Ubaydullah Al-Ahrar
Semoga Allah Mensucikan Rohnya
“Sebaik sahaja aku mengingati-Mu rahsia-ku, hatiku,
Dan rohku mula menggangguku semasa zikir kepada-Mu.
Sehinggakan seorang pemerhati daripada-Mu biasa menyeruku,
‘Berjaga-jaga, berjaga-jaga daripada zikir, berjaga-jaga.’
Tidakkah kamu melihat Yang Haq? Bukti-bukti-Nya telah muncul.
Makna totaliti bergabung dengan makna-Mu.
Orang-orang yang berzikir apabila mereka berzikir kepada-Nya
Adalah lebih lalai berbanding orang yang lupa mengingati-Nya.”
Nabi (s) bersabda, “Sesiapa yang mengenal Allah, lidahnya menjadi lumpuh.”
— Anonim.
Beliau adalah Paksi kepada Lingkaran Ahli Makrifat Allah, sebuah Lautan Ilmu yang tidak akan pernah kering, walaupun seluruh makhluk meminum daripadanya untuk memuaskan dahaga rohaniah mereka. Beliau adalah seorang Raja yang memiliki cahaya suci Zat yang Esa dan membebaskannya daripada kurungan di Alam Ghaib untuk menyebarkannya di kalangan semua Ahli Makrifat. Beliau menyingkapkan sisi tersembunyi bulan-bulan Sifat Tuhan dari dalam buaian sehinggalah ke peringkat kesempurnaannya. Beliau diberikan autoriti semasa muda dan mula bekerja untuk menerima Rahsia Segala Rahsia dan menyingkap Hijab-hijab. Beliau tidak pernah memandang kepada sebarang keinginan duniawi. Beliau maju sehinggalah mencapai stesen kewalian yang tertinggi, di mana ilmu tentang Zat Yang Ghaib dikurniakan dan rahsia Kebinasaan Mutlak (Absolute Nihility) tersingkap. Kemudian beliau mengembara dari Kebinasaan Mutlak menuju kepada Cahaya Mutlak. Allah menghidupkan Tarikat ini melalui beliau pada zamannya dan Dia menyokongnya dengan Kurniaan-Nya. Dia menjadikannya pautan emas dalam Rantaian Emas ini, dan Dia menjadikannya salah seorang pewaris Nabi (s) yang paling tinggi darjatnya.
Shaykh Ubaydullah (q) berusaha sedaya upaya untuk membasuh kekotoran dan kegelapan yang telah menyelubungi hati manusia. Beliau menjadi matahari yang menyinari jalan para pencari menuju stesen Keyakinan dan Perbendaharaan Tersembunyi Ilmu Kerohanian.
Beliau dilahirkan di perkampungan Shash pada tahun 806 Hijrah, dalam bulan Ramadan. Diriwayatkan bahawa sebelum beliau dilahirkan bapanya mula mempamerkan keadaan zuhud yang luar biasa, yang membuatkannya meninggalkan segala amal duniawi dan masuk ke dalam khalwat di mana beliau hampir meninggalkan tidur dan makanan, memutuskan hubungan daripada orang ramai, dan mengamalkan jalan kerohanian tarikat. Semasa dalam keadaan kerohanian ini, isterinya mengandungkan Ubaydullah. Itulah salah satu sebab kepada stesen tinggi Ubaydullah; latihan kerohaniannya bermula semasa di dalam rahim ibunya. Apabila ibunya hamil, keadaan kerohanian luar biasa bapanya berakhir dan beliau kembali kepada kehidupan asalnya.
Sebelum Ubaydullah dilahirkan, insiden berikut berlaku di mana stesen agungnya telah diramalkan. Shaykh Muhammad as-Sirbili berkata, “Semasa Shaykh Nizamuddin al-Khamush as-Samarqandi sedang duduk di rumah bapamu, bermeditasi, beliau tiba-tiba menjerit dengan suara yang sangat kuat. Ini membuatkan semua orang takut. Beliau berkata, ‘Aku melihat satu mukasyafah seorang lelaki berbadan besar datang kepadaku dari timur, dan aku tidak dapat melihat apa-apa di dunia ini melainkan dirinya. Orang itu dinamakan Ubaydullah dan beliau akan menjadi Shaykh teragung pada zamannya. Allah akan menjadikan seluruh dunia tertakluk kepadanya, dan aku berharap aku akan menjadi salah seorang pengikutnya.'”
Permulaan Keadaan Baginda dan Keadaan Permulaannya
Tanda-tanda kebahagiaan kelihatan jelas pada dirinya sejak zaman kanak-kanaknya. Cahaya Petunjuk kelihatan pada wajahnya. Salah seorang daripada kaum keluarganya berkata, “Beliau tidak menyusu pada dada ibunya sehinggalah ibunya bersih daripada sebarang darah nifas dan kotoran.” Beliau biasa berkata:
“Aku masih ingat apa yang aku dengar ketika aku berumur satu tahun. Dari umur tiga tahun, aku berada dalam Kehadiran Allah. Apabila aku mempelajari Al-Quran dengan guruku hatiku berada dalam Kehadiran Allah. Aku biasa berfikir bahawa semua orang adalah seperti itu.”
Beliau berkata:
“Pada suatu hari semasa musim sejuk, aku keluar ketika hujan sedang turun dan kaki serta kasutku terbenam ke dalam lumpur. Cuaca sangat sejuk. Aku cuba menarik kakiku keluar dari lumpur. Aku sedar bahawa hatiku berada dalam bahaya besar, kerana pada saat itu aku lupa untuk mengingati Allah. Aku dengan segera mula memohon keampunan.”
Beliau dibesarkan di rumah bapa saudaranya, Ibrahim ash-Shashi, iaitu ulama teragung pada zamannya. Beliau mendidiknya dengan sangat baik dan apabila beliau selesai latihannya, bapa saudaranya menghantarnya dari Tashkent ke Samarqand.
Beliau berkata kepada bapa saudaranya, “Setiap kali aku pergi belajar aku berasa sakit.” Beliau menjawab, “Wahai anakku, aku tahu keadaan yang sedang kamu alami sekarang. Jadi aku tidak akan memaksa kamu melakukan apa-apa. Lakukan apa yang kamu suka. Kamu bebas.”
Beliau menceritakan:
“Pada suatu hari semasa dalam keadaan itu, aku pergi menziarahi makam Shaykh Abi Bakr al-Kaffal. Aku mengambil masa sebentar untuk tidur ayam (nap) dan aku mendapat satu mukasyafah. Aku melihat Isa (s) di dalam mukasyafah itu. Aku bergegas sujud dan mencium kakinya. Baginda mengangkat kepalaku dan berkata, ‘Wahai anakku, jangan bersedih, aku mengambil tanggungjawab untuk mendidikmu dan mengajarmu.’ Mukasyafah itu pun tamat. Aku menceritakan mukasyafah itu kepada ramai orang. Salah seorang daripada mereka adalah pakar dalam takbir mimpi (penafsiran keadaan kerohanian). Beliau menjelaskannya begini: ‘Kamu akan menjadi sangat tinggi dalam sains perubatan.’ Aku tidak menyukai penjelasannya. Aku berkata kepadanya, ‘Aku lebih tahu apa yang diwakili oleh mukasyafah itu: Isa, Selawat dan Salam Allah ke atas baginda, dalam ilmu kerohanian, melambangkan keadaan Orang-orang yang Hidup. Sesiapa sahaja yang mencapai keadaan itu di kalangan para wali akan diberi gelaran Isawi, yang bermaksud Orang Hidup. Allah menyebutkan di dalam Al-Quran sepotong ayat yang menggambarkan mereka, bal ahya’un ‘inda rabbihim yurzaqun (“Sebenarnya, mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka, dikurniakan rezeki”) [3:169]. Memandangkan baginda berjanji untuk mendidikku dalam susur galur itu, ia bermaksud aku akan mencapai keadaan Berhati Hidup. Tidak lama selepas itu aku menerima keadaan tersebut daripada Isa (s) di dalam hatiku.”
“Aku melihat Nabi, Muhammad (s), dalam satu mukasyafah yang besar. Baginda diiringi oleh orang ramai yang sangat ramai, berdiri di kaki sebuah gunung. Baginda memandangku dan berkata, ‘Wahai Ubaydullah, angkat gunung ini dan bawa ia naik ke gunung satu lagi.’ Aku tahu bahawa tiada siapa yang boleh memikul sebuah gunung, tetapi ia adalah perintah langsung daripada Nabi (s). Aku mengangkat gunung itu dan membawanya ke tempat yang diminta oleh baginda. Kemudian Nabi (s) memandangku dan berkata, ‘Aku tahu bahawa kuasa ini ada di dalam dirimu. Aku mahu orang ramai mengetahuinya dan melihat kuasa yang sedang kamu pikul.’ Daripada ini aku tahu bahawa aku akan menjadi perantara untuk membimbing sebilangan besar orang ramai ke Jalan ini.”
“Pada suatu malam aku melihat Shah Naqshband (q) datang kepadaku dan bekerja ke atas keadaan batiniku. Apabila baginda pergi, aku mengikutinya. Baginda berhenti dan memandangku. Baginda berkata, ‘Semoga Allah memberkatimu anakku. Kamu akan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi.'”
“Aku mengikuti Qutb (Paksi Kerohanian) Nizamuddin al-Khamush di Samarqand. Kemudian aku pergi ke Bukhara, ketika umurku 22 tahun, di mana aku menemui Ahli Makrifat yang agung, Shaykh Sirajuddin al-Birmisi. Beliau tinggal empat batu dari Bukhara. Apabila aku menziarahinya beliau memandangku dengan tajam dan beliau mahu aku tinggal bersamanya. Tetapi hatiku menyuruhku mengembara ke Bukhara. Aku hanya tinggal bersamanya sebentar sahaja. Beliau biasa bekerja pada siang hari membuat periuk tanah dan pada waktu malam beliau biasa duduk di bilik solatnya, di atas lantai. Selepas menyempurnakan solat Isyak, beliau akan duduk sehingga Fajr. Aku tidak pernah melihatnya tidur pada siang hari atau malam hari. Aku tinggal bersamanya selama tujuh hari, dan tidak sekali pun aku melihatnya tidur. Beliau adalah salah seorang yang paling maju dalam ilmu zahir dan batin.”
“Kemudian aku berpindah ke Bukhara, di mana aku mendampingi Shaykh Hamiduddin ash-Shashi dan Shaykh Alauddin al-Ghujdawani. Mereka adalah di kalangan pengikut Shah Naqshband, Alauddin al-Attar dan Yaqub al-Charkhi. Shaykh Alauddin al-Ghujdawani kadangkala hilang sepenuhnya semasa memberi kuliah, dan kemudian beliau muncul semula. Beliau mempunyai cara penyampaian yang sangat cemerlang. Beliau tidak pernah berhenti berzikir dan berjuang melawan egonya. Aku menemuinya ketika umurnya 90 tahun dan aku sering mendampingi majlisnya. Pada suatu hari aku pergi berjalan-jalan ke makam Shah Naqshband. Apabila aku kembali aku melihat Shaykh Alauddin al-Ghujdawani datang separuh jalan untuk menemuiku. Beliau berkata, ‘Aku rasa adalah lebih baik jika kamu tinggal bersama kami malam ini.’ Kami solat Isyak, beliau menghidangkan makan malam untukku, dan kemudian beliau berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, mari kita hidupkan malam ini.’ Beliau duduk bersila dan aku duduk di belakangnya. Beliau berada dalam meditasi dan zikir yang sempurna dan beliau tidak pernah bergerak ke kanan atau ke kiri. Aku tahu melalui ilmu kerohanian bahawa seseorang dalam keadaan itu pastinya berada dalam Kehadiran dan Mukasyafah Ilahi yang sempurna. Aku terkejut kerana pada usianya 90 tahun, beliau tidak berasa penat. Aku sendiri, menjelang tengah malam, mula berasa letih. Jadi aku mula membuat bunyi kecil, berharap beliau akan memberi keizinan kepadaku untuk berhenti. Beliau tidak menghiraukanku. Kemudian aku berdiri untuk menarik perhatiannya, tetapi beliau tetap tidak menghiraukanku. Kemudian aku berasa malu dan aku kembali ke tempatku lalu duduk semula. Pada masa itu aku mengalami mukasyafah di mana beliau mencurahkan ke dalam hatiku rahsia Ilmu Keteguhan dan Kestabilan (at-tamkin). Sejak dari masa itu, aku merasakan bahawa apa jua kesukaran yang datang menimpaku, aku akan mampu memikulnya tanpa sebarang gangguan. Aku sedar bahawa Tarikat ini diasaskan sepenuhnya atas sokongan Syeikh kepada murid. Beliau mengajar aku satu pengajaran bahawa seseorang mesti berjuang untuk tetap teguh dan stabil dalam zikir, kerana apa sahaja yang kamu perolehi dengan mudah, tanpa kesukaran, tidak akan kekal bersamamu. Walau bagaimanapun, apa sahaja yang kamu perolehi dengan titik peluh usahamu, akan kekal bersamamu.”
“Pada suatu hari aku pergi menziarahi Shaykh Sayyid Qassim at-Tabrizi di Herat. Di sana aku mengamalkan cara hidup zuhud meninggalkan segala hal duniawi. Apabila beliau makan beliau akan memberikannya baki makanannya kepadaku, dan aku akan memakannya tanpa berkata apa-apa. Pada suatu hari beliau memandangku dan berkata, ‘Kamu akan menjadi sangat kaya. Aku meramalkan ini untukmu.’ Pada masa itu aku tidak mempunyai apa-apa. Apabila aku kembali ke negaraku, aku seorang petani. Aku mempunyai satu ekar tanah di mana aku memelihara beberapa ekor lembu. Dalam masa yang sangat singkat ramalannya menjadi kenyataan dan tanahku bertambah sehinggalah aku mempunyai banyak ladang dan kawanan ternakan lembu. Semua kekayaan ini tidak menjejaskan hatiku. Aku mendedahkan kesemuanya semata-mata demi Allah.”
Kelebihan Khidmat
Sifat budi bicaranya secara rahsia mahupun terbuka menandakan jalannya. Beliau berkata:
“Pada suatu hari aku pergi ke sekolah Qutb ad-Din as-Sadr di Samar. Aku mendapati di sana empat orang yang mengalami demam panas yang sangat tinggi. Aku mula berkhidmat kepada mereka, membersihkan pakaian mereka dan menyuapkan makanan kepada mereka, sehinggakan aku juga dijangkiti demam yang sama. Ini tidak menghalangku daripada berkhidmat kepada mereka. Demam di dalam diriku semakin meningkat dan meningkat sehinggakan aku merasakan aku akan mati. Aku membuat satu sumpah kepada diriku, ‘Biarkan aku mati, tetapi biarkan empat orang ini dilayan.’ Aku terus berkhidmat kepada mereka. Keesokan harinya aku mendapati diriku sembuh sepenuhnya, manakala mereka masih lagi sakit.”
Beliau berkata:
“Membantu dan berkhidmat kepada manusia, dalam kefahaman Jalan ini, adalah lebih baik daripada Zikir dan meditasi. Sesetengah orang berfikir bahawa melakukan solat-solat Sunat adalah lebih baik daripada berkhidmat dan membantu mereka yang memerlukan. Walau bagaimanapun, pandangan kami adalah, menjaga manusia dan membantu mereka serta menunjukkan kasih sayang kepada mereka adalah lebih baik daripada apa jua pun.”
Berhubung perkara ini, Shah Naqshband (q) biasa berkata, “Kami suka berkhidmat, bukan untuk dilayani. Apabila kami berkhidmat, Allah redha dengan kami, dan ini membawa lebih banyak tarikan ke dalam Kehadiran Ilahi dan Allah membuka keadaan itu dengan lebih luas lagi untuk kami. Walau bagaimanapun, untuk dilayani, membawa kebanggaan dan kelemahan kepada hati serta menyebabkan kita surut dari Kehadiran Ilahi.”
Sheikh Ubaydullah (q) berkata:
“Aku tidak mengambil tarikat ini daripada kitab-kitab, tetapi aku menempuh tarikat ini melalui khidmat kepada manusia.” “Setiap orang memasuki melalui pintu yang berbeza; aku memasuki Perintah Kerohanian ini melalui pintu khidmat.”
Beliau amat tegas dalam menjaga adab (right conduct) bagi kelakuan zahir dan batin, dalam khalwatnya mahupun di kalangan orang ramai. Abu Said al-Awbahi berkata, “Aku mendampinginya selama 35 tahun dan bersamanya secara berterusan. Sepanjang tempoh itu aku tidak pernah melihatnya mengeluarkan kulit atau biji buah daripada mulutnya, agar tidak membuka mulutnya ketika ada makanan di dalamnya. Apabila beliau mengantuk beliau tidak pernah menguap. Aku tidak pernah melihatnya meludah. Aku tidak pernah melihatnya melakukan sesuatu yang boleh meloyakan orang ramai. Aku bahkan tidak pernah melihatnya duduk bersila. Beliau hanya duduk di atas lututnya dalam adab terpuji yang sempurna.”
Daripada Ucapan Mukjizat Baginda Mengenai Al-Quran Al-Azim
Beliau berkata:
“Aku akan memberitahu kamu satu rahsia daripada pelbagai rahsia Alhamdulillah Rabbil-‘Alamin (Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam) [1:2]. Pujian yang sempurna adalah bagi Allah daripada Allah. Kesempurnaan pujian adalah apabila hamba yang memuji-Nya tahu bahawa dirinya adalah bukan apa-apa. Hamba itu mesti tahu bahawa dirinya kosong sepenuhnya, tiada tubuh atau bentuk yang wujud untuknya, tiada nama dan tiada perbuatan yang menjadi haknya, tetapi dia berasa gembira kerana Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa, menjadikan Sifat-Sifat-Nya zahir pada dirinya.”
“Apakah maksud firman Allah dalam Al-Quran, wa qaleelun min ‘ibadi ash-shakur (‘Dan sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang bersyukur’)? Hamba yang benar-benar ‘bersyukur’ adalah orang yang dapat melihat Pemberi kurniaan kepada umat manusia.”
“Apakah maksud ayat, fagrid ‘an man tawalla ‘an dhikrina (‘Maka berpalinglah daripada sesiapa yang berpaling daripada Peringatan Kami’)? Ia menunjukkan bahawa bagi sesiapa yang berada dalam kontemplasi mendalam Kehadiran Ilahi kita, dan telah mencapai stesen tidak melihat apa-apa selain Kami, tiada keperluan untuk amal-amal peringatan (zikir). Jika dia berada dalam keadaan mukasyafah yang sempurna, jangan arahkan dia membaca zikir kerana ia boleh menyebabkan kesejukan di dalam hatinya. Semasa beliau benar-benar sibuk dengan keadaannya dalam mukasyafah, apa sahaja yang lain adalah gangguan dan mungkin memutuskan keadaan tersebut.”
“Muhyiddin Ibn Arabi berkata, berkenaan perkara ini: ‘Dengan Zikrullah, Mengingati Allah, dosa-dosa bertambah, dan mukasyafah serta hati akan berhijab. Meninggalkan Zikir adalah keadaan yang lebih baik kerana matahari tidak pernah terbenam.’ Maksud beliau di sini ialah apabila Ahli Makrifat berada dalam Kehadiran Ilahi dan dalam keadaan Mukasyafah Mutlak terhadap Keesaan Allah, pada masa itu segala-galanya binasa di dalam Allah. Bagi beliau zikir akan menjadi satu gangguan. Ahli Makrifat wujud di dalam Wujud-Nya dan zahir di dalam Penzahiran-Nya. Beliau berada dalam keadaan Kebinasaan di dalam Kehadiran Ilahi, manakala dalam Zikrullah beliau akan berada dalam keadaan ketiadaan, berhajat mengingatkan dirinya bahawa Allah ada di situ.”
“Apakah maksud ayat, kunu ma’a-s-sadiqin (‘Hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar’) [9:119]? Ini bermaksud menjaga persahabatan zahir dan batin mereka. Pencari boleh duduk dalam persahabatan fizikal Ahli Kebenaran, memerhati mereka, mendengar mereka dan Allah akan mencerahkan hatinya dan akan mengajar beliau menjadi seperti mereka. Untuk menjaga persahabatan kerohanian Ahli Kebenaran, pencari mesti mengarahkan hatinya ke arah hati rohani mereka. Pencari mesti menjaga persahabatan mereka sentiasa di dalam hatinya sehinggalah mereka memantulkan segala rahsia dan stesen mereka kepadanya. Dia tidak boleh memalingkan mukanya kepada apa sahaja di dunia ini melainkan kepada master yang akan membawanya ke Kehadiran Allah.” “Cintai dan ikutilah para Pencinta. Kemudian kamu akan menjadi seperti mereka dan cinta mereka akan memantul kepadamu.”
Mereka bertanya kepadanya tentang zikir dengan LA ILAHA ILLALLAH. Beliau berkata:
“Sesetengah Master berkata, LA ILAHA ILLALLAH adalah zikir Golongan Awam dan ALLAH adalah zikir Golongan Terpilih (al-Khawas), dan HUWA adalah zikir Golongan Terpilih kepada Golongan Terpilih. Tetapi bagi ku LA ILAHA ILLALLAH adalah zikir Golongan Terpilih kepada Golongan Terpilih, kerana ia tiada kesudahan. Sepertimana Allah adalah Pencipta pada setiap detik, maka pada setiap detik ilmu bertambah bagi Ahli Makrifat. Bagi Ahli Makrifat, keadaan lampaunya adalah tiada apa-apa sebaik sahaja beliau memasuki keadaan baharu yang lebih tinggi. Ahli Makrifat menafikan satu keadaan apabila beliau membuangnya dan mengiyakan keadaan baharu apabila beliau memasukinya. Inilah penzahiran LA ILAHA ILLALLAH pada hamba Allah.”
“Apakah maksud ayat Ya ayyuha-l-ladheena amanu, aminu (‘Wahai orang-orang yang beriman, Berimanlah!’) [4:136] ialah, ‘Wahai orang-orang yang beriman, kamu adalah selamat. Kamu selamat kerana kamu telah menghubungkan hatimu dengan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa, dan sesiapa sahaja yang menghubungkan hatinya dengan Allah dijamin keselamatan.'”
Mengenai ayat, limani-l-mulku-l-yawm, lillahi-l-Wahidi-l-Qahhar (‘kepunyaan siapakah Kerajaan pada hari ini? Kepunyaan Allah, Yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa’), beliau berkata:
“Ayat ini mempunyai banyak penjelasan, tetapi kuncinya adalah memahami bahawa kerajaan yang dimaksudkan ialah Hati Pencari. Jika Allah memandang ke hati pencari dengan cahaya Mukasyafah-Nya maka Dia melenyapkan wujud segala-galanya melainkan Allah di dalam hatinya. Itulah yang menyebabkan Bayazid berkata subhanee ma adhama sha’nee (‘Maha Suci Aku atas keagungan urusanku!’) dan Hallaj berkata ana-l-haqq (‘Akulah Tuhan’). Dalam keadaan itu hati sedang bertutur, hati yang daripadanya Allah telah melenyapkan segala-galanya melainkan Diri-Nya sendiri.”
“Apakah maksud ayat kullu yawmin Huwa fi sha’n (‘Setiap hari (detik) Dia menzahirkan Diri-Nya dalam pelbagai cara yang mengagumkan’)? Ayat ini berkaitan dengan dua aspek Kekekalan selepas Kebinasaan (Subsistence after Annihilation).”
“Pertama, pencari, selepas beliau menyedari Kebenaran melalui hatinya dan kukuh menetap dalam mukasyafahnya terhadap Zat Keesaan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa, kembali dari stesen Lenyap Diri ke stesen Kehadiran Sempurna. Panca inderanya menjadi tempat penzahiran Nama-nama dan Perbuatan Allah. Beliau mendapati pada dirinya kesan-kesan Sifat Surgawi dan Sifat Duniawi. Beliau kini mampu membezakan antara dua peringkat sifat yang berbeza, dan mampu memperoleh manfaat daripada setiap Sifat dan Ilmu.”
“Makna kedua ayat itu ialah pengembara kerohanian mendapati pada dirinya, pada setiap detik dan pada setiap zarah masa yang kecil, Kesan daripada Zat Keesaan Allah, yang tidak boleh ditemui di luar Keadaan Kebinasaan dalam Mukasyafah Yang Esa. Dari satu pecahan detik ke detik yang lain, beliau akan memvisualisasikan Bahagian-bahagian Keadaan Zat Keesaan Ilahi, dan memahami ‘keterkaitan’ segala sesuatu dalam Keesaan Ilahi. Keterkaitan ini berbeza dari segi warna dan kesan ke atas seseorang, kerana ia akan dibezakan mengikut masa ia muncul. Keadaan ini adalah keadaan yang sangat jarang berlaku dan sedikit sahaja para wali yang mencapainya. Segelintir kecil dalam setiap abad yang mencapainya berada dalam keadaan kemuliaan yang besar, dan mereka memerhatikan makna ayat, kullu yawmin Huwa fi sha’n.”
“Apakah maksud hadis, ‘Tutupless semua pintu yang mengadap ke masjidku melainkan pintu Abu Bakr’? Abu Bakr as-Siddiq (r) wujud dalam keadaan cinta yang sempurna terhadap Nabi (s). Semua pintu kepada Nabi (s) ditutup melainkan pintu cinta, seperti yang diwakili oleh pintu terbuka Abu Bakr as-Siddiq. Jalan Master Tarikat Naqshbandi dihubungkan melalui Abu Bakr As-Siddiq kepada Nabi (s). Cinta kepada Master membawa pencari ke pintu Abu Bakr yang membimbingnya kepada cinta Nabi, dan daripada cinta Nabi kepada cinta Allah Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.”
Maksud as-Siddiq
“Jika seorang Wali yang Benar (Siddiq) yang sedang maju dalam Jalan Allah, lalai seketika, dia kehilangan dalam saat itu lebih banyak daripada pencapaian seribu tahun. Tarikat kita ialah Jalan di mana semua keadaan digandakan dengan cepat pada setiap detik. Satu saat mungkin digandakan nilainya menyamai seribu tahun.”
“Terdapat sekumpulan pengikutku yang dilaporkan kepada khalifah sebagai golongan munafik. Beliau dinasihatkan, jika kamu membunuh mereka kamu akan diberi pahala, kerana manusia akan selamat daripada kesesatan mereka. Apabila mereka dibawa ke hadapan khalifah, beliau mengarahkan agar mereka dibunuh. Algojo mendekati untuk membunuh orang pertama. Sahabatnya melaungkan dan berkata, ‘Tinggalkan dia dan bunuh daku dahulu.’ Apabila algojo mendekati orang kedua, orang ketiga pula memanggilnya dan berkata, ‘Bunuh daku dahulu.’ Ini berulang untuk kesemua empat orang itu.”
“Algojo sangat terkejut. Beliau bertanya, ‘Kamu dari kumpulan mana? Nampaknya kamu suka mati.’ Mereka berkata, ‘Kami adalah kumpulan yang mengutamakan orang lain berbanding diri kami sendiri. Kami telah mencapai stesen di mana bagi setiap amal perbuatan yang kami lakukan, pahala kami digandakan dan ilmu kerohanian kami ditambahkan. Setiap daripada kami berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan kepada orang lain, walaupun seketika, agar diangkat lebih tinggi dan lebih tinggi di sisi Allah.’ Algojo mula menggigil dan tidak dapat meragut nyawa mereka. Beliau pergi kepada Khalifah dan menjelaskan keadaan mereka. Khalifah dengan segera membebaskan mereka dan berkata, ‘Jika ini adalah golongan munafik, maka tiada lagi Ahli Kebenaran (Siddiq) yang tinggal di muka bumi ini.'”
Adab Syeikh dan Murid
Beliau berkata, “Tasawuf menuntut agar kamu memikul beban setiap orang dan tidak meletakkan bebanmu kepada sesiapa pun.”
Seorang Shaykh agung menulis surat kepadanya dan berkata, “Jika anda ingin mendidik mana-mana murid anda, sila hantarkan seorang kepada saya dan saya akan mengajarnya.” Beliau menjawab, “Saya tidak mempunyai sebarang murid, tetapi jika anda memerlukan seorang Shaykh, saya mempunyai ramai.”
Beliau berkata:
“Waktu terbaik dalam sehari ialah satu jam selepas solat Asar. Pada masa itu murid mesti membuat kemajuan dalam ibadahnya. Salah satu bentuk ibadah terbaik pada masa ini ialah duduk menilai amal perbuatan hari itu. Jika pencari mendapati apa yang dilakukannya adalah baik, dia mesti memuji Allah. Jika dia mendapati apa jua yang salah dia mesti memohon keampunan.”
“Salah satu amal perbuatan terbaik ialah mengikut Shaykh yang sempurna. Mengikutinya dan mendampingi majlisnya akan membolehkan pencari mencapai Kehadiran Ilahi Allah, ‘Azza wa Jall.”
“Mendampingi orang daripada pelbagai mentaliti menyebabkan manusia jatuh ke dalam perbalahan.”
“Pada suatu hari Bayazid al-Bistami (r) sedang duduk dalam perhimpunan dan beliau mendapati perbalahan di kalangan kumpulan itu. Beliau berkata, ‘Telitilah dengan teliti di kalangan kamu. Adakah sesiapa di sini yang bukan dari kalangan kita?’ Mereka melihat dan tidak menemui sesiapa pun. Beliau berkata, ‘Teliti sekali lagi kerana ada seseorang yang bukan dari kalangan kita.’ Mereka melihat sekali lagi dan menemui tongkat jalan milik seseorang yang bukan daripada kumpulan itu. Beliau berkata, ‘Campakkan ia cepat-cepat, kerana ia memantulkan pemiliknya, dan pantulan itu menyebabkan perbalahan.'”
“Pada suatu hari seorang Sufi datang ke perhimpunan ulama, Mawlana Zainuddin at-Tibabi. Sufi itu ditanya, ‘Siapakah yang lebih kamu cintai, Shaykh kamu atau Imam Abu Hanifa?’ Beliau menjawab, ‘Untuk masa yang lama, aku mengikut Jalan Imam Abu Hanifa dengan sangat berhati-hati. Namun selama bertahun-tahun itu akhlak buruk yang ada di dalam hatiku tidak mahu meninggalkan daku. Selepas aku mengikut Shaykhku hanya selama beberapa hari, semua akhlak burukku disingkirkan. Jadi bagaimana mungkin aku mencintai Imam lebih daripada Shaykhtku walaupun aku tetap memberikan penghormatan penuh kepada Imam Abu Hanifa?'”
“Shaykh mesti muncul di hadapan murid-muridnya dengan berpakaian pakaian terbaik serta kelihatan kacak dan kemas. Melalui rabitah (hubungan hati) itulah murid-murid berhubung dengan Shaykh. Jika beliau comot atau tidak terurus, ia akan menyukarkan murid-murid mengekalkan kualiti rabitah mereka. Atas sebab itulah Nabi (s) mengarahkan para pengikutnya menyikat rambut mereka dan memakai pakaian terbaik mereka semasa beribadah.”
“Allah mengurniakan kepadaku kuasa yang besar untuk mempengaruhi sesiapa sahaja yang aku suka. Walaupun aku menghantar surat kepada Raja Khata, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, beliau pasti akan datang merangkak bertelanjang kaki kepadaku. Namun aku tidak pernah menggunakan kuasa itu, kerana dalam tarikat ini kehendak mestilah mengikut Kehendak Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.”
Salah seorang pengikut Ubaydullah (q) berkata, “Kami sedang duduk di dalam kehadirannya dan beliau meminta dakwat, kertas dan pen. Beliau menulis banyak nama. Kemudian beliau menulis satu nama di atas kertas yang lain, dan nama itu ialah Abu Said. Beliau mengambil kertas itu dan meletakkannya di dalam serbannya. Kami bertanya kepadanya, ‘Siapakah lelaki yang namanya anda letakkan di dalam serban anda?’ Beliau berkata, ‘Itulah lelaki yang akan diikuti oleh seluruh penduduk Tashkent, Samarqand dan Bukhara.’ Selepas sebulan kami mendengar khabar bahawa Raja Abu Said sedang datang untuk mengambil alih Samarqand. Tiada sesiapa pun pernah mendengar tentangnya sebelum itu.”
Diriwayatkan, “Pada suatu hari Raja Abu Said bermimpi di mana beliau melihat Imam besar Ahmad al-Yasawi, salah seorang khalifah Yusuf al-Hamadani (q), meminta Ubaydullah al-Ahrar (q) membaca al-Fatihah dengan niat agar Allah memberikan sokongan kepada Abu Said. Di dalam mimpi itu Abu Said bertanya, ‘Siapakah Shaykh itu?’, dan dijawab, ‘Ubaydullah al-Ahrar.’ Apabila beliau terjaga, rupa Shaykh itu masih terbayang di mindanya. Beliau memanggil penasihatnya di Tashkent dan bertanya kepadanya, ‘Adakah sesiapa yang bernama Ubaydullah?’ Beliau berkata, ‘Ya.'”
Kemudian Sultan pergi ke Tashkent untuk menemuinya dan baginda mendemuinya di perkampungan Farqa.
“Shaykh keluar untuk menemuinya dan Sultan mengenali baginda serta-merta. Serta-merta hatinya tertarik. Baginda turun dari kuda dan berlari kepada Shaykh, mencium tangan dan kaki baginda. Baginda meminta Shaykh membacakan al-Fatihah untuknya. Shaykh berkata, ‘Wahai anakku, apabila kita memerlukan sesuatu kita membaca Fatihah sekali sahaja dan itu sudah memadai. Kami telah pun melakukannya seperti yang kamu lihat dalam mimpimu.’ Raja terkejut kerana Shaykh mengetahui isi mimpinya. Baginda kemudian memohon keizinan untuk berpindah ke Samarqand dan Shaykh berkata, ‘Jika niatmu adalah untuk menyokong syariat Nabi (s) maka aku bersamamu dan Allah akan menyokongmu.’ Raja berkata, ‘Inilah niatku.’ Shaykh berkata, ‘Apabila kamu melihat musuh datang menyerangmu, bersabarlah dan jangan terus menyerang. Tunggulah sehingga kamu melihat gagak-gagak datang dari belakangmu, kemudian seranglah.’ Apabila ini berlaku dan kedua-dua tentera berdepan antara satu sama lain, Abu Said menunggu sementara tentera Abdullah Mirza yang lebih besar sedang menyerang. Jeneral-jeneral mendesak Abu Said supaya menyerang. Beliau berkata, ‘Tidak. Sehingga kita melihat burung hitam datang, seperti yang diramalkan oleh Shaykhku. Baru kita serang.’ Apabila beliau melihat gagak-gagak datang, beliau mengarahkan tentera menyerang. Kuda Abdullah Mirza terbenam ke dalam lumpur, dan beliau ditangkap serta dipenjarakan. Kemudian Abu Said dapat mengambil alih semua wilayah.”
“Baginda kemudian memanggil Ubaydullah al-Ahrar (q) berpindah ke Tashkent dari Samarqand. Ubaydullah menerima dan berpindah ke sana bersama semua pengikutnya. Beliau menjadi penasihat kepada raja. Selepas beberapa tahun Sultan Abu Said menerima berita bahawa Mirza Babar, anak saudara Abdullah Mirza, sedang bergerak ke arah Khorasan dengan 100,000 pahlawan untuk menuntut bela pak ciknya dan merampas semula kerajaannya. Sultan Abu Said pergi kepada Ubaydullah dan memberitahunya tentang perkara ini, sambil berkata, ‘Kita tidak mempunyai cukup tentera.’ Ahrar berkata, ‘Jangan risau. Seorang diri aku sudah cukup untuk menghadapi kesemua 100,000 tentera itu.'”
Keesokan harinya wabak penyakit menyerang tentera Sultan Mirza Babar, menyebabkan mereka mati beribu-ribu orang. Sultan Mirza Babar membuat perjanjian damai dengan Abu Said. Kemudian Mirza Babar meninggalkan Samarqand dalam keadaan kalah bersama baki tenteranya.
Shaykh Ubaydullah (q) wafat selepas solat Isyak pada hari Sabtu, 12 Rabiulawal, 895 Hijrah / 1489 Masihi, di bandar Kaman Kashan, di Samarqand. Beliau meninggalkan banyak karangan kitab termasuk Anas as-Salikin fit-Tasawwuf, dan al-Urwatu-l-wuthqa li Arbaba-l-I’tiqad. Beliau membina sebuah sekolah dan masjid besar yang masih digunakan sehingga hari ini.
Anaknya Muhammad Yahya dan ramai orang yang hadir semasa kewafatannya melihat satu cahaya yang sangat gemilang bersinar dari matanya sehinggakan ia membuatkan nyalaan lilin kelihatan malap. Seluruh Samarqand, termasuk sultan, berasa bergoncang dan berdukacita atas pemergiannya. Sultan Ahmad datang bersama seluruh tenteranya ke majlis pengebumian. Sultan sendiri memikul kerandanya ke tempat berehat terakhir di dunia yang fana ini.
Beliau menurunkan rahsianya kepada Shaykh Muhammad az-Zahid al-Qadi as-Samarqandi (q).
