Shaykh Yaqub al-Charkhi
Semoga Allah Mensucikan Rohnya
“Aku telah mengenal Allah dan aku tidak melihat selain-Nya
Sehinggakan ‘Yang Lain’ di dalam diriku tertutup rapat.
Sejak aku menyedari keesaan, aku tidak lagi takutkan perpisahan;
Hari ini aku telah tiba dan aku bersatu.”
— Anonim.
Ulama bagi Para Wali dan Wali bagi Para Ulama
Beliau muncul di kalangan manusia dengan mengenakan dua ilmu, iaitu ilmu zahir dan ilmu batin. Kelakuan dan akhlak beliau begitu halus sehingga beliau memantulkan sifat-sifat Allah kepada semua orang. Beliau menghidupkan kerohanian di dalam Syariat dan beliau menghidupkan Syariat (shari’a) di dalam kerohanian. Manusia mengikutinya kerana jalannya adalah yang terbaik, kerana beliau telah mewarisi Ilmu Ghaib daripada Nabi (s).
Beliau dilahirkan di bandar Jarkh, kawasan pinggir Garnin, di antara dua bandar Kandahar dan Kabul, di Transoxiana. Pada masa mudanya beliau pergi ke bandar Herat untuk mendidik dirinya. Beliau kemudian pergi ke Mesir di mana beliau mempelajari sains syariat dan logik. Beliau menghafal Al-Quran serta 500,000 hadis, kedua-duanya yang sahih dan yang palsu. Salah seorang gurunya ialah Shihabuddin ash-Shirawani, yang dikenali sebagai Ensiklopedia Zaman. Beliau meneruskan pendidikannya sehingga mencapai peringkat di mana beliau boleh memberi fatwa (keputusan hukum) mengenai apa sahaja perkara yang dihadapi oleh umat Islam. Beliau adalah seorang mujtahid mutlaq (berkeupayaan melakukan ijtihad bebas) dalam dua ilmu, zahir dan batin. Beliau pulang ke negaranya dan mengikuti Baha’uddin Naqshband (q) kemudian Alauddin al-Attar (q) untuk mendidik dirinya dalam ilmu batin.
Mengenai gurunya dalam Ilmu Kerohanian, beliau berkata:
“Aku ikhlas dan setia dalam cintaku kepada Shaykh Baha’uddin sebelum aku mengenalnya lagi. Apabila aku mendapat keizinan (ijaza) untuk menjadi seorang mujtahid mutlaq dan memberi fatwa, aku pulang ke negaraku dan pergi menziarahinya serta memberikan penghormatanku. Aku berkata kepadanya, dengan penuh kerendahan diri dan ketaatan, ‘Tolonglah sentiasa mengekalkan daku dalam Zat Mukasyafahmu.’ Baginda berkata, ‘Kamu datang kepadaku dalam perjalanan pulang ke negaramu di Jarkh?’ Aku berkata kepadanya, ‘Aku mencintaimu dan aku adalah hamba-Mu kerana engkau mempunyai ketenaran yang paling agung dan engkau diterima oleh semua orang.’ Baginda berkata, ‘Itu bukanlah alasan yang cukup bagus untuk aku menerimamu.’ Kemudian aku menjawab, ‘Wahai Syeikhku, Nabi (s) bersabda dalam hadis sahihnya, “Jika Allah mencintai seseorang, Dia akan mempengaruhi hati manusia untuk mencintai orang itu juga.”‘ Kemudian Baha’uddin tersenyum dan berkata, ‘Akulah pewaris kerohanian ‘Azizan. Apa yang kamu katakan itu benar.’ Apabila baginda mengucapkan ungkapan ini aku sangat terkejut, kerana aku pernah mendengar dalam mimpi satu bulan sebelumnya, satu suara berkata kepadaku ‘Jadilah murid kepada ‘Azizan.’ Pada masa itu aku tidak tahu siapakah ‘Azizan itu. Tetapi baginda menyebut perkataan itu seolah-olah baginda sedar tentang mimpi tersebut. Kemudian aku memohon izinnya untuk beredar. Baginda berkata, ‘Kamu boleh pergi, tetapi biarkan aku memberimu satu hadiah yang dengannya kamu akan mengingatkanku.’ Baginda memberikannya serbannya. Baginda berkata, ‘Apabila kamu melihat ini atau menggunakannya kamu akan mengingatkanku, dan apabila kamu mengingatkanku kamu akan menemui daku dan apabila kamu menemui daku kamu akan menemui Jalanmu kepada Allah.'” — [Shaykh Yaqub al-Charkhi]
“Baginda memberitahu aku, ‘Dalam perjalanan pulang ke negaramu di Balkh, jika kamu menemui Mawlana Tajuddin al-Kawlaki, jaga hatimu daripada bergosip di hadapannya kerana beliau adalah seorang wali yang agung dan beliau akan menegurmu.’ Aku berkata kepada diriku, ‘Aku hendak pulang ke Herat melalui jalan Balkh, tetapi aku tidak melalui Kawlak, tempat Mawlana Tajuddin tinggal. Jadi aku rasa aku tidak akan menemuinya.’ Tetapi di tengah jalan satu peristiwa berlaku kepada kafilah yang aku naiki dan memaksa kami melalui jalan Kawlak. Aku teringat kata-kata Shaykh Bahauddin, ‘Jika kamu melalui Kawlak, maka ziarahilah Shaykh Tajuddin al-Kawlaki.’ Terlintas di hatiku bahawa Shaykh Bahauddin telah menyebabkan peristiwa itu berlaku supaya aku pergi menziarahi Syeikh tersebut. Apabila kami tiba di Kawlak, hari sangat gelap, tiada bintang di langit. Aku pergi ke masjid untuk bertanya tentang Mawlana Tajuddin Kawlaki. Seseorang datang kepadaku dari sebalik tiang dan berkata kepadaku, ‘Adakah anda Yaqub al-Charkhi?’ Aku terpegun. Beliau berkata, ‘Jangan terkejut. Aku mengenali anda sebelum anda tiba di sini. Syeikhku, Shaykh Bahauddin, menghantarku untuk membawa anda kepada Shaykh Tajuddin al-Kawlaki.’ Dalam perjalanan untuk menemuinya, kami menemui seorang orang tua, yang berkata, ‘Wahai anakku, jalan kami penuh dengan kejutan. Sesiapa yang memasukinya tidak dapat memahaminya. Pencari mesti meninggalkan akalnya di belakang.’ Kami kemudian memasuki kehadiran Mawlana Tajuddin dan adalah sangat sukar untuk mengekalkan hatiku daripada sebarang gosip. Mawlana Tajuddin memberikannya secebis ilmu kerohanian yang dimilikinya dan yang tidak pernah aku dengar sebelum ini. Segala apa yang telah aku pelajari adalah bukan apa-apa berbanding ilmu ini. Aku sangat gembira dengan Syeikhku, Shaykh Bahauddin, dan cara baginda mengatur pertemuan aku dengan Mawlana Tajuddin, sehinggakan cintaku kepadanya meningkat dengan amat ketara.”
“Selepas aku tiba di negaraku, dari semasa ke semasa, aku akan pergi ke Bukhara menziarahi Shaykh Bahauddin. Di Bukhara terdapat seorang majdhub, seorang yang hilang dalam Cinta Ilahi, yang sangat terkenal dan sering diziarahi orang ramai untuk mendapatkan keberkatan. Pada suatu hari apabila aku berniat menziarahi Shaykh Bahauddin, aku memutuskan untuk melalui orang itu dan melihat apa yang akan dikatakannya. Apabila beliau melihatku beliau memberitahu aku, ‘Cepatlah pergi ke destinasi kamu dan jangan berhenti. Apa yang telah kamu putuskan adalah yang terbaik.’ Beliau mula melakar banyak garisan di atas debu. Terlintas di hatiku untuk mengira garisan-garisan ini. Jika bilangan garisan itu ganjil maka ia menunjukkan petanda yang baik bagiku, kerana Nabi (s) bersabda, ‘Allah itu Maha Esa dan Dia menyukai nombor ganjil.’ Aku mengira garisan-garisan itu dan mendapati bilangannya adalah ganjil. Ia menggembirakan hatiku. Aku pergi menziarahi Shaykh Bahauddin dan memohon agar baginda memberikannya bai’ah (initiation) dan mengajar aku zikir. Maka baginda mengajar aku stesen Kesedaran Bilangan, wuquf ‘adadi, dan baginda memberitahu aku, seolah-olah baginda bersamaku ketika aku menemui majdhub itu, ‘Wahai anakku, sentiasalah berpegang pada nombor ganjil, persis seperti yang kamu inginkan bilangan garisan itu menjadi ganjil, dan ia memberi kamu petanda, maka kekalkan kesedaran itu apabila kamu berzikir.'” — [Shaykh Yaqub al-Charkhi]
“Aku begitu tenggelam dalam pancuran cahaya dan cinta iaitu Syeikhku, sehinggakan aku sering menziarahinya dan cinta kepadanya semakin bertambah di dalam hatiku. Pada suatu hari aku membuka Al-Quran pada ayat, ula’ik alladheena hada-l-Lahu fa bi hudahum uqtadih (‘Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka’). Aku sangat gembira membaca ayat tersebut. Pada masa itu aku tinggal di sebuah bandar bernama Fatahabad. Pada penghujung hari aku memutuskan untuk menziarahi masjid dan makam Shaykh al-Bakharazi. Dalam perjalananku, satu fikiran terlintas di hatiku, yang mengecewakanku, jadi aku memutuskan untuk menziarahi Shaykh Bahauddin sebaliknya. Apabila aku memasuki kehadirannya, seolah-olah baginda sedang menungguku. Baginda merenung ke dalam mataku dan kemudian berkata, ‘Waktu solat telah tiba dan selepas itu kita akan berbicara.’ Selepas solat baginda berkata, ‘Pandanglah daku.’ Aku melihat di wajahnya satu mukasyafah yang megah, yang membuatkan hatiku bergoncang. Aku menutup mulutku dan baginda berkata kepadaku, ‘Ilmu terbahagi kepada dua jenis: ilmu hati, dan inilah ilmu yang bermanfaat dan ia adalah ilmu para Nabi dan Rasul; dan ilmu lidah, ilmu zahir, dan ini adalah, seperti semua pengajaran yang boleh dilihat dan didengar, Hujah Allah kepada Makhluk-Nya. Aku berharap Allah akan mengurniakan kepadamu keberuntungan yang baik dalam Ilmu Batin. Dan ia datang melalui hadis: ‘Jika kamu duduk dengan Ahli Kebenaran, duduklah bersama mereka dengan hati yang benar, kerana mereka adalah pengintip hati. Mereka boleh masuk dan melihat apa yang berada di dalam hatimu.'” — [Shaykh Yaqub al-Charkhi]
Baginda menyambung:
“Aku telah diarahkan oleh Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa, dan oleh Nabi (s), serta oleh Syeikhku, supaya tidak menerima sesiapa pun dalam jalanku melainkan Allah, Nabi dan para Syeikhku menerima orang itu. Jadi aku akan melihat malam ini sama ada kamu diterima. Ini adalah hari yang paling sukar dalam hidupku. Aku merasakan aku akan cair akibat ketakutan bahawa mereka tidak akan menerimaku di Jalan ini. Aku solat Fajr di belakangnya dan aku sangat ketakutan. Apabila baginda merenung ke dalam hatiku segala-galanya lenyap dan baginda kelihatan di mana-mana. Aku mendengar suaranya berkata, ‘Semoga Allah memberkatimu. Dia menerimamu dan aku menerimamu.’ Kemudian baginda mula membaca nama-nama Master Rantaian Emas dari Nabi kepada Abu Bakr, Salman, Qassim, Ja’far, Tayfar, Abul Hassan, Abu Ali, Yusuf, Abul Abbas, Abdul Khaliq. Setiap Syeikh yang disebutkannya muncul di hadapannya. Apabila baginda menyebut Abdul Khaliq baginda berhenti dan Abdul Khaliq muncul di hadapanku. Baginda berkata, ‘Serahkan dia kepadaku sekarang,’ dan baginda mengajar aku lebih banyak ilmu tentang wuquf al-‘adadi, Sains nombor. Baginda memberitahu aku ilmu itu datang kepadanya melalui Khidr (s). Kemudian Syeikhku menyambung bacaan silsilah (rantai), ‘Arif Mahmoud, Ali Ramitani, Muhammad Baba as-Samasi, Sayid Amir Kulal. Mereka masing-masing muncul bergilir-gilir dan memberikannya bai’ah. Aku terus berkhidmat kepadanya, berdiri di pintunya, belajar daripadanya, sehinggalah baginda memberikan aku keizinan menjadi pembimbing kepada manusia di Jalan ini. Baginda berkata kepadaku, ‘Jalan ini akan menjadi kebahagiaan yang teragung untukmu.'” — [Shaykh Yaqub al-Charkhi]
Ubaydullah al-Ahrar melaporkan bahawa Yaqub berkata kepadanya: “Wahai anakku, aku menerima perintah daripada Shah Naqshband (q) supaya mendampingi Shaykh ‘Ala’uddin al-Attar selepas kewafatannya [Shah Naqshband]. Dengan perintah Syeikhku aku berada dalam perhimpunannya sebagai muridnya dari semasa kewafatan Baha’uddin sehingga kewafatan ‘Ala’uddin di Jaganyan di Bukhara. Dengan keberkatan perhimpunannya keadaanku diangkat dan latihanku disempurnakan.”
Ubaidullah al-Ahrar berkata bahawa Shaykh Yaqub al-Charkhi dan Shaykh Zainuddin al-Khawafi adalah seperti saudara apabila mereka belajar bersama di Mesir di bawah didikan ulama, Shaykh Shihabuddin as-Shirwani. Shaykh Zainuddin berkata bahawa Shaykh Yaqub al-Charkhi biasa hilang dan muncul semasa kuliah-kuliahnya. Mukjizat ini melambangkan keadaan pelenyapan diri (self-effacement) yang sempurna ke dalam Kehadiran Allah Yang Maha Agung. Inilah keadaannya di Mesir, sehinggalah beliau datang dan mengikut Shah Naqshband, dan kemudian beliau mencapai stesen kesempurnaan.
Beliau wafat di perkampungan Hulgatu, pada 5 Safar, 851 Hijrah. Beliau mempunyai ramai khalifah. Beliau menurunkan Rahsia Tarikat ini kepada Shaykh Ubaydullah al-Ahrar, semoga Allah memberkati rahsianya.
