenis ilmu: Ilmu Zahir dan Ilmu Surgawi. Allah mengurniakan kepadanya daripada dua Lautan, dan menganugerahkan kepadanya Autoriti di dua alam manusia dan jin.
Imam Rabbani Ahmad al-Faruqi (q) berkata, “Muhammad al-Baqi adalah Orang yang Duduk di atas Takhta sekalian Syeikh, dan beliau adalah Timbalan bagi sekalian Master Rantaian Emas Naqshbandi, yang mencapai penghujung Yang Tanpa Kesudahan, yang mencapai stesen-stesen wilayat (Kekasih Allah) yang tertinggi. Beliau adalah qutb (Paksi Kerohanian) yang menyokong setiap makhluk di muka bumi ini. Beliau menyingkapkan rahsia-rahsia Hakikat. Beliau adalah Penjelas bagi Stesen Hakikat Muhammad. Beliau adalah Tiang Seri bagi Golongan Ahli Petunjuk. Beliau adalah Intipati bagi Ahli Makrifat dan Pembimbing bagi Golongan yang Mengesahkan (muhaqqiqin).”
Beliau dilahirkan pada 972 Hijrah di bandar Kabul di tanah Ajam yang merupakan jajahan kepada Kesultanan India. bapanya ialah hakim Abdu-s-Salam. Beliau pergi ke India pada mulanya atas urusan peribadi. Di sana beliau tertarik kepada tarikan daripada tarikan Allah. Beliau meninggalkan kehidupan duniawi ini di belakang dan mencari ilmu kerohanian daripada Master pada zaman itu. Beliau mendampingi para master dan wali, sehinggalah beliau sendiri menjadi lautan akal dan wali kerohanian. Beliau bermusafir secara berterusan sehinggalah beliau sampai ke bandar Samarqand. Di sana beliau menghubungkan dirinya dengan Master pada zamannya, Muhammad Khwaja al-Amkanaki (q). Beliau menerima daripada baginda Jalan Tarikat Naqshbandi. Dalam masa yang sangat singkat beliau menerima apa yang kebanyakan pencari perlukan seumur hidup untuk menerimanya. Beliau juga diangkat melalui penjagaan kerohanian Ubaydullah al-Ahrar (q). Kemuliaannya menjadi terkenal di mana-mana. Syeikhnya, Muhammad Khwaja al-Amkanaki, memberi keizinan kepadanya mengambil pengikut dan melatih mereka dalam adab Tarikat. Baginda mengarahkannya kembali ke India. Baginda meramalkan, “Kamu akan mempunyai seorang pengikut yang akan menjadi seperti matahari.” Ini adalah Imam Rabbani Ahmad al-Faruqi (q).
Beliau berpindah kembali ke India dan tinggal di bandar Delhi-Jahanabad, yang dipenuhi dengannya iman, ilmu, rahsia, dan cahaya. Melalui beliau Tarikat Naqshbandi tersebar dengan pantas ke seluruh Subbenua India dan berjuta-juta orang berhubung dengannya melalui wakil-wakilnya. Semua bangsa di Subbenua itu tertarik kepada ilmunya dan Kuasa Surgawinya serta Ciri-ciri Kenabian yang memakaikannya. Menjadi terkenal di seluruh Subbenua India bahawa sesiapa sahaja yang datang kepadanya dan memandang ke dalam matanya, atau duduk dalam majlisnya melakukan zikir, akan memasuki keadaan Lenyap Diri (Self-Effacement), yang dengannya beliau boleh mencapai stesen Kebinasaan (Annihilation), dalam satu pertemuan sahaja. Dengan kuasa mukjizat ini beliau menarik berjuta-juta orang, sehinggalah Tarikat Naqshbandi ini menjadi sebutan setiap orang pada zamannya.
Beliau wafat pada hari Rabu, 14 Jamada al-Akhira, 1014 Hijrah, di bandar Delhi pada usia 40 tahun empat bulan. Makamnya terletak di sebelah Barat bandar Delhi.
Beliau menurunkan Rahsia kepada penggantinya, Syeikh kepada Rantaian ini, Pembaru Alaf Kedua, al-Imam ar-Rabbani Mujaddid alf-ath-Thani, Shaykh Ahmad al-Farugi as-Sirhindi (q).
