Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil al-Haqqani (Q)

Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil al-Qubrusi al-Haqqani (Q)

Qaddas Allahu Sirru (Semoga Allah Mensucikan Rahsia Rohnya)

21 April 1922 – 7 Mei 2014

23 Syaaban 1340 H. – 8 Rejab 1435 H.

Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil al-Haqqani ialah Imam (pemimpin) bagi Ahli Ikhlas, Rahsia Kewalian, yang menghidupkan semula Tarikat Naqshbandi pada penghujung Abad ke-20, dengan bimbingan surgawi dan akhlak kenabian. Beliau menyem-buhi ke dalam Umat dan Planet ini, cinta kepada Allah dan cinta kepada para pencinta Allah, selepas mereka digelapkan dengan api dan asap cubaan serta pengganasan, kemarahan dan duka.

Beliau ialah Penyingkap Segala Rahsia, Penjaga Cahaya, Syeikh bagi segala Syeikh, Sultan Para Ahli Zuhud, Sultan Orang-Orang Bertakwa, Sultan bagi Ahli Kebenaran. Beliau ialah Master Utama tanpa tandingan dalam Ilmu Ilahi pada lewat Abad ke-20. Beliau ialah Hujan dari Lautan Ilmu Tarikat ini, yang menghidupkan roh-roh di seluruh penjuru dunia ini. Beliau ialah Wali bagi Tujuh Benua, cahayanya telah menarik para murid dan penuntut dari segenap penjuru bumi. Beliau menyarungkan Jubah Cahaya Kehadiran Ilahi. Beliau adalah unik pada zamannya. Beliau ialah pokok orkid yang ditanam di bumi Cinta Ilahi. Beliau ialah Matahari bagi sekalian alam semesta. Beliau dikenali sebagai Wali Dua Sayap: ilmu zahir dan ilmu batin.

Beliau ialah Mukjizat daripada Mukjizat Allah, berjalan di bumi dan menjulang di Langit. Beliau ialah Rahsia daripada Rahsia Allah, zahir dalam Keenyataan-Nya (Divinity) dan Wujud dalam Wujud-Nya. Beliau ialah Pemilik Takhta Bimbingan, Pembaru Hukum Ilahi, Master Jalan Sufi, Pembangun Kebenaran, Pembimbing bulatan (circle), Puisi Lirik bagi Segala Rahsia. Beliau ialah Master bagi para Wali dan Wali bagi para Master.

Para pencari mengelilingi Kaabah Cahaya-Nya. Beliau ialah Mata Air yang sentiasa mengalir, Air Terjun yang terus-menerus menderu, Sungai yang sentiasa melimpah, Lautan yang tidak pernah berhenti bergelora dan menghempas di pantai yang tak terhingga.

Zaman Muda Beliau

Beliau dilahirkan di Larnaca, Cyprus, pada 23 April 1922, hari Ahad, 26 Syaaban 1340 H. Salasilah keturunan beliau dari sebelah bapanya menjejaki akarnya kepada Sayyidina ‘Abdul Qadir Jilani, pengasas Tarikat Qadiri. Salasilah keturunan beliau dari sebelah ibunya kembali kepada Sayyidina Jalaluddin Rumi, pengasas Tarikat Mevlevi. Beliau ialah keturunan Hasani-Hussaini, yang bersambung dengan Nabi SAW melalui salasilah datuk-datuknya kepada Ahli Bait Nabi. Dari sebelah bapanya beliau menerima Tarikat Qadiri, dan dari sebelah ibunya, Tarikat Mevlevi.

Semasa zaman kanak-kanaknya di Cyprus, beliau duduk bersama datuknya, yang merupakan Syeikh Tarikat Qadiri, untuk mempelajari disiplin dan kerohaniannya. Tanda-tanda luar biasa muncul pada dirinya sejak awal. Kelakuan beliau sempurna: beliau tidak pernah bergaduh atau berdebat dengan sesiapa pun. Beliau sentiasa tersenyum dan sabar. Datuknya dari sebelah bapa dan datuknya dari sebelah ibu melatih beliau untuk jalan kerohanian.

Semasa muda, Shaykh Nazim diberikan perhatian yang besar kerana stesen kerohaniannya yang tinggi luar biasa. Semua orang di Larnaca mengenali beliau, kerana pada usia muda beliau sudah mampu menasihati orang ramai, meramalkan masa depan serta mendedahkannya secara spontan.

Sejak usia lima tahun terdapat masanya ibunya tidak menemuinya. Selepas mencari, ibunya akan menemui beliau sama ada di dalam masjid atau di makam Umm ul-Hiram (r)*, seorang Sahabat Nabi SAW yang makamnya dibina masjid bersebelahannya. Pelancong datang ke makam baginda dalam jumlah yang ramai, tertarik dengan pemandangan batu yang tergantung di ruang angkasa di atas makam baginda. Apabila ibunya cuba membawa beliau pulang, beliau akan berkata, “Tinggalkan aku di sini bersama Umm ul-Hiram, baginda adalah salah seorang nenek moyang kita.” Beliau sering dilihat berbicara dengan Umm ul-Hiram, yang dimakamkan empat abad lalu, mendengar kemudian berbicara, mendengar dan menjawab, seolah-olah mengadakan perbualan dengannya. Setiap kali sesiapa mengganggunya, beliau akan berkata, “Tinggalkan aku, aku sedang berbicara dengan nenekku yang berada di dalam makam ini.”

Bapanya menghantarnya ke sekolah untuk mempelajari ilmu sekular pada siang hari, dan pada waktu malam beliau mempelajari ilmu keagamaan. Beliau seorang yang genius di kalangan rakan sekumpulannya. Selepas menyiapkan pengajian sekolah menengahnya setiap malam, beliau mendedikasikan masanya untuk mempelajari Tarikat Mevlevi dan Qadiri. Beliau mengendalikan bulatan (circles) Qadiri dan Mevlevi pada hari Khamis dan Jumaat.

Semua orang di Cyprus mengenali beliau pada masa itu sebagai seorang yang mempunyai kerohanian yang mendalam. Beliau mempelajari Syariat, Perundangan (Jurisprudence), Sains Hadis, Sains Logik, Tafsir Al-Quran dan beliau mampu mengeluarkan fatwa hukum ke atas seluruh skop subjek Islam. Beliau mampu berbicara dari semua peringkat kerohanian. Beliau mempunyai kurnia untuk menjelaskan hakikat yang sukar dalam bentuk aforisme yang jelas dan mudah.

Selepas menamatkan sekolah menengah di Cyprus, beliau berpindah ke Istanbul, tempat dua orang abang dan seorang kakaknya tinggal dan belajar, pada 1359 H. / 1940 M. Beliau mempelajari Kejuruteraan Kimia di Universiti Istanbul, di Daerah Bayazit. Pada masa yang sama beliau memajukan ilmu Syari’ahnya dan pengajian bahasa Arab bersama Syeikhnya, Shaykh Jamaluddin al-Alasuni, yang wafat pada 1375 H. / 1955 M.

Beliau menerima ijazah dalam Kejuruteraan Kimia dan cemerlang di kalangan rakan sejawatannya. Profesor Universiti menggalakkan beliau menceburi bidang penyelidikan. Beliau berkata, “Aku tidak merasai sebarang tarikan kepada sains moden. Hatiku sentiasa tertarik kepada ilmu kerohanian.”

Sebagai pelajar kolej, Shaykh Nazim muda memperolehi markah cemerlang dalam Kejuruteraan Kimia di Universiti Istanbul. Semasa tahun pertamanya di Istanbul beliau menemui Syeikh kerohanian pertamanya, Shaykh Sulayman Arzarumi, Syeikh Tarikat Naqshbandi yang wafat pada 1368 H. / 1948 M. Sambil mempelajari Kejuruteraan Kimia, beliau menghadiri majlis Syeikh ini untuk mempelajari disiplin Tarikat Naqshbandi, di samping dua tarikatnya yang lain, Qadiri dan Mevlevi.

Menemui Syeikh Baginda, Mawlana Shaykh Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani (Q)

Beliau biasanya kelihatan di Masjid Sultan Ahmad, bermeditasi sendirian sepanjang malam. Beliau berkata:

“Di sana saya menerima keberkatan besar dan ketenteraman besar di dalam hati saya. Saya sentiasa solat Subuh di masjid itu bersama dua Syeikh saya, Shaykh Jamaluddin al-Alasuni dan Shaykh Sulayman Arzarumi. Mereka mendidik saya dan memasukkan ilmu kerohanian ke dalam hati saya. Saya mengalami banyak mukasyafah pada masa itu, menarik saya supaya pergi ke Tanah Suci Damsyik, namun saya belum mempunyai keizinan daripada Syeikh saya. Banyak kali dalam mukasyafah saya, melalui pelenyapan diri (Self-Effacement), saya melihat Nabi Muhammad memanggil saya ke hadirat baginda. Terdapat kerinduan yang mendalam di dalam hati saya untuk meninggalkan segala-galanya dan berhijrah ke Kota Suci Nabi.”

“Pada suatu hari, apabila kerinduan di dalam hati saya ini amat memuncak, saya melihat mukasyafah di mana Syeikh saya, Sulayman Arzarumi, datang, menggoncang bahu saya, dan memberitahu saya, ‘Kini keizinan telah tiba. Rahsia kamu, amanah kamu, dan bimbingan kerohanian kamu bukan pada aku. Aku hanya memegang kamu sebagai amanah sehinggalah kamu bersedia untuk Syeikh sebenar kamu, yang juga Syeikh aku, Shaykh Abdullah ad-Daghestani. Beliau memegang kunci-kunci kamu. Maka pergilah kepada baginda di Sham. Keizinan ini datang daripada aku dan daripada Nabi.'” [Shaykh Sulayman Arzurumi adalah salah seorang daripada 313 wali Tarikat Naqshbandi, yang berdiri di atas jejak langkah dan mewakili 313 rasul.]

“Mukasyafah itu tamat, dan dengannya saya telah menerima keizinan untuk berpindah ke Sham. Saya mencari Syeikh saya untuk memberitahu beliau mengenai mukasyafah tersebut. Saya mendapati beliau datang ke masjid selepas kira-kira dua jam. Saya berlari kepada baginda. Beliau membuka tangannya dan berkata kepada saya, ‘Anakku, adakah kamu gembira dengan mukasyafah kamu?’ Pada ketika itu saya tahu bahawa beliau mengetahui segala apa yang telah berlaku. Beliau berkata, ‘Jangan tunggu. Hala tuju kamu ke Sham.’ Beliau tidak memberikan saya alamat atau sebarang maklumat lain, melainkan nama, Shaykh Abdullah ad-Daghestani, di Sham. Saya bermusafir dari Istanbul ke Aleppo dengan kereta api, dan tinggal di sana untuk beberapa lama. Semasa di sana saya pergi dari sebuah masjid ke sebuah masjid, solat, duduk bersama para ulama dan meluangkan masa beribadat serta bermeditasi.”

“Kemudian saya bermusafir ke Hama, yang seperti Aleppo, adalah sebuah bandar yang sangat purba. Saya cuba meneruskan perjalanan ke Sham, tetapi ia adalah mustahil. Pihak Perancis, yang menawan Sham, sedang bersiap sedia untuk serangan oleh pihak British. Maka saya bermusafir ke Homs ke makam Sayyidina Khalid bin Al-Walid (r), Sahabat Nabi. Saya menziarahi Khalid bin Al-Walid (r) dan kemudian saya masuk ke dalam masjid dan solat. Seorang penjaga datang kepada saya dan berkata, ‘Saya bermimpi semalam di mana Nabi datang kepada saya. Baginda bersabda, “Salah seorang daripada cucu-cucuku akan datang ke sini esok. Jagalah dia untuk aku.” Kemudian baginda menunjukkan kepada saya rupa paras kamu. Kini saya melihat kamu adalah orang itu.'”

“Saya begitu terpesona dengan apa yang beliau katakan, sehinggakan saya menerima jemputannya. Beliau memberi saya sebuah bilik berhampiran masjid tersebut, tempat saya tinggal selama satu tahun. Saya tidak keluar melainkan untuk solat dan duduk dalam majlis dua orang ulama terkemuka Homs, yang mengajar Bacaan (tajwid), Tafsir (tafsir), Riwayat Hadis (ilm al-hadith), dan Perundangan (fiqh). Mereka ialah Shaykh Muhammad Ali Uyun as-Sud dan Shaykh Abdul Aziz Uyun as-Sud, Mufti Homs. Saya juga menghadiri pengajian kerohanian dua orang Syeikh Naqshbandi, Shaykh Abul Jalil Murad dan Shaykh Sa’id as-Suba’i. Hati saya merindui untuk pergi ke Sham. Oleh kerana perang terlalu hebat, saya memutuskan untuk pergi ke Tripoli di Lubnan, dari sana ke Beirut dan dari Beirut ke Sham melalui cara yang lebih selamat.”

Pada tahun 1364 H. / 1944 M., Shaykh Nazim meneruskan perjalanan ke Tripoli dengan bas. Bas membawanya ke pelabuhan dan menurunkan beliau di situ. Beliau adalah orang asing di situ, tidak mengenali sesiapa pun. Semasa beliau merayau di kawasan pelabuhan, beliau melihat seseorang datang dari arah bertentangan di jalan tersebut. Orang itu ialah Shaykh Munir al-Malek, Mufti Tripoli. Beliau pada masa yang sama adalah Syeikh bagi semua Tarikat Sufi di bandar itu. Beliau menghampiri dan berkata, “Adakah anda Shaykh Nazim? Saya melihat mimpi di mana Nabi memberitahu saya, ‘Salah seorang cucuku akan datang ke Tripoli.’ Baginda menunjukkan rupa paras anda kepada saya dan menyuruh saya mencari anda di kawasan ini. Baginda menyuruh saya menjaga anda.”

Shaykh Nazim menceritakan:

“Saya tinggal bersama Shaykh Munir al-Malek selama sebulan. Kemudian beliau mengaturkan agar saya pergi ke Homs dan dari Homs ke Damsyik. Saya tiba di Damsyik pada hari Jumaat, pada tahun 1945 M. / 1365 H. pada permulaan tahun Hijrah. Saya tahu bahawa Shaykh Abdullah tinggal di daerah Hayy al-Maidan, berhampiran makam Sayyidina Bilal al-Habashi (r) dan ramai keturunan Ahli Bait Nabi, sebuah kawasan purba yang penuh dengan monumen lama.”

“Saya tidak tahu rumah manakah rumah Syeikh itu. Satu mukasyafah menjelma kepada saya pada ketika itu, semasa berdiri di jalan, bahawa Syeikh sedang keluar dari rumahnya dan memanggil saya masuk ke dalam. Mukasyafah itu tamat tetapi saya tidak melihat sesiapa pun di jalanan. Ia kosong kerana pengeboman oleh pihak Perancis dan British. Semua orang takut, bersembunyi di dalam rumah mereka. Saya sendirian di jalanan. Saya merenung di dalam hati saya untuk mengetahui rumah manakah rumah Syeikh. Kemudian dalam mukasyafah saya melihat sebuah rumah tertentu dengan pintu tertentu. Saya mencari sehinggalah saya menemui pintu tersebut. Semasa saya menghampiri untuk mengetuk pintu, Syeikh membuka pintu. Beliau berkata, ‘Selamat datang, anakku, Nazim Effendi.'”

“Rupa parasnya yang luar biasa serta-merta menarik perhatian saya. Saya tidak pernah melihat Syeikh sebegitu rupa sebelum ini. Cahaya memancar dari wajah dan dahi baginda. Kehangatan datang dari hati baginda dan dari senyuman ceria di wajah baginda. Beliau membawa saya naik ke atas, mendaki ke biliknya sambil memberitahu saya, ‘Kami telah menantikan kamu.'”

“Di dalam hati saya, saya sangat gembira berada bersamanya, tetapi saya juga mempunyai kerinduan untuk menziarahi kota Nabi Suci. Saya bertanya kepada baginda, ‘Apakah yang harus saya lakukan?’ Baginda berkata, ‘Esok saya akan berikan jawapannya. Buat masa ini, berehatlah.’ Baginda menawarkan makan malam kepada saya dan saya solat Isyak bersamanya dan tidur. Pada awal pagi beliau mengejutkan saya untuk solat Tahajjud (after-midnight). Tidak pernah dalam hidup saya saya merasai kuasa sebegitu rupa seperti dalam solat baginda. Saya merasai diri saya berada di dalam Kehadiran Ilahi dan hati saya semakin hari semakin tertarik kepadanya.”

“Satu mukasyafah datang kepada saya dan saya melihat diri saya mendaki tangga dari tempat solat kami ke Bait al-Ma’mur, Kaabah di Langit, selangkah demi selangkah. Setiap langkah adalah satu stesen di mana beliau meletakkan saya, dan di setiap stesen saya menerima, di dalam hati saya, ilmu yang tidak pernah saya pelajari atau dengar sebelum ini. Kalimah, frasa dan ayat disusun dengan begitu hebat, disalurkan ke dalam hati saya di setiap stesen yang saya telah dinaikkan kepadanya, sehinggalah kami tiba di Bait al-Ma’mur. Di sana saya melihat 124,000 nabi berdiri bersaf-saf untuk solat, dengan Sayyidina Muhammad sebagai Imam. Saya melihat 124,000 Sahabat Nabi Muhammad berdiri bersaf-saf di belakang mereka. Kemudian saya melihat 7,007 Wali Tarikat Naqshbandi berdiri bersaf-saf di belakang mereka untuk solat. Kemudian saya melihat 124,000 wali daripada tarikat-tarikat lain, berdiri bersaf-saf untuk solat. Terdapat ruang yang dikosongkan untuk dua orang tepat di sebelah kanan Abu Bakr as-Siddiq (r). GrandSyeikh pergi ke ruang kosong itu dan beliau membawa saya bersama baginda dan kami solat Subuh. Tidak pernah dalam hidup saya saya mengalami manisnya solat itu, dan apabila Nabi Muhammad memimpin solat, keindahan bacaan baginda tidak terperi. Ia adalah pengalaman yang tiada kata-kata mampu menghuraikannya, kerana ia adalah urusan Ilahi. Semasa solat berakhir, mukasyafah itu tamat, dan saya mendengar Syeikh menyuruh saya melaungkan azan bagi Subuh.”

“Beliau solat Subuh dan saya solat di belakang baginda. Di luar saya dapat mendengar pengeboman dua buah tentera. Beliau memberikan saya bai’ah (initiation) dalam Tarikat Naqshbandi dan beliau berkata kepada saya, ‘Wahai anakku, kita mempunyai kuasa bahawa dalam masa satu saat kita boleh membuat murid kita mencapai stesennya.’ Sebaik sahaja beliau berkata demikian beliau memandang ke dalam hati saya dengan matanya, dan semasa beliau berbuat demikian mata itu bertukar daripada kuning kepada merah, kemudian kepada putih, kemudian kepada hijau dan hitam. Warna mata baginda berubah semasa beliau mencurahkan ilmu yang dikaitkan dengan setiap warna ke dalam hati saya.”

“Cahaya kuning adalah yang pertama dan bersesuaian dengan stesen Hati (Qalb). Beliau mencurahkan ke dalam hati saya segala jenis ilmu zahir yang diperlukan untuk kehidupan harian manusia. Kemudian beliau mencurahkan dari peringkat Rahsia (Sirr), ilmu kesemua empat puluh Tarikat yang datang daripada Sayyidina ‘Ali (r), dan saya mendapati diri saya seorang master dalam kesemua Tarikat ini. Semasa menyalurkan ilmu Stesen ini, mata baginda berwarna merah. Stesen ketiga, iaitu Rahsia kepada Rahsia (Sirr as-Sirr), hanya diizinkan untuk Syeikh-Syeikh Tarikat Naqshbandi, yang imamnya ialah Sayyidina Abu Bakr (r). Semasa beliau mencurahkan ke dalam hati saya dari stesen ini, mata baginda berwarna putih. Kemudian beliau membawa saya ke Stesen Tersembunyi (Khafa), stesen ilmu kerohanian tersembunyi, di mana mata baginda bertukar menjadi hijau. Kemudian beliau membawa saya ke Stesen Lenyap Diri Sepenuhnya, Stesen Paling Tersembunyi (Akhfa) di mana tiada apa yang zahir, dan warna mata baginda adalah hitam. Di sini beliau membawa saya ke hadirat Allah. Kemudian beliau membawa saya kembali kepada kewujudan.”

“Cinta saya kepada baginda pada ketika itu begitu kuat sehingga saya tidak dapat bayangkan diri saya berjauhan daripadanya, dan saya tidak mendambakan apa-apa melainkan tinggal bersamanya selama-lamanya dan berkhidmat kepada baginda. Kemudian taufan tiba, ribut melanda, dan kekalutan mengancam ketenangan. Ujian itu adalah sangat besar. Hati saya berada dalam keputusasaan apabila beliau memberitahu saya, ‘Wahai anakku, kaum kamu memerlukan kamu. Aku telah memberikan kamu secukupnya buat masa ini. Pergilah ke Cyprus hari ini.’ Saya telah menghabiskan masa satu tahun setengah untuk menemui baginda. Saya menghabiskan satu malam bersamanya. Kini beliau mengarahkan saya pulang ke Cyprus, sebuah tempat yang tidak saya lihat selama lima tahun. Ia adalah arahan yang sangat mengerikan bagi saya, tetapi dalam tarikat seorang murid mesti menyerah dan tunduk kepada kehendak Syeikhnya.”

“Selepas mencium tangan dan kaki baginda, dan mengambil keizinannya, saya cuba mencari jalan untuk bermusafir ke Cyprus. Perang Dunia Kedua hampir sampai ke penamat. Tiada kenderaan pengangkutan. Semasa saya berada di jalanan memikirkan hal ini seorang lelaki datang kepada saya dan berkata, ‘Wahai Syeikh, adakah anda perlukan tumpangan?’ Saya berkata, ‘Ya! Ke manakah anda hendak pergi?’ Beliau berkata, ‘Ke Tripoli.’ Beliau membawa saya menaiki traknya dan selepas dua hari kami tiba di Tripoli. Apabila kami tiba di sana saya berkata, ‘Bawa saya ke pelabuhan.’ Beliau berkata, ‘Untuk apa?’ Saya berkata, ‘Mencari kapal ke Cyprus.’ Beliau berkata, ‘Bagaimana? Tiada siapa bermusafir di laut dengan perang besar yang sedang berlaku ini.’ Saya berkata, ‘Tidak mengapa, bawa sahaja saya ke sana.’ Beliau membawa saya ke pelabuhan dan menurunkan saya di situ. Saya sekali lagi terkejut apabila melihat Shaykh Munir al-Malek datang menghampiri saya. Beliau berkata, ‘Apakah cinta yang datuk kamu miliki untuk kamu? Nabi datang sekali lagi kepada saya dalam mimpi dan berkata, “Anakku Nazim sedang datang. Jagalah dia.”‘”

“Saya tinggal bersamanya tiga hari. Saya meminta beliau membantu saya mengatur perjalanan ke Cyprus. Beliau mencuba, tetapi ia adalah mustahil pada masa itu disebabkan oleh perang dan kekurangan bahan api. Beliau tidak menemui apa-apa melainkan sebuah perahu layar. Beliau memberitahu saya, ‘Kamu boleh pergi tetapi ia berbahaya.’ Saya berkata, ‘Saya mesti pergi, kerana itu adalah arahan Syeikh saya.’ Shaykh Munir membayar harga yang tinggi kepada pemilik perahu untuk membawanya membawa saya. Kami berlayar. Ia mengambil masa tujuh hari untuk tiba di Cyprus, satu perjalanan yang lazimnya mengambil masa empat jam dengan bot bermotor.”

“Sebaik sahaja saya mendarat dan meletakkan kaki saya di bumi Cyprus, serta-merta mukasyafah kerohanian dibuka kepada hati saya. Saya melihat GrandSyeikh Abdullah ad-Daghestani (Q) berkata kepada saya, ‘Wahai anakku. Tiada apa yang mampu menghalang kamu daripada melaksanakan arahan ku. Kamu telah mencapai banyak kejayaan dengan mendengar dan menerima. Dari saat ini aku akan sentiasa kelihatan kepada kamu. Bila-bila masa kamu menghalakan hati kamu kepada aku, aku akan berada di situ. Sebarang soalan yang kamu ada kamu akan menerima jawapan secara langsung daripada Kehadiran Ilahi. Sebarang stesen kerohanian yang kamu ingin capai ia akan dikurniakan kepada kamu kerana penyerahan mutlak kamu. Para Wali semuanya gembira dengan kamu, Nabi gembira dengan kamu.’ Sebaik sahaja beliau berkata demikian saya merasai baginda di sisi saya, dan sejak itu baginda tidak pernah meninggalkan saya. Baginda sentiasa di sisi saya.”

Perjuangan di Cyprus dan Perjalanan Dakwah

Shaykh Nazim mula menyebarkan bimbingan kerohanian dan ajaran Islam di Cyprus. Ramai pengikut datang kepadanya dan menerima Tarikat Naqshbandi. Malangnya ia berlaku pada masa di mana semua agama dilarang di Turki, dan memandangkan beliau berada dalam komuniti Turki di Cyprus, agama dilarang sama sekali di situ. Malahan laungan azan dilarang.

Tindakan pertama beliau selepas tiba di tempat lahirnya adalah pergi ke masjid dan melaungkan azan dalam bahasa Arab. Beliau segera dipenjarakan dan tinggal di dalam penjara selama seminggu. Sebaik sahaja dibebaskan, beliau pergi ke masjid besar Nicosia dan melaungkan azan dari menaranya. Ini membuatkan pihak pegawai sangat marah dan mereka memfailkan kes saman terhadapnya. Semasa menanti perbicaraan kes tersebut, beliau pergi ke seluruh Nicosia dan perkampungan berhampiran melaungkan azan dari menara-menara masjid. Akibatnya, lebih banyak kes saman dikemukakan, dan akhirnya terdapat 114 kes menunggu terhadapnya. Peguam menasihatkan beliau agar berhenti melaungkan azan, tetapi beliau berkata, “Tidak, saya tidak boleh. Orang ramai mesti mendengar seruan solat.”

Hari perbicaraan tiba bagi 112 kes. Jika didakwa dan disabitkan kesalahan beliau boleh menerima hukuman penjara lebih 100 tahun. Pada hari yang sama, keputusan pilihan raya tiba dari Turki: seorang lelaki bernama Adnan Menderes telah diundi memegang kuasa. Tindakan pertamanya sebagai Presiden adalah membuka semua masjid dan membenarkan Azan dilarang dalam bahasa Arab. Itu adalah mukjizat GrandSyeikh kami.

Semasa tahun-tahun di sana, Shaykh Nazim bermusafir ke seluruh Cyprus, dan juga melawat Lubnan, Mesir, Arab Saudi dan banyak tempat lain untuk mengajar tarikat. Beliau berpindah semula ke Damsyik pada tahun 1952, apabila beliau berkahwin dengan salah seorang murid GrandSyeikh, Hajjah Amina Adil. Sejak itu beliau menetap di Damsyik, dan setiap tahun beliau melawat Cyprus selama tiga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Keluarganya tinggal di Damsyik bersamanya dan bermusafir bersamanya ke Cyprus apabila beliau ke sana. Beliau mempunyai dua anak perempuan dan dua anak lelaki.

Pengembaraan dan Pelayaran Dakwah

Shaykh Nazim biasa pergi setiap tahun untuk menunaikan ibadat haji sebagai ketua rombongan bagi jemaah haji Cyprus. Beliau menunaikan haji sebanyak 27 kali kesemuanya. Beliau menjaga para murid dan pengikut GrandSyeikh. Suatu masa GrandSyeikh mengarahkan beliau pergi dari Damsyik ke Aleppo dengan berjalan kaki dan berhenti di setiap perkampungan di sepanjang jalan untuk menyebarkan ajaran Naqshbandi, ilmu tasawuf dan ilmu agama. Jarak antara Damsyik dan Aleppo adalah kira-kira 400 kilometer. Beliau mengambil masa lebih setahun untuk pergi dan pulang. Beliau akan berjalan satu atau dua hari, tiba di sebuah perkampungan, menghabiskan masa seminggu di perkampungan itu menyebarkan Tarikat Naqshbandi, memimpin zikir, melatih orang ramai, kemudian meneruskan perjalanan menyusuri jalan ke perkampungan seterusnya. Tidak lama kemudian namanya di bibir setiap orang, dari sempadan Jordan ke sempadan Turki berhampiran Aleppo.

Begitu juga, GrandSyeikh pernah mengarahkan Shaykh Nazim berjalan merentasi Cyprus. Beliau berjalan dari sebuah perkampungan ke perkampungan lain, menyeru manusia kepada Islam, meninggalkan ateisme, sekularisme, dan materialisme serta kembali kepada Allah. Beliau menjadi begitu terkenal di seluruh Cyprus, dan begitu dicintai, sehinggakan warna serban dan jubahnya, kedua-duanya hijau gelap, dikenali di seluruh pulau sebagai “kepala hijau Shaykh Nazim” (Sheih Nazim yesilbas).

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini beliau melaksanakan pengembaraan serupa di negara Turki. Setiap tahun sejak 1978, beliau menghabiskan masa tiga hingga empat bulan bermusafir merentasi satu kawasan di Turki. Pada satu tahun beliau bermusafir di kawasan Istanbul, Yalova, Bursa, Eskisehir dan Ankara. Pada tahun yang lain beliau bermusafir ke Konya, Isparta, Kirsehir. Pada tahun lain beliau bermusafir di pesisir pantai selatan, dari Adana, ke Mersin, Alanya, Izmir, Antalya. Kemudian pada tahun yang lain beliau pergi ke sebelah Timur, Diyarbakir, Erzurum, sehingga ke sempadan Iraq. Pengembaraan lain dihabiskannya di Laut Hitam, berpindah dari satu daerah ke daerah lain, dari satu bandar ke bandar lain, dari satu masjid ke masjid seterusnya, menyebarkan kalimah Allah, kerohanian dan cahaya ke mana sahaja beliau pergi.

Di mana sahaja beliau bermusafir beliau disambut oleh orang ramai, serta para pegawai dan pihak kerajaan. Beliau dikenali dengan gelaran kesayangan al-Kibrisi di seluruh Turki. Beliau ialah Syeikh kepada Allahyarham presiden Turki, Turgut Ozal, dan amat dihormati oleh beliau. Pada masa kini beliau terkenal di seluruh Turki kerana liputan meluas yang diberikan oleh media dan akhbar kepadanya. Beliau ditemu bual hampir setiap minggu oleh stesen televisyen atau pemberita, untuk mendapatkan pandangannya mengenai peristiwa di Turki dan masa depannya. Beliau berjalan di atas jalan tengah yang disarankan oleh Nabi, membolehkan beliau menelusuri garisan halus antara kerajaan sekularis dan kumpulan Islamis. Ini membawa kebahagiaan dan keamanan ke dalam hati serta minda orang awam dan golongan intelektual.

Bermula tahun 1974, beliau mula melawat Eropah, bermusafir setiap tahun dari Cyprus ke London dengan kapal terbang dan pulang melalui darat, menaiki kereta. Beliau terus menemui pelbagai jenis manusia dari setiap negeri dan bahasa, dari pelbagai kepercayaan dan budaya. Orang ramai terus mengucap syahadah, mengambil Tarikat, dan rahsia kerohanian daripadanya.

Sebagaimana Shah Naqshband (Q) ialah Mujaddid di Bukhara dan Asia Tengah, sebagaimana Sayyidina Ahmad as-Sirhindi al-Mujaddedi (Q) ialah Pembaru Alaf ke-2, sebagaimana Sayyidina Khalid al-Baghdadi (Q) ialah Pembaru Islam, Syariat dan Tarikat di Timur Tengah, kini Shaykh Muhammad Nazim Adil al-Haqqani ialah Pembaru, Pembaharu dan Penyeru kepada Allah pada Zaman Ini, Zaman Teknologi dan Kemajuan Material. Wajahnya yang tersenyum dan berseri dicintai di seluruh Eropah, kerana membawa rasa kerohanian sejati yang pertama dalam seumur hidup orang ramai.

Baru-baru ini pada tahun 1991, beliau memulakan perjalanannya ke Amerika. Dalam lawatan pertamanya beliau melawat lebih 15 negeri. Beliau menemui ramai orang dari pelbagai kepercayaan dan agama: Muslim, Kristian, Yahudi, Sikh, Buddha, Hindu, dan penganut Zaman Baharu (New Age). Ini menghasilkan penubuhan lebih 15 pusat Tarikat Naqshbandi di Amerika Utara. Beliau mengadakan lawatan kedua pada 1993, dan bermusafir ke banyak bandar dan pekan, melawat masjid, gereja, sinagog, dan kuil. Melaluinya, lebih 10,000 orang di Amerika Utara memeluk Islam dan mengambil bai’ah dalam Tarikat Naqshbandi.

Pada 1986, beliau dipanggil bermusafir ke Timur Jauh: Brunei, Malaysia, Singapura, India, Pakistan, Sri Lanka. Beliau melawat setiap bandar utama di negara-negara ini. Beliau disambut oleh sultan, presiden, ahli parlimen, pegawai kerajaan, dan sudah tentu orang awam di mana sahaja. Beliau dianggap sebagai wali Zaman ini di Brunei. Beliau disambut dengan kemurahan hati rakyatnya dan terutamanya oleh Sultan, Hajji Hasanal Bolkiah. Beliau dianggap sebagai salah seorang Syeikh besar Tarikat Naqshbandi di Malaysia. Di Pakistan, beliau diakui sebagai Pembaru Tarikat, dan beliau mempunyai ribuan murid. Di Sri Lanka, di kalangan pegawai dan orang awam beliau mempunyai lebih 20,000 murid. Beliau amat dihormati di kalangan umat Islam di Singapura dan mempunyai ramai murid di sana.

Khalwat Baginda

Khalwat pertama beliau atas arahan Shaykh Abdullah Daghestani ialah pada tahun 1955, di Sueileh, Jordan. Di sana beliau menghabiskan masa selama enam bulan dalam khalwat. Kuasa dan kesucian kehadiran beliau menarik ribuan murid, sehinggakan Sueileh dan perkampungan sekitarnya, Ramta dan Amman dipenuhi dengan murid-murid para Syeikh. Para ulama, pegawai dan ramai orang tertarik kepada cahaya dan peribadian beliau.

Apabila beliau hanya mempunyai dua anak, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki, beliau dipanggil oleh GrandSyeikh kami, Shaykh Abdullah ad-Daghestani. Beliau memberitahunya, “Saya telah menerima arahan daripada Nabi agar kamu melaksanakan khalwat di masjid Abdul Qadir Jilani di Baghdad. Pergilah ke sana dan laksanakan khalwat selama enam bulan.”

Menghuraikan peristiwa itu, Shaykh Nazim berkata, “Saya tidak mengajukan sebarang soalan kepada Syeikh. Saya bahkan tidak pulang ke rumah saya. Saya menghalakan langkah saya serta-merta ke Marja di pusat bandar. Saya tidak berfikir, ‘Saya perlukan pakaian, saya perlukan wang, saya perlukan bekalan.’ Apabila beliau berkata, ‘Pergi!’ Saya pergi. Saya ditarik melakukan khalwat bersama Sayyidina Abdul Qadir. Saya pergi terus ke Marja. Apabila saya tiba di pusat bandar berjalan kaki saya melihat seseorang memandang kepada saya. Beliau memandang kepada saya dan mengenali saya. Beliau berkata, ‘Shaykh Nazim, ke mana anda hendak pergi?’ Saya berkata, ‘Ke Baghdad.’ Beliau ialah seorang murid GrandSyeikh. Beliau berkata, ‘Saya sendiri hendak ke Baghdad!’ Beliau mempunyai secerah trak barangan untuk dihantar ke Baghdad. Maka beliau membawa saya bersamanya.”

“Apabila saya memasuki masjid Sayyidina Abdul Qadir Jilani terdapat seorang lelaki berbadan besar menutup pintu masjid memegangnya rapat. Beliau berkata, ‘Shaykh Nazim!’ ‘Ya,’ jawab saya. Beliau berkata, ‘Akulah yang ditugaskan menjadi pelayan kamu sepanjang keberadaan kamu di sini. Mari ikut saya.’ Saya terkejut dengan perkara ini, tetapi di dalam hati saya tiada sebarang kejutan kerana kita tahu dalam tarikat bahawa segala-galanya sentiasa diatur oleh Kehadiran Ilahi. Saya mengikutinya semasa beliau menghampiri makam Pemohon Syafaat Agung (Ghawth al-Azam) dan saya memberikan salam kepada datuk moyang saya, Sayyidina ‘Abdul Qadir Jilani. Kemudian beliau membawa saya ke sebuah bilik dan memberitahu saya, ‘Setiap hari saya akan melayani kamu semangkuk sup dal dengan sepotong roti.'”

“Saya hanya keluar dari bilik saya untuk lima waktu solat. Selain daripada itu saya menghabiskan seluruh masa saya di dalam bilik tersebut. Saya mampu mencapai stesen di mana saya boleh membaca seluruh Al-Quran dalam masa sembilan jam. Di samping itu saya membaca 124,000 Zikir Kalimah (la ilaha illallah) dan 124,000 selawat (ke atas Nabi) di samping membaca keseluruhan Dala’il al-Khayrat. Ditambah pula dengan itu saya secara kerap membaca 313,000 ‘Allah Allah’ setiap hari, serta semua doa yang ditugaskan kepada saya. Mukasyafah demi mukasyafah menjelma kepada saya setiap hari. Mukasyafah ini membawa saya dari satu stesen ke satu stesen sehinggalah saya Lenyap Diri (Anihilated) di dalam Kehadiran Ilahi.”

“Pada suatu hari saya mendapat mukasyafah bahawa Sayyidina ‘Abdul Qadir Jilani memanggil saya ke makamnya dan baginda berkata, ‘Wahai anakku, aku menanti kamu di makamku. Mari!’ Serta-merta saya mandi, solat dua rakaat dan saya berjalan ke makam baginda yang hanya beberapa kaki dari bilik saya. Apabila saya sampai di sana saya mula merenung dan saya berkata, as-Salam ‘alayka ya jiddee (‘Salam sejahtera ke atas mu wahai datukku’). Serta-merta saya melihat baginda keluar dari makam dan berdiri di sisi saya. Di belakang baginda adalah Takhta Agung yang dihiasi dengan permata jarang ditemui. Baginda berkata kepada saya, ‘Mari ikut aku dan duduk bersama aku di atas takhta itu.'”

“Kami duduk seperti seorang datuk bersama cucunya. Baginda tersenyum dan berkata, ‘Aku gembira dengan kamu. Stesen Syeikh kamu, Abdullah al-Fa’iz ad-Daghestani adalah sangat tinggi dalam Tarikat Naqshbandi. Aku adalah datuk kamu dan aku menyerahkan kepada kamu sekarang, secara terus daripada aku, kuasa yang aku bawa sebagai Pemohon Syafaat Agung (Arch-Intercessor) dan aku mentalkin (initiate) kamu sekarang secara terus ke dalam Tarikat Qadiri.'”

Seclusion di Madinah

Banyak kali Shaykh Nazim diarahkan masuk ke dalam khalwat yang berbeza tempohnya bermula dari 40 hari hingga satu tahun. Khalwat-khalwat tersebut juga berbeza dari segi darjah pengasingan daripada hubungan luar: kadangkala tiada hubungan langsung; kadangkala terdapat sedikit hubungan yang diperlukan untuk melaksanakan solat berjemaah; dan kadangkala lebih banyak hubungan dibenarkan untuk menghadiri majlis perhimpunan zikir dan ceramah. Beliau melakukan banyak khalwat di kota Nabi SAW. Beliau berkata:

“Tiada sesiapa pun pernah mendapat keistimewaan melaksanakan khalwat bersama Syeikhnya. Saya mempunyai keistimewaan melaksanakan khalwat di dalam bilik yang sama dengan Syeikh saya di Madinah al-Munawwara. Ia adalah sebuah bilik purba berhampiran Masjid Suci Nabi. Ia mempunyai satu pintu dan satu tingkap. Sebaik sahaja saya memasuki bilik tersebut bersama Syeikh saya, beliau menutup tingkap itu dengan memaku papan padanya. Beliau memberikan saya keizinan meninggalkan bilik hanya untuk solat lima waktu di dalam Masjid Suci Nabi.”

“Saya diarahkan oleh Syeikh saya menjaga amalan Nazar bar Qadam, ‘Memandang Langkah,’ apabila saya berjalan ke tempat solat. Dengan melatih dan mengawal pandangan, amalan ini adalah sarana memutuskan hubungan diri daripada segala-galanya melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Mulia, dan Nabi-Nya.”

“Syeikh saya tidak pernah tidur sepanjang khalwat tersebut. Selama satu tahun saya tidak pernah melihat baginda tidur. Baginda tidak pernah menyentuh makanan. Kami diberikan semangkuk sup dal dan sepotong roti setiap hari. Baginda sentiasa memberikan bahagiannya kepada saya. Baginda hanya meminum air. Baginda tidak pernah meninggalkan bilik tersebut.”

“Hari demi hari dan malam demi malam Syeikh saya duduk membaca Al-Quran dengan cahaya pelita, berzikir dan mengangkat tangan dalam doa. Berjam-jam lamanya baginda berdoa (du’a) dan satu doa tidak pernah menyerupai doa yang lain. Setiap satunya berbeza antara satu sama lain dan sepanjang tahun tersebut, baginda tidak pernah mengulangi doa yang sama. Kadangkala saya tidak dapat memahami bahasa yang beliau gunakan dalam doa kerana ia adalah bahasa surgawi. Saya hanya dapat memahami doa-doa tersebut melalui mukasyafah dan ilham yang datang ke dalam hati saya.”

“Saya tidak tahu bila malam berlalu dan siang menjelma melainkan melalui solat. GrandSyeikh Abdullah tidak pernah melihat cahaya siang selama satu tahun penuh, melainkan cahaya lilin. Saya hanya melihat cahaya siang apabila saya keluar untuk solat.”

“Melalui khalwat itu saya dinaikkan ke pelbagai peringkat kerohanian. Pada suatu hari saya mendengar baginda berkata, ‘Ya Allah kurniakanlah kepada ku Kuasa syafaat, daripada Kuasa Syafaat yang Engkau kurniakan kepada Nabi-Mu, untuk memberi syafaat bagi sekalian manusia pada Hari Kiamat untuk mengangkat mereka berada di dalam Kehadiran Ilahi-Mu.’ Semasa beliau berkata demikian saya berada dalam mukasyafah mengalami Hari Kiamat, dan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Mulia, sedang turun di atas Arasy-Nya dan menghakimi manusia. Nabi berada di Sebelah Kanan Kehadiran Ilahi. GrandSyeikh berada di sebelah kanan Nabi dan saya berada di sebelah kanan GrandSyeikh.”

“Selepas Allah menghakimi manusia, Dia memberi keizinan kepada Nabi memberi syafaat. Apabila Nabi telah memberi syafaat dan selesai, baginda mengarahkan GrandSyeikh memberikan berkatnya dan mengangkat manusia dengan kuasa kerohanian yang telah dikurniakan kepadanya. Mukasyafah itu tamat apabila saya mendengar Syeikh saya berkata, ‘Alhamdulillah, Alhamdulillah, Nazim Effendi, saya mendapat jawapannya.'”

Ramalan GrandSyeikh Mengenai Shaykh Nazim

GrandSyeikh, sebelum wafat, bersabda dalam wasiatnya, “Atas Arahan Nabi SAW, saya telah melatih dan mengangkat pengganti saya, Nazim Effendi, dan memasukkannya melalui pelbagai khalwat serta melatihnya dengan latihan yang berat dan saya menugaskannya menjadi pengganti saya. Saya melihat bahawa pada masa depan beliau akan menyebarkan Tarikat ini ke Timur dan Barat. Allah akan menjadikan pelbagai lapisan manusia, kaya dan miskin, ulama dan ahli politik, datang kepadanya, belajar daripadanya dan mengambil Tarikat Naqshbandi, pada penghujung Abad ke-20 dan permulaan Abad ke-21. Ia akan tersebar ke seluruh dunia, sehinggakan tiada satu benua pun yang sunyi daripada bau wangi manisnya.”

“Saya melihat beliau menubuhkan dan mengasaskan ibu pejabat yang besar di London yang melaluinya beliau akan menyebarkan tarikat ini ke Eropah, Timur Jauh, dan Amerika. Beliau akan menyebarkan keikhlasan, cinta, ketakwaan, keharmonian, dan kebahagiaan di kalangan manusia, dan semuanya akan meninggalkan keburukan, keganasan, dan politik. Beliau akan menyebarkan ilmu keamanan di dalam hati, ilmu keamanan di dalam komuniti, ilmu keamanan antara negara, agar peperangan and perjuangan disingkirkan dari dunia ini dan keamanan menjadi faktor yang dominan. Saya melihat anak-anak muda berlari mendapatkannya dari setiap penjuru, memohon barakah dan keberkatannya. Beliau akan menunjukkan kepada mereka jalan menjaga kewajipan dalam tradisi Islam, bersikap sederhana, hidup aman damai dengan setiap orang dari setiap agama, meninggalkan kebencian dan permusuhan. Agama adalah bagi Allah dan Allah adalah hakim bagi hamba-hamba-Nya.”

Ramalan itu telah menjadi kenyataan, persis seperti yang dihurai oleh GrandSyeikh Abdullah. Pada tahun selepas GrandSyeikh (q) wafat pada 1973, Mawlana Shaykh Nazim membuat lawatan kepulangan pertamanya ke Turki, melawat Bursa. Kemudian beliau pergi ke London. Ramai orang muda, terutamanya pengikut John Bennett, datang menemui beliau. Apabila ramai orang mula datang mendengar ceramahnya, beliau menubuhkan pusat pertamanya di sana pada tahun 1974.

Beliau mengikuti lawatan pertamanya dengan lawatan tahunan ke England dan Benua Eropah semasa dan selepas Ramadan. Tarikat tersebar dengan pantas, menembusi seluruh Eropah, bersama-sama Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Selatan.

Beliau membuka tiga pusat di London untuk melatih orang ramai dalam jalan kerohanian, merawat kemurungan mereka dan mengangkat mereka kepada keadaan tenteram di dalam hati mereka. Ajarannya terus tersebar ke seluruh bahagian Eropah, Afrika Utara, Afrika Selatan, negara-negara Teluk, Amerika Utara dan Selatan, benua kecil India, Asia Tenggara, Rusia dan sebahagian China, Australia dan New Zealand.

Kewafatan Yang Diberkati

8 Rejab 1435 H. – 7 Mei 2014 M.

“Dengan hati yang terbakar duka dan mata yang dipenuhi air mata kami menyatakan bahawa selepas penyakit yang sukar, Master kami, Guru kami, Wali kami, Pembimbing kami Sultan al-Awliya Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil (q), telah berpindah dari kehidupan dunia ini hari ini, dan beralih ke al-Rafeeq al-Alaa, Kehadiran Tertinggi Allah Azza wa Jall dan Nabi SAW tercinta. Beliau adalah pemimpin yang megah dan mulia bagi jutaan manusia di seluruh dunia yang akan merasai kekosongan besar dalam kehidupan sementara mereka tanpa kehadiran fizikalnya untuk mententeramkan mereka. Kami akan memerhati tiga hari berkabung bagi pihak Mawlana. Kami memohon semua murid Mawlana Shaykh di seluruh dunia solat Jenazah Ghaib untuk Mawlana, membaca Surah Yasin, Surah Al-Mulk, Tahlil, Selawat, Khatm Khwajagan dan menyajikan jamuan atas nama Mawlana Shaykh menghadiahkan pahala untuk rohnya. As-salam alaykum wa rahmatullahi wa barakatuhu.”

— Shaykh Muhammad Hisham Kabbani