Muhammad Baba as-Samasi, qaddasa-l-Lahu sirrah

Muhammad Baba as-Samasi, qaddasa-l-Lahu sirrah

Syeikh Muhammad Baba as-Samasi

Semoga Allah Mensucikan Rohnya

“Kami turun ke sebuah lautan, dan berdiri di stesen pesisir pantai.

Di atas stesen itu terdapat matahari yang terbit di ufuk kami.

Terbenamnya adalah di dalam diri kami dan daripada kamilah terbit fajar-Nya.

Tangan kami menyentuh permata-permata-Nya, yang daripadanya terbit roh-roh kami.

Pada masa itu kami juga menjadi permata.

Beritahu kepada kami apakah matahari itu, makna dan rahsianya;

Apakah mutiara yang keluar dari lautan itu?

Kami turun ke sebuah alam semesta yang namanya di dalam kitab kami adalah kekosongan.

Ia terlalu sempit untuk memuatkan kami tetapi boleh dimuatkan di dalam diri kami.

Kami meninggalkan lautan yang bergelora di belakang.

Bagaimanakah manusia boleh mengetahui apa yang telah kami capai?”

— Dinukilkan kepada Abu Madian

Syeikh Muhammad Baba as-Samasi (q), pelajar terkemuka al-Azizan, ialah Ulama bagi para Wali dan Wali bagi para ulama. Beliau unik dalam dua ilmu, iaitu ilmu batin dan ilmu zahir. Berkat tenaganya meresapi setiap umat pada zamannya. Daripada keghairahannya untuk belajar, beliau menyebabkan setiap ilmu dan rahsia ghaib kelihatan. Beliau adalah kemuncak kepada Matahari Ilmu Zahir dan Batin pada Abad Hijrah Kelapan. Antara tanda mukjizatnya ialah Mikraj beliau dari Kubah Batu (Dome of the Rock), iaitu hatinya, ke stesen Knower of the Knowers (Orang yang Mengenal segala yang Mengenal). Dari merata tempat, mereka yang mahir dalam hikmah kerohanian melakukan ziarah ke Taman Ilmunya dan melakukan tawaf di Kaabah Bimbingannya.

Beliau dilahirkan di Sammas, sebuah perkampungan di kawasan pinggir Ramitan, tiga batu dari Bukhara. Beliau maju dalam pengembaraannya dengan membaca daripada Ilmu Al-Quran, menghafal Al-Quran dan Hadis Nabi, serta menjadi seorang ulama besar dalam bidang Fikah. Kemudian beliau mula mempelajari Teologi Spekulatif, Logik, dan Falsafah (ilm al-Kalam), serta Sejarah, sehinggalah beliau menjadi ensiklopedia berjalan bagi setiap jenis seni dan sains. Beliau mengikuti Syeikh Ali Ramitani al-‘Azizan (q) dan beliau sentiasa sibuk berjuang menentang nafsunya. Beliau dimasukkan ke dalam khalwat (pengasingan diri) setiap hari, sehingga beliau mencapai stesen kesucian yang membolehkan syeikhnya menurunkan ke dalam hatinya Ilmu Surgawi Ghaib. Beliau menjadi sangat terkenal kerana kuasa-kuasa mukjizatnya dan stesen kewaliannya yang tinggi. Syeikh Ali Ramitani (q) memilihnya sebelum wafatnya sebagai pengganti baginda dan memerintahkan semua pelajarnya supaya mengikutinya.

Beliau biasa berkata, semasa merentasi perkampungan Qasr al-Arifan, “Aku mencium dari tempat ini bau wangi seorang Ahli Makrifat (Orang yang Mengenal Allah) yang akan muncul dan selepas namanya Tarikat ini akan dikenali.” Pada suatu hari beliau merentasi perkampungan itu dan berkata, “Aku mencium bau wangi itu dengan begitu kuat seolah-olah Ahli Makrifat itu kini telah dilahirkan.” Tiga hari berlalu, dan datuk kepada seorang bayi datang kepada Syeikh Muhammad Baba as-Samasi sambil berkata, “Ini adalah cucu saya.” Beliau berkata kepada para pengikutnya, “Bayi inilah Ahli Makrifat yang aku ceritakan kepada kamu tadi. Aku melihat pada masa depannya bahawa dia akan menjadi pembimbing kepada seluruh umat manusia. Rahsianya akan sampai kepada setiap orang yang ikhlas dan soleh. Ilmu surgawi yang Allah akan curahkan kepadanya akan sampai ke setiap rumah di Asia Tengah. Nama Allah akan diukir (Naqsh) di atas hatinya. Dan Tarikat ini akan mengambil namanya daripada ukiran ini.”

Daripada Kata-Kata Hikmah Beliau

  • “Pencari mesti sentiasa berpegang teguh pada pemeliharaan Perintah Ilahi Allah, dan dia mesti istiqamah dalam keadaan suci. Dia mesti terlebih dahulu mempunyai hati yang suci yang tidak pernah melihat kepada apa pun melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi. Kemudian dia mesti menjaga kesucian batin itu, yang tidak pernah mendedahkan kepada sesiapa pun. Itulah pengamatan penglihatan yang sebenar. Kesucian dada (sadr), terdiri daripada harapan dan redha dengan Kehendak-Nya. Kemudian kesucian roh, yang terdiri daripada sifat malu dan takzim. Kemudian kesucian perut, yang bergantung kepada hanya memakan makanan yang halal, dan zuhud. Ini diikuti dengan kesucian tubuh badan, iaitu meninggalkan hawa nafsu. Ini diikuti dengan kesucian tangan, yang terdiri daripada sifat takwa dan usaha. Selepas itu datanglah kesucian daripada dosa, iaitu penyesalan dan hati yang hancur atas kesalahan lalu. Selepas ini ialah kesucian lidah, yang terdiri daripada zikir dan memohon keampunan. Kemudian dia mesti menyucikan dirinya daripada kelalaian dan kemalasan, dengan memupuk rasa takut kepada Hari Akhirat.”
  • “Kita mesti sentiasa memohon keampunan, berhati-hati dalam semua urusan kita, mengikut jejak langkah orang-orang baik dan soleh, mengikut ajaran batin mereka, dan menjaga hati daripada segala bisikan.”
  • “Berbimbinglah dengan ajaran syeikh-syeikh kamu, kerana mereka lebih direct untuk merawat kamu berbanding membaca buku.”
  • “Kamu mesti sentiasa berada dalam perhimpunan seorang wali. Di dalam perhimpunan itu kamu mesti menjaga hati kamu daripada bergosip dan kamu tidak boleh bercakap di hadapan mereka dengan suara yang kuat, dan kamu juga tidak boleh sibuk dalam majlis mereka dengan solat dan ibadah sunat yang banyak. Dampingilah mereka dalam segala hal. Jangan bercakap apabila mereka sedang berbicara. Dengar apa yang mereka katakan. Jangan melihat ke dalam rumah mereka apa yang mereka ada, terutamanya di bilik dan dapur mereka. Jangan sekali-kali melihat kepada syeikh yang lain tetapi peganglah kepercayaan bahawa syeikh kamulah yang akan menyampaikan kamu. Dan jangan sekali-kali menghubungkan hati kamu kepada syeikh yang lain, kerana kamu mungkin akan terjejas kerananya — tinggalkan apa sahaja yang kamu dididik dengannya pada zaman kanak-kanak kamu.”
  • “Dalam mendampingi syeikh kamu, kamu tidak boleh menyimpan di dalam hati kamu apa pun melainkan Allah dan Nama-Nya.”

Kisah Mikraj Kerohanian Syeikh Muhammad Baba as-Samasi

“Pada suatu masa aku pergi menziarahi syeikhku, Syeikh Ali ar-Ramitani. Apabila aku memasuki majlisnya, beliau berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, aku melihat di dalam hatimu keinginan untuk Mikraj.’ Sebaik sahaja beliau berkata demikian beliau meletakkan aku di dalam keadaan mukasyafah (vision), di mana aku melihat diriku berjalan siang dan malam, dari negaraku untuk sampai ke Masjid Qubbatus Sakhrah, Masjid al-Aqsa. Apabila aku sampai di Masjid al-Aqsa, aku masuk ke dalam masjid itu dan aku melihat seorang lelaki di situ, berpakaian serba hijau. Beliau berkata kepadaku, ‘Selamat datang, kami telah menunggumu sejak sekian lama.’ Aku berkata, ‘Wahai syeikhku, aku meninggalkan negaraku pada tarikh begini dan begini. Apakah tarikh hari ini?’ Beliau menjawab, ‘Hari ini adalah 27 Rejab.’ Aku sedar bahawa aku telah mengambil masa selama tiga bulan untuk sampai ke masjid itu, dan alangkah terkejutnya aku kerana aku sampai pada malam yang sama dengan malam Mikraj Nabi SAW.”

“Beliau memberitahu aku, ‘Syeikhmu, Sayyid ‘Ali ar-Ramitani telah menunggumu di sini sejak sekian lama.’ Aku masuk ke dalam, dan syeikhku bersedia untuk memimpin solat. Baginda memimpin solat Isyak. Selepas menyempurnakan solat, baginda memandang kepada aku dan berkata, ‘Wahai anakku, aku telah diarahkan oleh Nabi untuk menemani kamu dari Masjid Qubbatus Sakhrah ke Sidratul Muntaha, tempat yang sama yang disusuri oleh Nabi ketika Mikraj.’ Apabila beliau selesai berkata-kata lelaki berpakaian hijau itu membawa dua ekor makhluk yang seumpamanya tidak pernah aku lihat sebelum ini. Kami menaiki makhluk-makhluk itu dan kami diangkat naik. Di mana sahaja kami diangkat naik, kami memperoleh ilmu tentang stesen-stesen apa yang berada di antara Bumi dan Langit.”

“Adalah mustahil untuk menggambarkan apa yang kami lihat dan pelajari dalam mikraj itu, kerana kata-kata tidak dapat meluahkan apa yang berkaitan dengan hati, dan ia tidak boleh disampaikan melainkan melalui rasa dan pengalaman. Kami terus menerus sehingga kami sampai ke Stesen Hakikat Nabi (al-haqiqat al-Muhammadiyya), yang berada di dalam Kehadiran Ilahi. Sebaik sahaja kami memasuki stesen ini, syeikhku ghaib dan aku ghaib. Kami melihat bahawa tiada apa pun yang wujud di alam semesta ini melainkan Nabi. Dan kami menyedari bahawa tiada apa pun di sebalik itu melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.”

“Kemudian aku mendengar suara Nabi berkata kepadaku, ‘Ya Muhammad Baba as-Samasi, wahai anakku, jalan yang kamu berada di atasnya adalah salah satu jalan yang paling Mulia, dan mereka yang telah dipilih menjadi bintang dan mercu tanda bagi umat manusia akan diterima di jalan itu. Pulanglah, dan aku menyokong kamu dengan seluruh kuasaku, sebagaimana Allah menyokong daku dengan Kuasa-Nya. Dan berkhidmatlah dalam khidmat syeikhmu.’ Apabila suara Nabi reda, aku mendapati diriku berdiri di hadapan syeikhku. Itulah satu keberkatan yang besar, berada dalam perhimpunan syeikh-syeikh yang begitu berkuasa, yang boleh membawa kamu ke hadirat Ilahi.”

Syeikh Muhammad Baba as-Samasi (q) wafat di Samas pada 10 Jamadilakhir, pada tahun 755 Hijrah. Beliau mempunyai empat orang khalifah, namun Rahsia Rantaian Emas diturunkannya kepada Syeikh Sayyid Amir Kulal ibn as-Sayyid Hamza (q).